Monday, January 20, 2014

Jom ke Ayer Hitam, Johor

Bila sebut jer Air Hitam , semua orang tau port yang famous ngan barang-barang ceramik,pokok bunga tiruan, barang perkahwinan, buah-buahan dan pelbagai kerepek,  sampaikan kalau rombongan sekolah mesti beli 1 biji pasu tuk bawak balik sebagai cenderahati termasukla aku haha. Kalau era 80an dan 90an dulu , bekas telur pun guna ceramik dari Ayer Hitam ni. Siapa yang guna kire gempaklah time tu huhu...

Last aku pergi sini seingat aku 4 tahun yang lepas. Walaupun dekat hanya 30 minit sahaja perjalanan tapi memang takde keperluan pun nak nak ke sini. Sekarang ni kalau tengok banyak kedai-kedai menjual barang perkahwinan mendominasi Ayer Hitam ni. Mungkin jenis buisness yang menguntungkan.

So untuk hari ini 18 Jan 2014 , Sabtu , jam 3.30 petang, ada misi nak diselesaikan. Mak mertua nak beli kayu penggaru badan. Pada mereka yang dah lama tak ke sini lehla usha gambar suasana terbaru Ayer Hitam ni , kot-kot leh menggamit kenangan silam hehe...





























Inilah hasilnya dari Ayer Hitam..




No comments:

Post a Comment