Sunday, December 22, 2013

December 22, 2013

Island BBQ Steamboat-Kampung Melayu Subang

Selepas bersarapan berat dengan nasi lemak, sekitar jam 2 petang kami bertolak ke Aeon Rawang, mujur perjalanan kami lancar cuma ada tersekat-sekat sedikit selepas exit tol Rawang.
Sampai je di Aeon , tanpa berlengah lagi aku mencari hadiah tuk Abah , pak mertua aku. Aku dan Permysuri dah decide nak hadiahkan set tali pinggang dan wallet jenama John Master. Jenama buatan Malaysia dengan kualiti premium , promote sikit !! . Nanti bolehlah Abah padankan dengan t-shirt John Master nye tu hehe.
Ngam jam 4 petang kami 2  kereta bertolak ke destinasi Island BBQ Steamboat di Kampung Melayu Subang, sebenarnya tak jauh pun dari rumah aku ni, tapi aku dan Permysuri tak pernah pergi lagi . Lagipun makanan sebegini “kureng” sikit bagi aku yang jenis lapar nasi hehe…
walaupun bukan kami yang pertama sampai, tapi kami pertama yang amik makanan


Jam 5.05 ptg kami tiba, ku sangkakan kami orang pertama sampai, rupanya dah ada 2 biji kereta telah pun mendahului kami. Aku kagum dengan konsep yang dibawa, terbuka dan bertaman, siap ada kolam ikan, sudah pasti dapat melekakan kanak-kanak yang datang ke situ.

Kuey tiaw , nasi goreng dan nasi lemak juga disediakan

Bubur kacang yang sedap di sebelah kiri air sirap, wajib makan !!

” Dia orang main air uncle !! “

Inilah dia Birthday Boy !!


Macam biasalah , birthday party, ada nyanyian sikit.. kami pun tak segan silu mendendangkan lagu “Happy Birthday to You” yang dah berusia 123 tahun ini walaupun sengau dan sumbang sedikit.. Masih awal lagi , orang pun tak ramai, so taklah malu sangat haha..
Di saat semua sedang makan kek, aku dah baham nasi lemak , nasib baik tak patah gigi aku mengunyah ikan bilisnya yang keras . Arghh !! Mana yang dah habis makan kek mula merebus dan membakar… aku hanya tertarik pada daging,udang dan sotong bakar sahaja hehe.. Barulah berbaloi bayar ..

Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan makanan , layanan dan juga kemudahan yang disediakan, Abah aku memang minuman rasminya adalah kopi, jadi dia tak abis-abis memuji kopi di sini sangat sedap, termasuk yang lain juga turut setuju. Aku pula nak beri 4 bintang pada bubur kacangnya, secukup rasa.
Jam 7 malam kami mula berhasrat untuk beredar, cuaca macam nak hujan, lagipun semua dah kenyang, nak wat apa tunggu sampai jam 8 ? Alhamdulillah , meja kami tiada makanan yang berlebihan, semuanya licin. Aku terus ke kaunter untuk pembayaran.
“Berapa semua kak ?”
“Semua sekali Rm173.10, yang birthday tu tak perlu bayar, free ! “
” Oh ye ker ? terima kasih la kak..”
Aku dah tersenyum-senyum itik bila dengar dpt  free 1 ..  Aku lihat Permysuriku sempat lagi memuji pada salah seorang pekerja di situ sebelum melangkah keluar.. Pakcik kenyang !!!

INFO
Restoran BBQ Steamboat 
Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5 (Kg Melayu Subang),40150 Shah Alam, Selangor.
Untuk tempahan/pertanyaan:012.6.8000.41
HARGA;
Dewasa – RM21.90 nett/pax /* Start 1 Jan 2014, harga baru
Kanak2 – RM9.90 nett/pax (6-12 tahun)
Bawah 5 tahun PERCUMA

Tuesday, December 17, 2013

December 17, 2013

Muzium Samudera , Kota A Famosa Dan Menara Taming Sari

Dalam jam 10.15 pagi kami bertolak ke Pantai Pengkalan Balak. Pagi ni kami akan berkelah dulu sebelum ke bandar Melaka. Saja layankan 2 anak bujang ni mandi laut . Biar puas mereka mandi, minggu depan parent mereka dah datang amik. Kefahaman mereka ni maksud “berjalan” 70% tu adalah mandi laut.


