Monday, February 27, 2012

February 27, 2012

Perkelahan di Air terjun Gunung Ledang , Sagil

Air terjun Sagil ni merupakan satu-satunya lokasi air terjun yang terdekat bagi kami dari Melaka, sehinggakan zaman kanak-kanak dulu, aku sangkakan air terjun ini terletak dalam negeri Melaka. Ya lah, cerita puteri gunung ledang kan sinonim dengan kesultanan Melayu Melaka. Kalau citer edisi seram tak yah citerlah, memang selalu kedengaran... Antara nak percaya atau tak jer...

So 25 Feb 2012 , aku dan family Melaka bertolak ke Sagil yang merupakan sebuah pekan kecil di Tangkak. Sagil ni dah kire border antara Melaka dan Johor. So dari pekan Sagil nak ke Gunung Ledang ni dalam 5 minit jer memandu.

Dah ada resort rupanya kat sini, nampak sangat dah berpuluh tahun aku tak datang sini haha.


Dapat jer port yang cantik, terus pasang khemah. Abis jer pasang, semua terjun kecuali Papa , tak tahan sejuk agaknya bapak aku ni. Dalam setengah jam pastu, aku ajak permysuri panjat hingga ke atas, lagipun ikut laluan track jer..


Tak mudah rupanya nak panjat hingga ke puncak ni, ada yang sampai semput nafas dibuatnya.. terpaksalah pakwenya papah... Ya lah cinta la katakan.. bersama menuju puncak ...


Hingga tahap ini sahaja dibenarkan, atas lagi tidak dibenarkan, telah dipagar.

Nampak tak ? SERAM...

Antara cerun-cerun yang tidak dibenarkan mandi.. nampak macam tak bahaya kan?

Red Family. Untuk sesi ini, Ani berjaya memenangi pose terbaik 

Kami nak pulang

Berakhirlah berkelahan ringkas kami , aku dan permysuri tak terus pulang , kami ke Alor Gajah untuk membeli peti ais baru untuk Mak...