Sepatutnya sebelum jam 12.00 malam aku dah masuk tidur, maklumlah
lepas Subuh dah nak bertolak, tapi jam dah pukul 1 pagi, aku masih
mengadap laptopku lagi.. Memang susah la nak paksa mata ni lelap kalau
dah biasa tidur jam 3.00pagi atau 4.00 pagi. Adehhh
Sedang aku bermimpi mengejar penyu , aku dikejutkan bangun oleh Permysuriku. Bagai disengat obor-obor, aku terus ke bilik air membersihkan diri .
Jam dah 6.30 pagi, aku mesti call Anas untuk memastikan dia tak hanyut dan aku pun dah bangun. Aku tengok Permaysuriku masih menggosok baju dan tudungnya . Tak habis-habis dari semalam. Itulah orang perempuan dan dunia mereka haha..
Jam 8.00 pagi aku dah terpacak depan office menanti Anas. Kami terus ke LCCT dan hanya singgah di R&R Dengkil untuk bersarapan.
Lebih kurang jam 9.30 kami pun sampai. Aku terus mencari check-in mobile counter untuk check in dan dapatkan tag beg.
3 jam perjalanan, inilah laluan domestik yang paling lama sekali, ke Jakarta pun tak lama macam ni . So apa aku nak buat ? Dewiku dan lentok tidur. Aku memang tak reti nak tidur siang hari, kalau bangun lambat taulah haha..
Sedang aku belek-belek majalah tour guide , stewardess yang comel lote ni mula menolak troli makanan untuk jualan. Bagus sangat la ni.. Habiskan masa dengan menikmati makanan pun menarik juga.
Sejam terakhir kami menikmati pemandangan awan yang menarik, sempat juga
kami melihat pelangi. Sungguh indah ciptaan tuhan sekelian alam.
Dalam jam 2.00 petang kami sampai ke Airport Tawau. Bila aku on je phone, dah ada 4 misscall dari Encik Adli , pemandu pelancong merangkap manager kepada syarikat yang mengendalikan pakej ke Pulau Mabul ini. Aku terus menghubungi Encik Adli dan mendapatkannya di luar airport.
Ini kali kedua aku dan Dewiku menjejaki kaki ke Sabah. Negeri yang kaya hasil bumi dan keindahan alam semula jadi. Kami di sambut oleh Encik Adli dengan penuh senyuman
"Selamat datang ke Tawau" ayat pertama dari Encik Adli sambil menghulurkan tangan. Kami berjabat tangan sambil aku menjelaskan mengapa kami tiba lewat 25 minit.
Kami mulakan perjalanan dari Airport Tawau ke Tanah Besar Semporna yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan tersebut kami diberitahu mengenai aktiviti yang bakal kami lalui dan serba sedikit cerita mengenai Tawau dan Semporna.
30 minit terakhir untuk sampai ke Semporna cuaca mula gelap menandakan hujan akan turun. Sekiranya ini terjadi , program untuk petang ni melawat seatfarm, akan digantikan dengan Bukit Tengkorak. Setelah berbual panjang , berkongsi minat dan sebagainya, Encik Adli setuju menggantikan program petang ini kepada sesi memancing.
Dalam jam 4 petang kami sampai ke Dragon Inn Floating Resort, terpaku kami dengan kejernihan air dan keunikan traditional concept yang dibawa oleh chalet ini.
"Ini baru Semporna belum Mabul lagi" Encik Adli memberi kami amaran. Seakan dapat membaca fikiran kami ketika itu. Kami hanya tersenyum tanda setuju apa yang dikatakannya. Kami terus di bawa ke pejabat Encik Adli untuk urusan bayaran baki , dan pengurusan bilik. Kami diberi masa 15 minit untuk menyimpan beg kami di bilik dan bersiap ke Taman Laut Dragon Inn.
Untuk masuk ke Taman Laut , rm2 dikenakan kepada orang awam, manakala
percuma bagi mereka yang bermalam di Dragon Inn. Di sini kita disajikan
dengan pelbagai jenis ikan yang telah disangkarkan antaranya kerapu, gt,
jemuduk, tongkol dan beberapa spesis akuarium yang aku tak kenal .
Selain itu juga kita akan disajikan dengan pemandangan dan aktiviti
laut oleh penduduk di Semporna .
Tepat jam 6.00 petang, kami dah bersiap untuk pergi makan malam seterusnya aktiviti memancing, Kami di bawa Encik Adli ke Restoren Terapung Warisan 2 di Tampi-tampi . Di sini lah antara lokasi pengembaraan filem Duyung keluaran KRU.
Sungguh cantik restoren yang dibina menggunakan kayu bakau ini dengan menyajikan pemandangan laut yang terbentang luas. Yang paling penting sekali, masakannya memang sedap !!
