Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambutnya.
Tengah kecoh-kecoh anak-anak buah aku bermain di luar , tiba-tiba salah seorang dari nya Akim ajak aku jalan-jalan. Bosan katanya. Aku pun tanpa fikir panjang terus setuju. Thaqif pun baru lena. Lagipun Usu ada leh tengokkan Thaqif. Lehla merayap jap. Tapi mana nak pergi ?
Aku memandu ke pekan Rengit, singgah di Maybank tuk cucuk duit, pastu terus ke KFC tuk tapau. Ini pun dah cukup buat anak-anak buahku gembira. Tapi nak kasi sedap sikit kami taknak makan kat rumah tapi outdoor lak. So aku memilih Tampok iaitu jalan balik ke rumah, kalau nak ke Punggur, naik atas lagi, takut kalau apa-apa hal kat Thaqif , jauh lak nak balik. So Taman Rekreasi Tampok Laut yang terletak di jalan Pontian Batu Pahat adalah yang terbaik.
|
Laluan ke Taman Rekreasi Tampok Laut | |
"Mengikut sejarah, Kg tampok dibuka oleh Daeng Matebak seorang berketuruan bugis wajo pada sekitar tahun 1900." - sumber FB Kampung Tompok
|
Kami makan di jambatan berpondok yang merentasi sungai Tompok |
|
Sungai Tompok |
|
Tulisan Bugis yang bermaksud : kita jumpa lagi ( menurut rakan bugis aku, dia pun main agak2 jer) |
So apa yang menariknya Taman Rekreasi Tampok Laut ni ? Kat sini ada hutan paya bakau , pelbagai spesis flora dan beburung dan juga boleh tengok kunang-kunang di waktu malam
( aku tak pernah pegi lagi waktu malam ) , Kalau yang tak minat keindahan alam semesta memang sampai je terus balik kot hehe..
No comments:
Post a Comment