Hari Pertama : 22 Nov 2013
Jam 11.00 pagi aku dah keluar rumah, barang kering, separuh dari
hamper dan hadiah dari malam tadi kami susun di dalam kereta siap-siap, kalau
tak memang makin lambatla. Bukan apa, aku tak nak berselisih dengan orang yang
balik kerja hari ni, kejung lak nanti kat jalan Nilai-Seremban.
Lebih kurang jam 2.00 petang kami sampai ke Chalet Deruan Ombak , Pengkalan Balak. Seperti biasa keluarga Kak Ros dan Abg Zaidi telah sampai dulu. Selesai sahaja memunggah barang ke bilik, aku terus berjumpa dengan tuan rumah untuk menjelaskan baki RM670 untuk 4 hari 3 malam.
Untuk hari ni tiada aktiviti khas direncanakan, semuanya bebas ! Selepas kami makan tengah hari yang dibawa oleh Kak Ros, aku terus mengeluarkan layang-layang kertas yang dibeli di DIY, Aeon KD. So sementara menunggu cuaca redup untuk mandi laut, bolehla layan main layang-layang dulu..
Hari Kedua : 23 Nov 2013
Memang seronok kalau bangun pagi terdengar bunyi ombak… erm duduk pun kat Chalet Deruan Ombak.. memang kenalah hehe.. lagipun sini kira private area so agak sunyi sedikit.
Bila aku keluar ke depan, budak-budak dah takde , semua dah pergi mandi laut. Hanya mak-mak je yang tinggal di sini terkebil-kebil nak masak lunch. Maklumlah mereka terpaksa menjadi master chef dengan memasak menggunakan apa yang ada. Dengan serba kekurangan, sedap tu belakang cerita, bila dah ramai-ramai makan berfilemkan pantai ni semuanya jadi enak bangat.
Sedang aku menikmati sarapan nasi goreng, permysuriku listkan satu persatu yang aku kena beli. Memang sayur aku nak beli kat sini sahaja, kedai runcit senang, lainla di PD.
Hantu durian mereka ni |
Aku menuju ke kedai runcit di hadapan Masjid Pengkalan Balak, tetiba teringat memori aku di masjid ni.. Bila ada ceramah agama di sini, budak asrama akan hadir dalam 1 bas mengikut giliran.
Dipersimpangan ke teluk gong ada terdapat gerai buah-buahan. Gerai wajib kami membeli durian di sini bila berkunjung ke sini. Walaupun bukan jenis musang king atau musang berjanggut , isinya juga kuning dan rasa tetap menyengat tapi kurang tengit. Cukuplah 4 biji untuk kami layan lepas lunch nanti.
Lebih kurang jam 6.00 petang, Abah, Mak, Ghani, Dayah dan si cilik Fira pun sampai dari Johor. Mereka datang lewat kerana Ghani terlibat dengan program khatan beramai-ramai di kampungnya. Dengan kehadiran mak, makanya stok makan kami bertambah-tambah, rendang daging, asam pedas ikan duri, fuh !!
Memasang jaring sambil menikmati keindahan matahari terbenam |
Majlis bertukar-tukar hadiah |
Malam tu kami meneruskan aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu bertukar-tukar hadiah, setiap orang termasuk kanak-kanak akan mendapat hadiah berdasarkan cabutan dari tuan empunya hadiah. So nasiblah dapat hadiah dari siapa..
Aktiviti di malam hari tidak lain dan tidak bukan ialah sesi memancing. Malam ni permysuriku sungguh bertuah kerana berjaya mendaratkan seekor kerapu sesat hampir 1kg. Mahu 3 tahun cerita tak habis ni haha..
Aktiviti di malam hari tidak lain dan tidak bukan ialah sesi memancing. Malam ni permysuriku sungguh bertuah kerana berjaya mendaratkan seekor kerapu sesat hampir 1kg. Mahu 3 tahun cerita tak habis ni haha..
No comments:
Post a Comment