Tuesday, December 17, 2013

Muzium Samudera , Kota A Famosa Dan Menara Taming Sari

Dalam jam 10.15 pagi kami bertolak ke Pantai Pengkalan Balak. Pagi ni kami akan berkelah dulu sebelum ke bandar Melaka. Saja layankan 2 anak bujang ni mandi laut . Biar puas mereka mandi, minggu depan parent mereka dah datang amik. Kefahaman mereka ni maksud “berjalan” 70% tu adalah mandi laut.


Jam dah pukul 12.30 tengah hari, memang payahlah nak suruh bebudak ni stop mandi, lebih-lebih lagi dah dapat kawan baru. Bila Mama mereka dah meletup baru semua naik .


Jam 2 petang kami dah sampai di bandar Melaka, aku memilih parking di Mahkota Parade kerana aku yakin di situ je yang ada kosong. Tapi sangkaanku meleset, berkali-kali kami pusing atas bawah tetapi masih tiada yang kosong. Kami beralih ke business centre sebelahnya pula, setelah  3 kali pusing baru kami dapat tempat dan ianya betul-betul mengadap sebuah restoren  yang bertentangan Menara Taming Sari. Aku yang dari tadi menahan lapar terus membuat keputusan diktaktor .
“Kita makan dulu !!”
Dah habis makan, kami terus ke kaunter ticket menara Taming Sari , garu kepala aku dibuatnya bila melihat orang beratur menunggu giliran.
“Kita pergi muzium kapal dululah” Permysuriku memecah kebuntuan. Aku setuju !
Kami mula mengorak langkah menghala ke Muzium Samudera. Tiba-tiba..
” Bang ! bang ! naik beca bang ! Nak ke mana?” Abang beca menyapa kami .. Lain macam je beca ni, tak seDIVA yang lain..
” Nak ke Muzium Samudera je..” sahutku. Memang ada plan pun nak bawa  2 hero ni naik beca lepas tengok A-Famosa. Aku masih teragak-agak
“10 ringgit je  bang, semua boleh naik” dengan penuh yakin dia memberitahu kami. Aku dan Permysuri pun bersetuju..
Sepanjang perjalanan yang tak sampai 10 minit tu aku cuba bersembang dengan abang beca. Sungguh kuat dia mengayuh dan agak laju juga beca bergerak.  Baguslah kalau dah ramai anak muda yang kayuh beca, kalau 10 tahun dulu hanya orang-orang tua je kelihatan..
Tanpa membuang masa aku terus ke kaunter tiket, kami kena cepat supaya  kami sempat pergi ke semua tempat. Selepas ini kami akan ke A Famosa dan Menara Tamingsari.
Replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 . Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Muzium ini diperlengkapkan dengan pameran alam samudera. lanya meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.


Harga Tiket (3 in 1):  Kapal Flor de Lamar, Muzium Samudera Fasa 2 dan Muzium TLDM
Dewasa : RM 3.00 , Kanak-Kanak/Pelajar : RM 1.00
Waktu Operasi:

Setiap Hari : 9.00 pagi – 5.30 petang




Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5 seorang. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Jam 6.15 petang, kami dah beredar dari perkarangan Menara Taming Sari. Di saat melintas jalan raya menuju ke pakir kereta, aku dah berdebar-debar bila nampak banyak khemah telah dipasang. Abislah…
” Saya dah tunggu abang sampai kul 6 tadi , kalau saya bagi keluar pun, tak boleh lepas gak sebab yang lain dah siap pasang” Aku berlagak cool , nak tergelak pun ya, nak sedih pun ya gak sebab tak boleh bertolak balik ke Kota Damansara. Takkan nak call adik aku suh datang amik pulak, memang tak praktikal .. check in hotel je lah ..
” Saya pun tak tahu ada uptown kat sini , tutup kul berapa bang ?”
” Kul 3, tapi saya jam 2 dah mula kemas”
Aku pun bersalam-salaman dengan bro tu tanda bermaaf-maafan, apapun aku respect bro ni sebab ikat dengan plastik di setiap besi khemahnya supaya kereta aku tak tercalar. Terbaik bro !!
Kami check in di hotel yang mengadap restoren asam pedas selera kampung yang agak popular di sini. Terbang RM100. Lepas Isyak, kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Mega Mall dan Uptown
Uptown Pahlawan Walk, operasi Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 7.00 petang – 2.00 pagi

Tepat jam 3 pagi aku pun pergi mengambil kereta dan bawa ke depan hotel.  Jam 10 pagi esoknya kami dah chek out untuk bertolak ke KD, rupanya ada cenderahati untuk kami, saman parking RM30 hehe..  Terbang lagi duit aku….

No comments:

Post a Comment