Jam dah pukul 12.30 tengah hari, memang payahlah nak suruh bebudak ni stop mandi, lebih-lebih lagi dah dapat kawan baru. Bila Mama mereka dah meletup baru semua naik .


Jam 2 petang kami dah sampai di bandar Melaka, aku memilih parking di Mahkota Parade kerana aku yakin di situ je yang ada kosong. Tapi sangkaanku meleset, berkali-kali kami pusing atas bawah tetapi masih tiada yang kosong. Kami beralih ke business centre sebelahnya pula, setelah  3 kali pusing baru kami dapat tempat dan ianya betul-betul mengadap sebuah restoren  yang bertentangan Menara Taming Sari. Aku yang dari tadi menahan lapar terus membuat keputusan diktaktor .
“Kita makan dulu !!”
Dah habis makan, kami terus ke kaunter ticket menara Taming Sari , garu kepala aku dibuatnya bila melihat orang beratur menunggu giliran.
“Kita pergi muzium kapal dululah” Permysuriku memecah kebuntuan. Aku setuju !
Kami mula mengorak langkah menghala ke Muzium Samudera. Tiba-tiba..
” Bang ! bang ! naik beca bang ! Nak ke mana?” Abang beca menyapa kami .. Lain macam je beca ni, tak seDIVA yang lain..
” Nak ke Muzium Samudera je..” sahutku. Memang ada plan pun nak bawa  2 hero ni naik beca lepas tengok A-Famosa. Aku masih teragak-agak
“10 ringgit je  bang, semua boleh naik” dengan penuh yakin dia memberitahu kami. Aku dan Permysuri pun bersetuju..
Sepanjang perjalanan yang tak sampai 10 minit tu aku cuba bersembang dengan abang beca. Sungguh kuat dia mengayuh dan agak laju juga beca bergerak.  Baguslah kalau dah ramai anak muda yang kayuh beca, kalau 10 tahun dulu hanya orang-orang tua je kelihatan..
Tanpa membuang masa aku terus ke kaunter tiket, kami kena cepat supaya  kami sempat pergi ke semua tempat. Selepas ini kami akan ke A Famosa dan Menara Tamingsari.
Replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 . Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Muzium ini diperlengkapkan dengan pameran alam samudera. lanya meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.


Harga Tiket (3 in 1):  Kapal Flor de Lamar, Muzium Samudera Fasa 2 dan Muzium TLDM
Dewasa : RM 3.00 , Kanak-Kanak/Pelajar : RM 1.00
Waktu Operasi:

Setiap Hari : 9.00 pagi – 5.30 petang




Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5 seorang. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Jam 6.15 petang, kami dah beredar dari perkarangan Menara Taming Sari. Di saat melintas jalan raya menuju ke pakir kereta, aku dah berdebar-debar bila nampak banyak khemah telah dipasang. Abislah…
” Saya dah tunggu abang sampai kul 6 tadi , kalau saya bagi keluar pun, tak boleh lepas gak sebab yang lain dah siap pasang” Aku berlagak cool , nak tergelak pun ya, nak sedih pun ya gak sebab tak boleh bertolak balik ke Kota Damansara. Takkan nak call adik aku suh datang amik pulak, memang tak praktikal .. check in hotel je lah ..
” Saya pun tak tahu ada uptown kat sini , tutup kul berapa bang ?”
” Kul 3, tapi saya jam 2 dah mula kemas”
Aku pun bersalam-salaman dengan bro tu tanda bermaaf-maafan, apapun aku respect bro ni sebab ikat dengan plastik di setiap besi khemahnya supaya kereta aku tak tercalar. Terbaik bro !!
Kami check in di hotel yang mengadap restoren asam pedas selera kampung yang agak popular di sini. Terbang RM100. Lepas Isyak, kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Mega Mall dan Uptown
Uptown Pahlawan Walk, operasi Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 7.00 petang – 2.00 pagi

