Saturday, October 19, 2013

October 19, 2013

Ke Penghujung Benua Asia



" Jom gi Kukup bang" permysuriku mula bersuara setelah habis tempe goreng dikerjakan.

  "Kukup ? Hari ni ke?" aku menyahut. Mataku masih lagi leka memandang biawak yang sedang mengintip ntah apa-apa ntah. Oh ya , baru aku teringat Mak pernah bercakap dah lama dia tak gi Kukup, tak tau apa yang dah berubah. Memandangkan aku totally free hari tu, aku terus bersetuju. 

19 Oktober 2013. Lepas makan tengah hari dalam jam 2.00 petang kami terus berangkat dengan 1 kereta. Perjalanan dari Benut ke Kukup mengambil masa dalam 45 minit. Sepanjang perjalanan tu sempat jugalah aku melihat tapak kedai aku meniaga tomyam dulu di persimpangan Kayu Ara Pasong. Restoren Alang Mas. Dalam 5 bulan jugalah aku dan permysuri mencari rezki menanti sabut yang entah ke timbul entah ke tenggelam. Tempoh yang pendek tu telah aku harungi dengan bermacam-macam halangan dan rintangan. Dan disitulah juga aku tekad kembali kepada kemahiran dan minatku yang asal, Online Business. Ok cukup merapu takat ni.

Mak cuba mengimbas kenangan lama di sini

Dalam jam 3.00 petang kami pun sampai di sini, setakat ni , aku baru 2 kali jejak ke sini, tu pun sebab kami sekeluarga pergi kelong untuk mancing. Menurut Daya kami perlu naik bot tumpang untuk ke Taman Negara Pulau Kukup.

Permandangan di sekitar jeti
Atas: Anak kecil yang mengutip duit bot | Bawah: Bot yang kami akan naiki

Selang beberapa minit, muncul seorang perempuan dalam awal 20 an pelawa kami menyewa bot untuk ke Taman Negara, kami semua blur tak tahu nak cakap apa, dah macam ulat juat tiket bas pun ada. Kami teruskan melangkah dengan muka yang bersahaja. Lagak seperti dah biasa ke mari dan mahir selok belok area sini. Kali ni muncul pula lelaki yang berusia 40 an mengajak kami menaiki bot ke Taman Negara dengan tambang seorang RM5. Nampak gayanya memang macam ini lah caranya nak ke Taman Negara. Kami semua bersetuju dan mengikut lelaki tersebut. Sampai di suatu tempat yang seakan jeti, kami diminta membayar seorang RM5 kepada seorang budak lelaki yang aku rasakan baru berumur 10 tahun. Pandai jugalah budak ni berbual dan banyak juga info yang dia kongsikan tentang mancing di kawasan ini.

Kami bukan duduk di atas pangkin ya, tapi di dalam bot
Pemandangan sebelum sampai ke Taman Negara Pulau Kukup
Selamat datang ke Taman Negara Kukup, Pontian Johor
Information Board


Tak jauh mana pun Taman Negara tersebut, tak sampai 15 minit pun kami dah sampai ke sini. Untuk masuk ke dalam, tiket berharga RM5 dikenakan kepada pengunjung. So dalam tu kita boleh mengenali pelbagai jenis pokok hutan bakau yang terdapat di negara kita. Bagi sesiapa yang hadir ke sini pastikan anda tidak terlepas mencuba jambatan gantung yang agak panjang juga. Kalau anda gagal melepasinya, jangan malu kerana anda tidak keseorangan kerana Mak mertua saya juga gagal melepasinya hehe.

Ternakan ikan sangkar

Untuk perjalan balik ke jeti, kami dibawa melawat pusat ternakan ikan sangkar. Apa yang aku perhatikan, kebanyakkannya ialah ikan kerapu. Ikan-ikan ini akan dihantar ke Singapura kerana permintaan yang tinggi dan harga pun menyengat !

Kedai keropok lekor An-Nur Tanjung Piai

Kami teruskan perjalanan ke Taman Negara Tanjung Piai pula, di sana kami akan dapatkan sijil berjaya ke Penghujung Asia Tenggara. Di tengah perjalanan kami singgah di Gerai Keropok Lekor An-Nur, mujur kedai ni belum tutup sepenuhnya, sempatlah kami membeli buah tangan dari Tanjung Piai ni


Sampai saja di Taman Negara Tanjung Piai, cuaca mulai gelap macam nak hujan. Kami bergegas ke kaunter tiket. Malangnya kami tidak dibenarkan masuk kerana angin terlalu kuat dan boleh membahayakan pengunjung. Adeh ! melepasla kami nak ke Globe tu..

Restoren Seafood Tanjung Piai

Yehaa.. Masa untuk makan.. Kami akan ke Restoren Seafood Tanjung Piai. Adakah kedai ni setanding kedai seafood di Tanjung Lumpur yang bagi aku sungguh perfect masakannya.


Secara keseluruhannya kami sungguh berpuas hati dengan masakannya, cuma aku sedikit kecewa kerana hanya ikan siakap sahaja yang ada ketika itu. Ketam goreng berlada diakui sangat sedap oleh kami, sesiapa yang akan berkunjung sini, jangan terlepas mencuba menu ini.

Kami berangkat pulang ke Benut bila dah selesai makan. Akhirnya dapat juga kami tunaikan hajat Mak yang rindukan Kukup ni ..

Monday, October 07, 2013

October 07, 2013

Selamat Pengantin Baru Diablo

Semalam ( 05 Oktober 2013 ) aku dan rakan-rakan seperjuangan akan memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan salah seorang sahabat kami ,  Mohd Arif Che Murad @ Diablo dan pasangannya Shikin di Dewan Serbaguna Komplek Kastam Wpkl Kelana Jaya.





Suasana sungguh meriah sekali, walaupun dibuat dalam dewan, tetapi rasa macam kat hotel . Menu hidangannya memang tip-top, briani yang dihidangkan membuatkan kami yang hadir ingin tambah nasi berkali-kali hehe..  Sempat jugalah aku sambar buisness card catering  ni.




Majlis perarakkan pengantin dimulakan dengan doa dan bacaan Salawat ke atas nabi. Pengantin mula tak keruan bila nampak meja kami, maklumla bakal menerima kata-kata nasihat dari otai-otai .
” Malam ni kasi SPIKE !!” haha.. hanya gang trader jer tahu apa spike ni…

Selepas Majlis Potong Kek, bermulalah sesi bergambar. Kami juga tidak terkecuali. Tak dapat duduk kat pelamin lagi, berdiri kat pelamin pun jadilah haha.
Semoga hadiah ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang kamu berdua hehe

Tahniah Bro , Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan ke anak cucu, AMIN