Tuesday, February 25, 2014

Kalumpang Resort & Training Centre

Pada 23 February 2014 kami telah terjah ke lokasi air terjun di Kelumpang Resort & Training Centre yang terletak di Hulu Selangor. Tempat ini dicadangkan oleh Abang Shah memandangkan isterinya yang kerja kerajaan pernah membuat program di sini. Katanya air di sini sangat sejuk berbanding Air Terjun Hutan Lipur Kanching. Jadi kami nak alaminya sendiri...

Jam 10.00 pagi kami dah gerak keluar.. sarapan pun tak sempat kerana nak kejar masa takut sesat, tak dapat port baik dan cuaca dah panas.

Jarak antara rumah kami di Kota Damansara ke Kalumpang ini sekitar 75 KM , so dalam sejam gak baru sampai ke lokasi. Sampai je Kampung Pasir Puteh kami berhenti di sebuah gerai untuk membeli sarapan @ makanan tuk lunch . 3 nasi lemak ayam , 1 teh dan 1 teh o. Cukupla tuk kami berdua .

Perjalanan diteruskan dalam 5 KM +/-  untuk sampai ke Kalumpang Resort  & Training Centre. Sepanjang perjalanan tersebut akan kelihatan juga beberapa resort di gigi sungai kalumpang ini. Jadi pengunjung mempunyai banyak pilihan mana yang berkenan di hati.

Kedai runcit dan gerai yang terdapat di depan pintu masuk Kalumpang Resort & Training Centre

RM10 dikenakan per entry bagi yang ingin bermandi-manda di sini dah menggunakan fasiliti yang disediakan

Resort milik Bumiputera ini mula beroperasi pada tahun 2005 di tanah seluas 17 ekar

Chalet yang sentiasa mendapat permintaan






Sangat sesuai program Family Day atau Teamwork diadakan di sini


Kami mengesahkan airnya sangat sejuk !!
Kalumpang Resort & Training Centre menawarkan 70 unik chalet untuk disewa
Antara rintangan-rintangan  yang disediakan oleh Kalumpang Resort & Training Centre



Tandas percuma disediakan untuk pengunjung




Antara syarikat / organisasi / jabatan kerajaan yang pernah membuat program di sini 


Jam 3.00 petang baru kami berangkat pulang, kami tak terus pulang ke KD tapi nak pusing-pusing pekan Tanjung Malim dahulu.

Kita pekena dulu Cendol Pak Man 2

Selamat tinggal , ada rezeki kami ke sana lagi dengan family

No comments:

Post a Comment