Tepat jam 3 pagi aku pun pergi mengambil kereta dan bawa ke depan hotel.  Jam 10 pagi esoknya kami dah chek out untuk bertolak ke KD, rupanya ada cenderahati untuk kami, saman parking RM30 hehe..  Terbang lagi duit aku….

Sunday, December 15, 2013

December 15, 2013

Berkunjung Ke Zoo Melaka

Kami bertolak dari Kota Damansara menuju ke Ayer Keroh sekitar jam 10.00 pagi, kami singgah sebentar di RnR Dengkil untuk minum pagi sambil membuang tahi mata yang masih ada. Melihat ramainya orang di sini, confirm jalan akan sesak lebih-lebih lagi dari exit Nilai hingga ke Seremban. Mampos !
Prediction aku tepat , maklumla FX Trader cheewahh… ala.. lagipun masih mood cuti sekolah.. memang jalan busy punya…  Aku pun redah je lah mengharungi kesesakkan jalan raya sambil melayan pertanyaan 2 anak bujang ni tentang Rey Mysterio dan Sin Cara ( kuat betul pengaruh game wrestler ). aku pun bukannya tahu sangat, reka jer la …
Jam 12.30 tengah hari kami sampai ke Zoo Melaka. Kami terpaksa parking di bus park area bersebelahan dengan tasik kerana kotak pakir sudah penuh. Mungkin disebabkan satu aktiviti yang sedang berlansung di padang..
Setelah selesai urusan tiket, kami pun masuk ke zoo, kami memilih untuk jalan kaki dari menaiki mini train supaya lagi enjoy dan boleh baca info berkaitan binatang-binatang yang ada. Lagipun yang ada ni semua masih kuat berjalan hehe..







Sekitar 2 jam perjalanan, kami tiba ke lokasi ziarah yang terakhir iaitu gajah. Dengan harga sebakul RM5 , 2 anak bujang termasuk Permysuriku asyik memberi gajah ni makan. Untungkan pihak zoo, kos makanan gajah ni dah dibiyai oleh pengunjung yang berhajat untuk memberi gajah makan dengan tangan sendiri…
” Cepat !! sape lagi nak bagi gajah makan? Hari dah nak hujan .. gajah kena balik …” Abang penjaga gajah mula teriak..
Langit memang cukup gelap, gerimis pun dah mula terasa.. nampaknya plan seterusnya kena cancellah.. Gerimis semakin mengarangi kami diselang-selikan guruh dan kilat.. Aku memaksa semua berlari ke pintu keluar zoo. Dengan sepantas kilat kami berlari…  Mujurlah kami dah biasa berlatih 100m di Wii Nentendo , kami sempat sampai sebelum hujan mencurah ke bumi.
Dekat sejam gak kami terkandas, nak redah hujan , takut 2 anak bujang ni deman.. nak tak nak aku pergi redah sorang diri cam hero tamil jalan dalam api…
Kami tukar plan, terus gi Mydin MITC, lunch dan shopping apa yang patut ……….

