Di tengah perjalanan , tetiba Permysuriku loya nak muntah. .Kami berhenti di suatu tempat yang sememangnya disediakan untuk rehat. Permysuriku muntah paling dasyat yang pernah aku lihat. Panik gak aku. Habis keluar segala asam yang dibeli di Kedai Petronas tadi.Yang lagi bertambah musykil bila kepalanya tidak pening..
Empangan Kuala Kubu Bharu |
Nampaknya taklah kritikal sangat parasnya.. Aku cuba gak meninjau kot-kot ada kaki pancing yang mencuba nasib di sini.. Maklumlah air dah surut jadi ikan tak sebebas mana..
Kami meneruskan perjalanan menghala ke Fraser Hill , baru sahaja beberapa minit , kami nampak banyak kereta parking di kiri kanan bahu jalan, lalu kami pun parking juga untuk tahu apa yang ada di sini. Rupanya kawasan perkelahan Sungai Chiling.
Satu-satunya port terbaik yang kami nampak untuk mandi-manda di sini |
Kami masih berasa hairan, jumlah kereta agak banyak, tapi pengunjung di sini boleh dibilang dengan jari ...
Kami berhenti seketika di toilet awam sebelum mendaki naik ke Fraser Hill, setelah aku melepaskan cecair kumuhan, sekali lagi Permysuriku muntah mencurah-curah. Gue kaget bangat ! Kali ni habis burger yang dimakannya ikut keluar sekali. Kepalanya tetap tidak pening !!
Lebih kurang 40 minit kami pun sampai ke Fraser Hill , Walaupun ketika itu jam 4.00 petang tetapi suhu tetap dingin dan berkabus.
Teh panas nya hanya bertahan 2 minit |
Setelah kecewa mencari air terjun kami pun bertolak pulang. Sekarang ini sudah ada jalan untuk keluar, tidak perlu lagi berkongsi jalan dengan laluan masuk.
Badan Permysuriku semakin lemah, mungkin dah banyak bendalir dari badan keluar. Aku mencari klinik berdekatan di Kuala Kubu Bharu, malangnya tutup, berdasarkan GPS kami cuba menjejak klinik kesihatan yang lain, pun tutup juga. Lantas kami terus ke Tanjung Malim.
Kami temua sebuah klinik di pekan Tanjung Malim, malangnya terlalu ramai orang menunggu. Permysuriku sudah berkali-kali pinta balik. Aku masih lagi berkeras untuk membuat pemeriksaan. Aku cuma khuatir terkena keracunan makanan.
Akhirnya aku setuju untuk pulang terus dengan syarat membuat pemeriksaan di berdekatan rumah kami, Klinik Idham 24 jam menjadi pilihan aku kerana sebelahnya ada kedai makan dan Anas boleh diner sambil menanti kami.
AnugerahTuhan......
Seorang doktor muda berbangsa India memeriksa mata, jantung dan nadi Permysuriku. Aku dengan penuh minat memerhatikannya.
" Nak buat pregnancy test ? " tanya doktor. Kami berdua dengan keadaan blur mengangguk setuju. Setelah air kencing diberikan kami menanti penuh debaran...
" Congratulation , awak pregnant !" Doktor menyampaikan khabar gembira untuk kami.
Aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa nak menangis kuat-kuat tanda kegembiraan. Akhirnya pada usia tahun ke 6 perkahwinan, baru kami di kurniakan.
" Dah berapa minggu doktor ?" Aku mula excited nak tahu.
" Bila you last period ? " Tanya doktor pada Permysuriku. Mataku terus memandang tepat bibirnya.
" Aaaa............ "
No comments:
Post a Comment