Dah lama aku beli voucher ni, dari bulan Ogos lagi, sekarang sampailah masanya untuk tunaikan. So 1 Januari 2013 kami menuju ke Morib, sebenarnya area Banting pun aku tak pernah sampai lagi huhu..
RM150 dari RM664 untuk kesemua yang dinyatakan, memang berbaloi |
Selepas mendaftar, kami diminta menunggu di cafe sehingga nama dipanggil. Aku tengok ramai muka dah bengang dan kecewa dengan pengurusan. Suara bayi menangis menghangatkan lagi suasana.
Pukul 5 petang baru kami dapat bilik dan yang paling membengangkan bila kami masuk , ada beg dan barang-barang peribadi yang lain. Nasib yang sama menimpa pasangan Cina, dalam bilik nya ada tetamu yang baru check in. System crash !! Namun akhirnya kami mendapat bilik juga.
Kami keluar awal untuk makan malam, lepas jer solat maghrib terus kami ke .. bukan cafe , bukan dewan makan, tapi khemah besar yang didirikan sebagai tempat kami menjamu selera.. open air mengadap pantai.. sempoi gak !
Lepas makan kami pun merayaplah...
Tak lama pun kami diluar kerana udara yang dihidu tidak menggembirakan. Sekali baru tahi ayam candu la... adeh !
Seronok juga mandi-manda di water theme park ini, designnya membolehkan kita berenang jauh. Dekat jam 12.00 tengah hari baru kami naik dan berkemas untuk check out.
Di perjalanan pulang, kami singgah sebentar di pantai Morib , ternyata sunyi sepi juga seperti namanya..
No comments:
Post a Comment