INFO
Zoo Melaka seluas 21.2 ha (54 ekar) terletak di Air Keroh, Melaka, di bina pada tahun 1963
Harga tiket
Dewasa – RM15.00 , kanak-kanak-RM6.00

Waktu Operasi

Zoo : 9 pg – 6 ptg
Safari : 8 mlm – 11 mlm (dibuka pada hujung minggu sahaja)
Pertunjukan Haiwan Liar
Isnin – Khamis
Masa 11 pagi & 2.00 petang
Sabtu , Ahad dan cuti Umum
Masa 10.00 pagi 11.00 pagi 2.00 petang dan 3.00 petang
Jumaat Tiada persembahan kecuali semasa cuti sekolah / cuti umum
Lokasi :Pentas Persembahan Haiwan

Monday, December 09, 2013

December 09, 2013

Berhibur di i-City Shah Alam

Hari ni (sabtu, 07 Dec) , kami semua ke I-City Shah Alam, walaupun dah 6 kali kami pergi , tapi tetap tak jemu-jemu. Maklumlah.. keluarga kami berada di Melaka dan Johor, jadi setiap kali adik beradik, saudara mara, sahabat handai datang ke sini,  pasti kami bawa ke sana sebagai destinasi pilihan. Dan I-City pula sentiasa membuat perubahan dan penambahan. Maka dengan itu kami terasa seperti baru pertama kali datang..
So untuk sesi kali ini, kami nak bawa 2 anak bujang ni main permainan di sini, sebelum ni mereka datang tidak dapat bermain kerana terlalu ramai pengunjung, so dapat tengok-tengok lampu yang berwarna warni je lah. Jam 4 petang kami bertolak. Perjalanan kami mengambil masa 30 minit , mengikuti laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang sejauh 30 km. Oleh kerana kami sampai awal, dapatlah parking kereta berbumbung, biasanya memang tak dapat pun kat situ kalau datang lepas jam 6 petang, lebih-lebih lagi sejak ada Water Park kat sini.
“Laparlah pulak” ! Sememangnya kami belum lunch lagi..  sarapan pun lewat jam 12 tengah hari kerana semua bangun lambat . Kerana semua nak cari nasi , kami memilih Restoren Gani Maju satu-satunya kedai makan di I-City yang ada nasi campur . Mamak style !!

Kami terus ke kaunter ticket untuk membeli kredit berharga RM50, nampaknya kali ini I-City menggunakan sistem seakan Touch n Go, kali ini kami tak perlu pulangkan smart card untuk mendapatkan deposit RM5 semula, kad ini boleh digunapakai selama 2 tahun termasuk pembayaran parking








Setiap permainan bermula dari Rm5 hingga RM10 seorang, memang tak cukup la RM50 tu so kena topup lagi Rm50. Permainan terakhir sekali adalah Giant Ferris Wheel, kali ini 3 orang anak buah aku semua naik.. Aku dan permysuri hanya duduk di bawah sambil mendongak melihat mereka.
Jam 8.30 malam , gerimis mula terasa, orang pun sudah mula membanjiri i-City. Kami bertolak pulang…

Info dan Bayaran Masuk i-City Shah Alam;

Waktu Operasi:
  • Snow Walk: 10 am – 1 am (setiap hari)
  • Water World: 10 am – 8 pm (setiap hari)
  • Taman Tema: 6 pm – 1 am (setiap hari)
  • Taman Lampu Digital: Buka sepanjang hari (6pm lampu mula dipasang)
Bayaran Masuk:
  • Bayaran masuk I- City: RM10 per kereta
  • All Park (SnoWalk + Taman Tema + Water World): RM50 seorang dewasa / kanak2
  • Snow Walk: RM25 Dewasa & RM20 Kanak2 (sebelum 6pm) /RM35 Dewasa & RM 30 Kanak2 (selepas 6 pm)
  • Water World: RM35 Dewasa & RM30 Kanak2 (Weekdays) / RM40 Dewasa & RM30 Kanak2 (Weekends, Cuti Sekolah, Cuti Umum)
  • Taman Tema: RM5 -RM10 setiap permainan
  • City of Digital Lights: PERCUMA untuk kawasan berlampu.
Bayaran Lain-lain:
  • Locker simpanan barang untuk ke Water World : RM5 + RM5 deposit (refundable)
  • Kasut boot + stokin di SnoWalk : RM10 per set

Senarai Permainan dan Tarikan Utama di Taman Tema i City Shah Alam;

