Saturday, November 23, 2013

November 23, 2013

Hari Keluarga – Padang Kemunting Pengkalan Balak Melaka - Part 2 - Final

Hari Ketiga : 24 Nov 2013

Hari ini adalah hari kemuncak Family Day 2013 keluarga mertuaku, bagi menjadikan percutian ini lebih menarik , aku bertindak sebagai koordinator program sukaneka. So aku tak dapatlah join sama. Walaupun sukan pantai yang kami mainkan ini cukup ringkas, tetapi telatah setiap ahli keluarga telah menjadikan program ini cukup meriah. Siapakah yang akan menang ? Putih-putih melati atau Merah-merah delima ??

Lari kepit bola celah kelengkang
Makan pulasan
Tunjuk dan arah - dewasa
Tunjuk dan arah - kanak-kanak
Lari berpasangan kaki diikat

Cari kacang dalam pasir


Kamilah Sapuan Family's


Akibat lama tak exercise , kesannya ramai yang pancit. Lepas lunch ramai yang padam merehatkan badan seketika. Aku memang tak reti tidur siang dari dulu lagi.. lagipun aku harus membeli kek untuk majlis hari jadi petang ni. Aku dan Abang Zaidi terus ke pekan Masjid Tanah mencari kek yang sesuai. Kami memilih Butter Cake 1kg, dan kat sini menurut Abang Zaidi harganya sangat murah berbanding di JB.


Sekitar jam 5.30 kami semua telah berkumpul kembali di pantai untuk sambutan majlis hari lahir Uncle (akulah tu) dan Kek (Danial), majlis cukup ringkas, lepas bacaan doa dan nyanyian Happy birthday, kami semua menjamu selera apa yang ada.. Dengan berdindingkan pantai berlantaikan pasir, majlis ni sungguh istimewa dan bermakna.


Malam  penutup dimulakan dengan  cabutan bertuah,  nasib aku memang malang malam tu tidak memenangi sebarang hadiah. Mujur permysuriku terpilih. Adalah juga barang tuk dibawa balik ke KD hehe.
Acara terakhir adalah Pertandingan Kerusi Beracun, memandangkan markah kepada 2 kumpulan adalah seri, pemenang kerusi beracun adalah penentu sang JUARA. Akhirnya tinggal 2 peserta iaitu Abah dan Mak.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada kumpulan Merah di atas ticket kemenangan kerusi beracun oleh Mak. Cayalah Mak !!

Maka berakhirlah program Family Day 2013 ini, walaupun tidak dapat disertai oleh semua ahli keluarga, namunya ianya tetap meriah. Semoga Silaturrahim sesama kami semakin kukuh dan teguh, Insya Allah AMIN.
…………………………………………………………………………………………………………………............
Info
CHALET DERUAN OMBAK ,
ALAMAT: Jalan Persisiran Pantai ,Kampung Padang Kemunting,78300 . Masjid Tanah , Melaka.
TEL : 06-3847628 ,H/P ; 013-3885715
Penginapan : Rumah Batu RM 240 ( 2 bilik ) , Rumah Kayu RM220 ( 2 bilik) , Jenis Bilik RM90
November 23, 2013

Hari Keluarga – Padang Kemunting Pengkalan Balak Melaka - Part 1

Hari Pertama : 22 Nov 2013

Jam 11.00 pagi aku dah keluar rumah, barang kering, separuh dari hamper dan hadiah dari malam tadi kami susun di dalam kereta siap-siap, kalau tak memang makin lambatla. Bukan apa, aku tak nak berselisih dengan orang yang balik kerja hari ni, kejung lak nanti kat jalan Nilai-Seremban.


Lebih kurang jam 2.00 petang kami sampai ke Chalet Deruan Ombak , Pengkalan Balak. Seperti biasa keluarga Kak Ros dan Abg Zaidi telah sampai dulu. Selesai sahaja memunggah barang ke bilik, aku terus berjumpa dengan tuan rumah untuk menjelaskan baki RM670 untuk 4 hari 3 malam.


Untuk hari ni tiada aktiviti khas direncanakan, semuanya bebas ! Selepas kami makan tengah hari yang dibawa oleh Kak Ros, aku terus mengeluarkan layang-layang kertas yang dibeli di DIY, Aeon KD. So sementara menunggu cuaca redup untuk mandi laut, bolehla layan main layang-layang dulu..

Hari Kedua : 23 Nov 2013
Memang seronok kalau bangun pagi terdengar bunyi ombak… erm duduk pun kat Chalet Deruan Ombak.. memang kenalah hehe.. lagipun sini kira private area so agak sunyi sedikit.
Bila aku keluar ke depan, budak-budak dah takde , semua dah pergi mandi laut. Hanya mak-mak je yang tinggal di sini terkebil-kebil nak masak lunch. Maklumlah mereka terpaksa menjadi master chef dengan memasak menggunakan apa yang ada. Dengan serba kekurangan, sedap tu belakang cerita, bila dah ramai-ramai makan berfilemkan pantai ni semuanya jadi enak bangat.
Sedang aku menikmati sarapan nasi goreng, permysuriku listkan satu persatu yang aku kena beli. Memang sayur aku nak beli kat sini sahaja, kedai runcit senang, lainla di PD.
Hantu durian mereka ni
Aku menuju ke kedai runcit di hadapan Masjid Pengkalan Balak, tetiba teringat memori aku di masjid ni.. Bila ada ceramah agama di sini, budak asrama akan hadir dalam 1 bas mengikut giliran.
Dipersimpangan ke teluk gong ada terdapat gerai buah-buahan. Gerai wajib kami membeli durian di sini bila berkunjung ke sini. Walaupun bukan jenis musang king atau musang berjanggut , isinya juga kuning dan rasa tetap menyengat tapi kurang tengit.  Cukuplah 4 biji untuk kami layan lepas lunch nanti.

Lebih kurang jam 6.00 petang, Abah, Mak, Ghani, Dayah dan si cilik Fira pun sampai dari Johor. Mereka datang lewat kerana Ghani terlibat dengan program khatan beramai-ramai di kampungnya. Dengan kehadiran mak, makanya stok makan kami bertambah-tambah, rendang daging, asam pedas ikan duri, fuh !!

Memasang jaring sambil menikmati keindahan matahari terbenam
Majlis bertukar-tukar hadiah

Malam tu kami meneruskan aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu bertukar-tukar hadiah, setiap orang termasuk kanak-kanak akan mendapat hadiah berdasarkan cabutan dari tuan empunya hadiah. So nasiblah dapat hadiah dari siapa..

Aktiviti di malam hari tidak lain dan tidak bukan ialah sesi memancing. Malam ni permysuriku sungguh bertuah kerana berjaya mendaratkan seekor kerapu sesat hampir 1kg. Mahu 3 tahun cerita tak habis ni haha..


Aktiviti di malam hari tidak lain dan tidak bukan ialah sesi memancing. Malam ni permysuriku sungguh bertuah kerana berjaya mendaratkan seekor kerapu sesat hampir 1kg. Mahu 3 tahun cerita tak habis ni haha..