Lepas makan kami mulakan aktiviti memancing , hanya tarikan saja yang dirasakan , naikkan ikan jauh sekali. Kompau nampaknya nak mengepam ikan disini. Dengar cerita gelama sebesar selipar jepun banyak berkeliaran.. Katanya lah...
Sekitar jam 10.00 malam kami pun pulang ke chalet. Kami dinasihatkan tidur awal kerana dalam jam 6.30 pagi esoknya harus perkumpul di depan pejabat En. Adli untuk berangkat ke pulau. Best !!
Sedang aku bermimpi mengejar penyu , aku dikejutkan bangun oleh Permysuriku. Bagai disengat obor-obor, aku terus ke bilik air membersihkan diri .
Jam dah 6.30 pagi, aku mesti call Anas untuk memastikan dia tak hanyut dan aku pun dah bangun. Aku tengok Permaysuriku masih menggosok baju dan tudungnya . Tak habis-habis dari semalam. Itulah orang perempuan dan dunia mereka haha..
Jam 8.00 pagi aku dah terpacak depan office menanti Anas. Kami terus ke LCCT dan hanya singgah di R&R Dengkil untuk bersarapan.
Lebih kurang jam 9.30 kami pun sampai. Aku terus mencari check-in mobile counter untuk check in dan dapatkan tag beg.
3 jam perjalanan, inilah laluan domestik yang paling lama sekali, ke Jakarta pun tak lama macam ni . So apa aku nak buat ? Dewiku dan lentok tidur. Aku memang tak reti nak tidur siang hari, kalau bangun lambat taulah haha..
Sedang aku belek-belek majalah tour guide , stewardess yang comel lote ni mula menolak troli makanan untuk jualan. Bagus sangat la ni.. Habiskan masa dengan menikmati makanan pun menarik juga.
Dalam jam 2.00 petang kami sampai ke Airport Tawau. Bila aku on je phone, dah ada 4 misscall dari Encik Adli , pemandu pelancong merangkap manager kepada syarikat yang mengendalikan pakej ke Pulau Mabul ini. Aku terus menghubungi Encik Adli dan mendapatkannya di luar airport.
Ini kali kedua aku dan Dewiku menjejaki kaki ke Sabah. Negeri yang kaya hasil bumi dan keindahan alam semula jadi. Kami di sambut oleh Encik Adli dengan penuh senyuman
"Selamat datang ke Tawau" ayat pertama dari Encik Adli sambil menghulurkan tangan. Kami berjabat tangan sambil aku menjelaskan mengapa kami tiba lewat 25 minit.
Kami mulakan perjalanan dari Airport Tawau ke Tanah Besar Semporna yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan tersebut kami diberitahu mengenai aktiviti yang bakal kami lalui dan serba sedikit cerita mengenai Tawau dan Semporna.
30 minit terakhir untuk sampai ke Semporna cuaca mula gelap menandakan hujan akan turun. Sekiranya ini terjadi , program untuk petang ni melawat seatfarm, akan digantikan dengan Bukit Tengkorak. Setelah berbual panjang , berkongsi minat dan sebagainya, Encik Adli setuju menggantikan program petang ini kepada sesi memancing.
Dalam jam 4 petang kami sampai ke Dragon Inn Floating Resort, terpaku kami dengan kejernihan air dan keunikan traditional concept yang dibawa oleh chalet ini.
"Ini baru Semporna belum Mabul lagi" Encik Adli memberi kami amaran. Seakan dapat membaca fikiran kami ketika itu. Kami hanya tersenyum tanda setuju apa yang dikatakannya. Kami terus di bawa ke pejabat Encik Adli untuk urusan bayaran baki , dan pengurusan bilik. Kami diberi masa 15 minit untuk menyimpan beg kami di bilik dan bersiap ke Taman Laut Dragon Inn.
Tepat jam 6.00 petang, kami dah bersiap untuk pergi makan malam seterusnya aktiviti memancing, Kami di bawa Encik Adli ke Restoren Terapung Warisan 2 di Tampi-tampi . Di sini lah antara lokasi pengembaraan filem Duyung keluaran KRU.
Sungguh cantik restoren yang dibina menggunakan kayu bakau ini dengan menyajikan pemandangan laut yang terbentang luas. Yang paling penting sekali, masakannya memang sedap !!
Lepas makan kami mulakan aktiviti memancing , hanya tarikan saja yang dirasakan , naikkan ikan jauh sekali. Kompau nampaknya nak mengepam ikan disini. Dengar cerita gelama sebesar selipar jepun banyak berkeliaran.. Katanya lah...
Sekitar jam 10.00 malam kami pun pulang ke chalet. Kami dinasihatkan tidur awal kerana dalam jam 6.30 pagi esoknya harus perkumpul di depan pejabat En. Adli untuk berangkat ke pulau. Best !!
No comments:
Post a Comment