  • Water World (Paling best Tornado Ride)
  • SnoWalk (Rumah Salji)
  • Muzium 3D Trick Art
  • i-Walk (Taman LED)
  • 2-Tier Carousel (Merry Go Round)
  • Giant Ferris Wheel
  • SuperSwing (Buaian yang macam di Genting tu)
  • Magical Christmas (Pokok Krismas LED)
  • SpaceWalk (Cable Car utk 2 orang)
  • Dessert Trail
  • Circus Travel
  • Pirate Ship
  • Choo Choo Train (kanak2 shj)
  • Children Traffic Park (ala-ala Go Kart)
  • Rainbow Park (Kereta Langgar)
  • Rodeo Bull
  • 5D Cinema
  • Game (tikam)

Lokasi


Saturday, November 23, 2013

November 23, 2013

Hari Keluarga – Padang Kemunting Pengkalan Balak Melaka - Part 2 - Final

Hari Ketiga : 24 Nov 2013

Hari ini adalah hari kemuncak Family Day 2013 keluarga mertuaku, bagi menjadikan percutian ini lebih menarik , aku bertindak sebagai koordinator program sukaneka. So aku tak dapatlah join sama. Walaupun sukan pantai yang kami mainkan ini cukup ringkas, tetapi telatah setiap ahli keluarga telah menjadikan program ini cukup meriah. Siapakah yang akan menang ? Putih-putih melati atau Merah-merah delima ??

Lari kepit bola celah kelengkang
Makan pulasan
Tunjuk dan arah - dewasa
Tunjuk dan arah - kanak-kanak
Lari berpasangan kaki diikat

Cari kacang dalam pasir


Kamilah Sapuan Family's


Akibat lama tak exercise , kesannya ramai yang pancit. Lepas lunch ramai yang padam merehatkan badan seketika. Aku memang tak reti tidur siang dari dulu lagi.. lagipun aku harus membeli kek untuk majlis hari jadi petang ni. Aku dan Abang Zaidi terus ke pekan Masjid Tanah mencari kek yang sesuai. Kami memilih Butter Cake 1kg, dan kat sini menurut Abang Zaidi harganya sangat murah berbanding di JB.


Sekitar jam 5.30 kami semua telah berkumpul kembali di pantai untuk sambutan majlis hari lahir Uncle (akulah tu) dan Kek (Danial), majlis cukup ringkas, lepas bacaan doa dan nyanyian Happy birthday, kami semua menjamu selera apa yang ada.. Dengan berdindingkan pantai berlantaikan pasir, majlis ni sungguh istimewa dan bermakna.


Malam  penutup dimulakan dengan  cabutan bertuah,  nasib aku memang malang malam tu tidak memenangi sebarang hadiah. Mujur permysuriku terpilih. Adalah juga barang tuk dibawa balik ke KD hehe.
Acara terakhir adalah Pertandingan Kerusi Beracun, memandangkan markah kepada 2 kumpulan adalah seri, pemenang kerusi beracun adalah penentu sang JUARA. Akhirnya tinggal 2 peserta iaitu Abah dan Mak.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada kumpulan Merah di atas ticket kemenangan kerusi beracun oleh Mak. Cayalah Mak !!

Maka berakhirlah program Family Day 2013 ini, walaupun tidak dapat disertai oleh semua ahli keluarga, namunya ianya tetap meriah. Semoga Silaturrahim sesama kami semakin kukuh dan teguh, Insya Allah AMIN.
…………………………………………………………………………………………………………………............
Info
CHALET DERUAN OMBAK ,
ALAMAT: Jalan Persisiran Pantai ,Kampung Padang Kemunting,78300 . Masjid Tanah , Melaka.
TEL : 06-3847628 ,H/P ; 013-3885715
Penginapan : Rumah Batu RM 240 ( 2 bilik ) , Rumah Kayu RM220 ( 2 bilik) , Jenis Bilik RM90
November 23, 2013

Hari Keluarga – Padang Kemunting Pengkalan Balak Melaka - Part 1

Hari Pertama : 22 Nov 2013

Jam 11.00 pagi aku dah keluar rumah, barang kering, separuh dari hamper dan hadiah dari malam tadi kami susun di dalam kereta siap-siap, kalau tak memang makin lambatla. Bukan apa, aku tak nak berselisih dengan orang yang balik kerja hari ni, kejung lak nanti kat jalan Nilai-Seremban.


