Trip percutian kami kali ni lebih kepada aktiviti memancing. So orang pempuan hanya duduk-duduk rehat sambil mengumpat itu ini ajalah.. So kali ini kami akan ke Kampung Johor Lama. Apa yang menariknya kampung ini adalah terletak di tebing sungai Johor, pernah menjadi ibu kota di raja Kesultanan Johor selepas Melaka dijajah Portugis. Tetapi kegemilangannya berakhir apabila dimusnahkan juga oleh Sang Kepunder Portugis pada tahun 1587.
Kami bergerak ke destinasi secara berasingan kerana ada urusan lain perlu diselesaikan, tapi kami dah mula menuju ke sana. Anak buahku Akim, Aziq dan Icha naik bersama kami. Untuk ke Kampung Johor Lama ni, kalau dari Kota Tinggi, ikut jalan ke Desaru. Dalam 20 mnit memandu anda akan nampak papan tanda Teluk Sengat, so ikut arah tu. Dalam 10 minit perjalanan anda akan nampak papan tanda Kg Johor Lama, ikut arah tersebut . Sekitar 5 minit anada akan sampai ke destinasi...
Sebenarnya kami pun tersesat gak, terlajak ke sekolah Cina, akhirnya park kat sebuah surau kerana si Akim nak ke tandas. Rupanya dah tak jauh dah dari surau tu.. atas bantuan Abang Zaidi kami sampai juga akhirnya.
Homestay tempat kami bermalam ni adalah sebuah banglow yang cukup serbi-serbinya termasuk mesin basuh. Memang cantik dan luas. Semua turut memujinya.
Petangnya kebanyakkan tidur.. mungkin penat tak abis lagi mengharungi cuaca panas sepanjang perjalanan. Nak keluar pun bukan ada apa-apa.. Memang tempat berehat abis hehe..
Pukul 8 malam , pemancing mula bertolak. Kami bertiga di bawa ke sebuah rumah rakit dan ditinggalkan disitu untuk memancing, kalau nak balik baru call. Alhamdulillah sehingga jam 12.00 pagi tiada seekor pun yang berjaya kami naikkan. So balik jer lah haha..
Acara kemuncak awal pagi tu kami semua berkaraoke menghilangkan rasa bangau tak dapat ikan tu. Maka mulalah masing-masing menunjukkan bakat terpendam setaraf peserta bukan sekadar rupa.
Selepas check out kami menuju ke Muzium Kota Johor Lama. Tempat yang pernah menjadi kota pertahanan yang terbaik di zaman Sultan Alauddin Riayat Shah II ( 1528-1564) Pada tahun 1587 Portugis telah menaklukki kota ini, semuanya habis dibakar dan harta benda dirampas.
Esok paginya kami pergi mandi kolam di resort sebelah. Oleh kerana kami tidak menetap di resort mereka, maka kami perlu membayar RM10 seorang , RM5 untuk kanak-kanak.
Pukul 1.00 petang kami berangkat pulang.. berakhirlah percutian kami yang meliatkan 2 tempat tanpa dirancang..
Kami bergerak ke destinasi secara berasingan kerana ada urusan lain perlu diselesaikan, tapi kami dah mula menuju ke sana. Anak buahku Akim, Aziq dan Icha naik bersama kami. Untuk ke Kampung Johor Lama ni, kalau dari Kota Tinggi, ikut jalan ke Desaru. Dalam 20 mnit memandu anda akan nampak papan tanda Teluk Sengat, so ikut arah tu. Dalam 10 minit perjalanan anda akan nampak papan tanda Kg Johor Lama, ikut arah tersebut . Sekitar 5 minit anada akan sampai ke destinasi...
Sebenarnya kami pun tersesat gak, terlajak ke sekolah Cina, akhirnya park kat sebuah surau kerana si Akim nak ke tandas. Rupanya dah tak jauh dah dari surau tu.. atas bantuan Abang Zaidi kami sampai juga akhirnya.
Inilah homestay yang akan kami menginap |
Homestay tempat kami bermalam ni adalah sebuah banglow yang cukup serbi-serbinya termasuk mesin basuh. Memang cantik dan luas. Semua turut memujinya.
Petangnya kebanyakkan tidur.. mungkin penat tak abis lagi mengharungi cuaca panas sepanjang perjalanan. Nak keluar pun bukan ada apa-apa.. Memang tempat berehat abis hehe..
Pukul 8 malam , pemancing mula bertolak. Kami bertiga di bawa ke sebuah rumah rakit dan ditinggalkan disitu untuk memancing, kalau nak balik baru call. Alhamdulillah sehingga jam 12.00 pagi tiada seekor pun yang berjaya kami naikkan. So balik jer lah haha..
Abah dah bersiap untuk berkaraoke |
Biras aku malu-malu angsa nak karaoke |
Pasangan suami isteri , juara karaoke dengan lagu " Kita bagai kumbang dan bunga " |
Alhamdulillah, Icha dah berhijrah |
Pose istimewa sebelum check out |
Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru |
Selepas check out kami menuju ke Muzium Kota Johor Lama. Tempat yang pernah menjadi kota pertahanan yang terbaik di zaman Sultan Alauddin Riayat Shah II ( 1528-1564) Pada tahun 1587 Portugis telah menaklukki kota ini, semuanya habis dibakar dan harta benda dirampas.
Dibuka setiap hari Isnin- Ahad , dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang |
[ Fungsi utama penubuhan muzium ini adalah untuk
memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada mereka yang mencintai
sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang
pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era
kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan
Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai
sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Episod ini
turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor. Sumber : Laman web Jabatan Muzium Malaysia]
Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam, so amik di luar aja la |
Selamat tinggal Kota Johor Lama. Kegemilanganmu tetap dikenang.
Sekitar jam 2.00 petang kami beredar dari Kampung Kota Lama menuju ke Tanjung Balau. Kami akan bermalam di sana dan cuba memancing di sana pula untuk mengubati duka lara tak dapat ikan.
Oleh kerana tiada booking dibuat untuk bermalam di sini, maka kami pun bertanyalah resort ke resort jika ada kekosongan. Mujurlah resort yang ke 3 kami tanya ada kekosongan,
Saat kami nak masuk bilik hujan pun turun dengan lebatnya menyambut kedatangan kami...
Hujan berhenti jer, tak lengah pemancing menuju ke jeti yang tak jauh pun dari chalet kami. Hanya beberapa ekor anak belanak jer yang kami dapat. Bolehla wat lepas gian hehe..
Malam tu kami hanya diner di sebuah restoren yang berdekatan sahaja. Dah letih nak merayap..
sesi ngeteh bermula |
Tuan pengerusi dah pun sampai |
Bilik kami bermalam |
Esok paginya kami pergi mandi kolam di resort sebelah. Oleh kerana kami tidak menetap di resort mereka, maka kami perlu membayar RM10 seorang , RM5 untuk kanak-kanak.
Pukul 1.00 petang kami berangkat pulang.. berakhirlah percutian kami yang meliatkan 2 tempat tanpa dirancang..
Lenanya Fira selena orang yang sedang memangkukannya.. |