Friday, October 17, 2014

Putu Bambu World - RnR Bemban

Jam 11.00 pagi aku baru bertolak dari Kota Damansara balik ke Benut. Aku kena sampai awal sebelum jam 3.00 petang memandangkan mereka yang nak ke Kuching ni bertolak awal dalam jam 3.00 petang. Asalnya mereka nak bertolak lepas Asar, tapi memandangkan hari ni Jumaat jadi ada baiknya bertolak awal sikit takut terjadi seperti minggu kelmarin jalan busy sungguh.

Moga aku tak banyak berhenti melayan client, kalau mereka pergi dulu makanya tak dapatlah aku pinjamkan kamera, dan satu lagi border pass untuk flight balik tak dapat aku nak bagi. Lecehlak nanti kat sana nak cari CC tuk print.

Bila sebut pasal Khucing, adehh.. sebenarnya kami pergi juga, dari Febuari lagi kami semua dah booking flight.. maklumlah time tu Mama tak tahu pun tengah pregnant.. lawak tul.. Takpelah Allah dah berikan rezki yang cukup besar sekali dalam hidup kami. Jazakallah !

Setiap kali laku balik Johor pasti aku singgah RnR Bemban untuk beli Putu Bambu World ni. Biasanya aku akan beli 3 bungkus RM10, 1 makan dalam kereta 2 lagi untuk rumah. Tapi oleh kerana aku takde masa nak stop lunch, so 2 bungkus akan aku belasah dalam kereta gak.

" 3 bungkus RM10.50"

Aik dah takde diskaun ? Sebelum ni beli 1, RM 3.50, beli 3 RM10.. erm mentang-mentangla minyak dah naik .. laju jer semua.. Apa leh buat, inflasi makin teruk , kuasa beli pengguna makin kecik !! Oh Malaysiaku

Mengapa RnR ini yang mereka pilih ?
rehat jap, kita makan dulu !
Aku meneruskan perjalanan sambil mengunyah putu bambu yang cukup lemak dan cukup masin manisnya. Alhamdulillah ngam jam 3.00 petang aku samapi. Dapatlah aku serahkan kamera dan border pass nya.

Selamat jalan dan selamat bercuti, semoga kalian semua selamat pergi dan selamat pulang, AMIN..

Ticket kami yang terpaksa dilupakan


No comments:

Post a Comment