Lebih kurang jam 2.00 petang kami sampai ke Chalet Deruan Ombak , Pengkalan Balak. Seperti biasa keluarga Kak Ros dan Abg Zaidi telah sampai dulu. Selesai sahaja memunggah barang ke bilik, aku terus berjumpa dengan tuan rumah untuk menjelaskan baki RM670 untuk 4 hari 3 malam.


Untuk hari ni tiada aktiviti khas direncanakan, semuanya bebas ! Selepas kami makan tengah hari yang dibawa oleh Kak Ros, aku terus mengeluarkan layang-layang kertas yang dibeli di DIY, Aeon KD. So sementara menunggu cuaca redup untuk mandi laut, bolehla layan main layang-layang dulu..

Hari Kedua : 23 Nov 2013
Memang seronok kalau bangun pagi terdengar bunyi ombak… erm duduk pun kat Chalet Deruan Ombak.. memang kenalah hehe.. lagipun sini kira private area so agak sunyi sedikit.
Bila aku keluar ke depan, budak-budak dah takde , semua dah pergi mandi laut. Hanya mak-mak je yang tinggal di sini terkebil-kebil nak masak lunch. Maklumlah mereka terpaksa menjadi master chef dengan memasak menggunakan apa yang ada. Dengan serba kekurangan, sedap tu belakang cerita, bila dah ramai-ramai makan berfilemkan pantai ni semuanya jadi enak bangat.
Sedang aku menikmati sarapan nasi goreng, permysuriku listkan satu persatu yang aku kena beli. Memang sayur aku nak beli kat sini sahaja, kedai runcit senang, lainla di PD.
Hantu durian mereka ni
Aku menuju ke kedai runcit di hadapan Masjid Pengkalan Balak, tetiba teringat memori aku di masjid ni.. Bila ada ceramah agama di sini, budak asrama akan hadir dalam 1 bas mengikut giliran.
Dipersimpangan ke teluk gong ada terdapat gerai buah-buahan. Gerai wajib kami membeli durian di sini bila berkunjung ke sini. Walaupun bukan jenis musang king atau musang berjanggut , isinya juga kuning dan rasa tetap menyengat tapi kurang tengit.  Cukuplah 4 biji untuk kami layan lepas lunch nanti.

Lebih kurang jam 6.00 petang, Abah, Mak, Ghani, Dayah dan si cilik Fira pun sampai dari Johor. Mereka datang lewat kerana Ghani terlibat dengan program khatan beramai-ramai di kampungnya. Dengan kehadiran mak, makanya stok makan kami bertambah-tambah, rendang daging, asam pedas ikan duri, fuh !!

Memasang jaring sambil menikmati keindahan matahari terbenam
Majlis bertukar-tukar hadiah

Malam tu kami meneruskan aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu bertukar-tukar hadiah, setiap orang termasuk kanak-kanak akan mendapat hadiah berdasarkan cabutan dari tuan empunya hadiah. So nasiblah dapat hadiah dari siapa..

Aktiviti di malam hari tidak lain dan tidak bukan ialah sesi memancing. Malam ni permysuriku sungguh bertuah kerana berjaya mendaratkan seekor kerapu sesat hampir 1kg. Mahu 3 tahun cerita tak habis ni haha..


Aktiviti di malam hari tidak lain dan tidak bukan ialah sesi memancing. Malam ni permysuriku sungguh bertuah kerana berjaya mendaratkan seekor kerapu sesat hampir 1kg. Mahu 3 tahun cerita tak habis ni haha..