Monday, January 20, 2014

January 20, 2014

Jom ke Ayer Hitam, Johor

Bila sebut jer Air Hitam , semua orang tau port yang famous ngan barang-barang ceramik,pokok bunga tiruan, barang perkahwinan, buah-buahan dan pelbagai kerepek,  sampaikan kalau rombongan sekolah mesti beli 1 biji pasu tuk bawak balik sebagai cenderahati termasukla aku haha. Kalau era 80an dan 90an dulu , bekas telur pun guna ceramik dari Ayer Hitam ni. Siapa yang guna kire gempaklah time tu huhu...

Last aku pergi sini seingat aku 4 tahun yang lepas. Walaupun dekat hanya 30 minit sahaja perjalanan tapi memang takde keperluan pun nak nak ke sini. Sekarang ni kalau tengok banyak kedai-kedai menjual barang perkahwinan mendominasi Ayer Hitam ni. Mungkin jenis buisness yang menguntungkan.

So untuk hari ini 18 Jan 2014 , Sabtu , jam 3.30 petang, ada misi nak diselesaikan. Mak mertua nak beli kayu penggaru badan. Pada mereka yang dah lama tak ke sini lehla usha gambar suasana terbaru Ayer Hitam ni , kot-kot leh menggamit kenangan silam hehe...





























Inilah hasilnya dari Ayer Hitam..




Monday, January 13, 2014

January 13, 2014

Chocolate Museum & Shop, Kota Damansara

 Dah 2 tahun beroperasi tapi kami baru jer tahu huhu.. Padahal tak sampai 3 KM pun lokasinya dari rumah kami. Tu pun disebabkan flyer yang aku baca di mailbox. Menarik ! Ada diskaun up to 50% , tapi...  17-19 January sahaja, Date tu kami akan pulang ker Johor. Jadi semalam 12 Januari 2014, kami terjah ke sana.


Pemandangan dari hadapan Chocolate Museum

Flyer promosi

Aku pasti ramai yang akan bergambar dengan lembu ni haha..






banyak lagi info grafik yang terdapat di sini ... maklumla.. muzium la katakan.. nak tahu lebih lanjut kena pergi ke sini.

Seterusnya kita ke kitchen mereka. Kami bertuah ada demo cara membuat coklat untuk ditontoni.




Tak sangka kami dapat merasa coklat fresh dari abang-abang chef Chocolate Museum. Tak dinafikan memang sedap coklat buatan mereka. Takde sebab kita nak banggakan coklat buatan luar.


sebagai penutup , masa untuk shopping lak. Terasa seperti di langkawi pun ada. Aku pun rambang tengok pelbagai jenis coklat ada dijual di sini.



Coklat yang cukup famous di Langkawi



Kerja-kerja pengubahsuaian bersebelahan pintu utama sedang dijalankan 

Ni jer yang kami beli wat ada-ada jer huhu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Address: Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Business Hours: Monday to Sunday : 10.00 am - 5.00 pm

Sunday, January 12, 2014

January 12, 2014

Mabul , Sipadan, Kapalai tunggu kami sampai ! - Hari ketiga - Part 2 - Final


SESI SNORKELING KETIGA : THE JETTY - KAPALAI DIVE RESORT

Tepat jam 11.00 pagi, mereka yang terlibat dengan sesi snorkeling ke Kapalai Dive Resort mula berkumpul di bot. Perjalanan tidak begitu panjang.. hanya sekitar 20-25 minit sahaja. Ini merupakan sesi snorkeling yang terakir untuk kami, jadi kami akan menghayatinya sepuas-puasnya.








Macam biasa, kami dilepaskan jauh sikit dengan resort, jadi kami akan snorkeling menuju ke arah jeti.

Subhanallah ! Maha suci Allah yang menciptakan keindahan alam.. Sungguh tinggi kebesarannya








12.30 tengah hari tamatlah aktiviti kami di sini.. Kami pulang ke resort dan bersiap-siap untuk makanan tengah hari yang agak istimewa. Tempahan khas dari En Adli.


Tak abis makan pun kami berdua.. Encik Adli tak dapat join kami kerana ada tetamu penting hadir untuk dilayan bersama bos besarnya.


Jam 5.00 petang kami berangkat pulang ke tanah besar Semporna. Sukar untuk diterima percutian kami sudah berakhir di sini. Namun kami berdua cukup puas menghayati keindahan pulau dah hidupan laut di sini.



Memang laju sungguh bot yang membawa kami ke Tanah Besar, sampaikan nak hidupkan api rokok pun tak berjaya, dah matikan enjin bot dulu baru boleh. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Sampai di tanah besar kami menunggu isteri En Adli untuk menghantar kami ke airport.



Cara keseluruhannya kami sungguh berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan oleh Jumbo Marketing di mana En Adli Ayob sebagai pengurusnya sangat sangat sangat supportive.

Insya Allah ada rezki nanti kami pasti akan ke sini lagi..  mungkin sebagai diver pula hehe..

_________________________________________________________________________________

# Yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi :

Name : En Adli Ayob ,
Phone : 016.827.0972
Email: adliayob@gmail.com