5.30 pagi kami dah bangun untuk bersiap ke Pulau sekaligus check out bilik. Memandangkan suhu terlalu sejuk aku hanya mandi P. Ramlee jer hehe.
Sementara menunggu Permysuriku mandi , aku snap apa yang patut keadaan dalam chalet ini untuk berkongsi dengan pembaca.
|
Kunci bilik yang sempoi keychain nyer .. |
|
Bilik air |
|
Ruang bilik |
|
Dinding bilik yang dibuat dari kayu berlian. |
|
Ruang bilik Golden Inn Floating Resort |
|
Berposing di depan bilik sebelum check out |
|
Reception area |
|
Laluan utama untuk ke bilik resort |
|
Pejabat operasi En. Adli |
|
Dragon Inn Floating Resort : Pemandangan dari pejabat En. Adli |
|
Dragon Inn Floating Resort : Pemandangan dari jalan raya |
|
Pintu gerbang Pusat Perlancongan Lautan Semporna |
Sekitar jam 7.40 pagi bot kami mula bertolak meninggalkan tanah besar Semporna menuju ke Pulau Mabul. Kami berkongsi bot dengan pasangan dari Australia yang juga akan ke Mabul tetapi menginap di resort yang lain.
|
Pasangan dari Australia yang berkongis bot dengan kami |
|
Kawasan ternakan seaweed atau rumpai laut |
Lebih kurang jam 8.30 pagi , sampai lah kami ke pulau Mabul, Subhanallah.. Maha Suci Tuhan, sungguh cantik sungguh jernih airnya.. Kami sungguh teruja !!
Bot mula menghampiri ke resort tempat kami bermalam, kelihatan sekumpulan pelancong dari China sedang bersantai mengadap laut yang luas.
|
Selamat datang ke Mabul !! |
Selepas memunggah beg di bilik yang disediakan untuk kami, kami diminta sarapan dahulu. Seterusnya sesi penerangan dari En Adli mengenai aktiviti sepanjang di sini
|
Sarapan berlatar belakangkan laut yang sungguh indah |
|
Sesi taklimat dari En Adli |
|
Penerangan ringkas dari ketua instructor cara memakai google, sebelum ni kami main belasah jer ketika di pangkor |
|
Antara jenis ikan yang harus kami temui sesi snockeling yang pertama ini |
SESI SNORKELING PERTAMA : PARADISE II
Tepat jam 11.30 pagi , group yang terlibat dengan snorkeling sesi ini mula berkumpul di bot yang ditetapkan. Tapi sebelum ke lokasi snockeling, bot man harus menghantar diver ke lokasi mereka terlebih dahulu.
|
Uncle Chang - Antara yang cukup popular bagi percutian budget di Mabul |
|
Penerangan untuk diver sebenarnya, tapi snorkeler lak yang khusyuk mendengar |
|
Lokasi diver untuk ujian. Itu bukan pelantar minyak tapi salah satu resort juga :) |
|
Divers sudah bersedia untuk terjun |
|
Menurut diver ini, ikan kerapu sebesar kereta bermain-main di sini |
|
Instructor menunjukkan lokasi Paradise II yang bakal kami snorkeling |
Bila aku terjun je dari bot punyalah aku terkejut hahaha.... dalam rupanya.. Tapi aku sangat teruja dengan jenis ikan yang pelbagai dan sungguh banyak.. Aku tak sempat nak snap pic kerana asyik perbetulkan google aku ni , maklumlah 1st time guna yang jenis mahal hehe + terpesona dengan keindahan laut dalam . Tidak hairanlah Paradise II juga antara lokasi snorkeling bertaraf dunia.
Dalam 45 minit kami dibiarkan merayau di sekitar Paradise II. Itu pun dah cukup letih bagi aku... Nasib baik dah warm up depan resort tadi..
|
Anak-anak kaum Pala-u |
|
Pemandangan dari hadapan Mabul Backpackers |
Kami dihidangkan makanan tengah hari yang simple tapi sedap, Ikan Tuna segar yang dibakar, memang mantol dia punya sedap !!
SESI SNORKELING KEDUA : MABUL WATER BUNGALOWS
Sekitar jam 3.00 petang kami bertolak ke destinasi ke 2, lokasi yang cukup famous di mata dunia. Mabul Water Bungalows. Kali ini confident level kami dah tinggi untuk snorkeling. Maklumlah dah ada pengalaman sikit.. Permysuriku semakin bersemangat untuk beraksi menerokai keindahan alam.. Ye la .. dah pandai berenang la katakan huhu..
|
Mabul Water Bungalows |
|
Mabul Water Bungalows- Kami akan mula snorkeling di sini terus menuju ke resort |
Di sini dasarnya sungguh menarik kerana terdapat tukun berupa monumen yang pelbagai bentuk . Mencungap jugaklah nak berenang hingga ke resort. Paling seram bila terjumpa karangan laut yang hidup melambai-lambai macam nak terkam haha..
|
Pastikan anda membawa roti yang mencukupi |
|
Kami tetap nampak bergaya walaupun di dalam air |
|
Jangan bersedih kalau roti anda tidak mendapat perhatian ikan |
|
Teruja bila nampak ikan Finding Nemo ada disini |
|
Ikan rare - Dragon fish |
Pengalaman yang sungguh mengujakan, jauh berbeza snorkeling di Pangkor, Memutik dan Manukan. Tidak heranlah kalau di sini dikenali sebagai Maldives Malaysia.
No comments:
Post a Comment