Selepas bersarapan berat dengan nasi lemak, sekitar jam 2 petang kami bertolak ke Aeon Rawang, mujur perjalanan kami lancar cuma ada tersekat-sekat sedikit selepas exit tol Rawang.
Sampai je di Aeon , tanpa berlengah lagi aku mencari hadiah tuk Abah , pak mertua aku. Aku dan Permysuri dah decide nak hadiahkan set tali pinggang dan wallet jenama John Master. Jenama buatan Malaysia dengan kualiti premium , promote sikit !! . Nanti bolehlah Abah padankan dengan t-shirt John Master nye tu hehe.
Ngam jam 4 petang kami 2 kereta bertolak ke destinasi Island BBQ Steamboat di Kampung Melayu Subang, sebenarnya tak jauh pun dari rumah aku ni, tapi aku dan Permysuri tak pernah pergi lagi . Lagipun makanan sebegini “kureng” sikit bagi aku yang jenis lapar nasi hehe…
walaupun bukan kami yang pertama sampai, tapi kami pertama yang amik makanan |
Jam 5.05 ptg kami tiba, ku sangkakan kami orang pertama sampai, rupanya dah ada 2 biji kereta telah pun mendahului kami. Aku kagum dengan konsep yang dibawa, terbuka dan bertaman, siap ada kolam ikan, sudah pasti dapat melekakan kanak-kanak yang datang ke situ.
Kuey tiaw , nasi goreng dan nasi lemak juga disediakan |
Bubur kacang yang sedap di sebelah kiri air sirap, wajib makan !! |
” Dia orang main air uncle !! “ |
Inilah dia Birthday Boy !! |
Macam biasalah , birthday party, ada nyanyian sikit.. kami pun tak segan silu mendendangkan lagu “Happy Birthday to You” yang dah berusia 123 tahun ini walaupun sengau dan sumbang sedikit.. Masih awal lagi , orang pun tak ramai, so taklah malu sangat haha..
Di saat semua sedang makan kek, aku dah baham nasi lemak , nasib baik tak patah gigi aku mengunyah ikan bilisnya yang keras . Arghh !! Mana yang dah habis makan kek mula merebus dan membakar… aku hanya tertarik pada daging,udang dan sotong bakar sahaja hehe.. Barulah berbaloi bayar ..
Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan makanan , layanan dan juga kemudahan yang disediakan, Abah aku memang minuman rasminya adalah kopi, jadi dia tak abis-abis memuji kopi di sini sangat sedap, termasuk yang lain juga turut setuju. Aku pula nak beri 4 bintang pada bubur kacangnya, secukup rasa.
Jam 7 malam kami mula berhasrat untuk beredar, cuaca macam nak hujan, lagipun semua dah kenyang, nak wat apa tunggu sampai jam 8 ? Alhamdulillah , meja kami tiada makanan yang berlebihan, semuanya licin. Aku terus ke kaunter untuk pembayaran.
“Berapa semua kak ?”
“Semua sekali Rm173.10, yang birthday tu tak perlu bayar, free ! “
” Oh ye ker ? terima kasih la kak..”
Aku dah tersenyum-senyum itik bila dengar dpt free 1 .. Aku lihat Permysuriku sempat lagi memuji pada salah seorang pekerja di situ sebelum melangkah keluar.. Pakcik kenyang !!!
INFO
Restoran BBQ Steamboat
Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5 (Kg Melayu Subang),40150 Shah Alam, Selangor.
Untuk tempahan/pertanyaan:012.6.8000.41
HARGA;
Dewasa – RM21.90 nett/pax /* Start 1 Jan 2014, harga baru
Kanak2 – RM9.90 nett/pax (6-12 tahun)
Bawah 5 tahun PERCUMA