Thursday, October 16, 2014

Sumbangan untuk Rumah Positive Shelter Home ( POSHe )


16 Oktober 2014, Jam 12.00 tengah hari, semua yang terlibat berkumpul di office dan mula bergerak ke rumah Positive Shelter Home ( POSHe ). Kami akan menyampaikan derma dan sumbangan dari komuniti kami di FBS. Di pertengahan perjalanan , kami singgah ke kedai perabot untuk membeli perabot-perabot seperti yang telah POSHe senaraikan. Malangnya mereka tidak dapat menghantar hari ini, hanya esok sahaja boleh kerana driver cuti. Takpa, kami cari kedai lain. Lagipun banyak kedai perabut sekitar sini.

Tak jauh dari kedai perabot tersebut kami berhenti pula ke kedai perabot yang agak besar juga kelihatan dari luar. Soalan pertama yang kami aju "boleh deliver ari ni tak ??" Untie kata boleh jika barang ready stock. Cantik! 


Kedai perabot yang menjadi pilihan kami
Saat mencari 2 buah almari utnuk anak-anak POSHe
kami pun memilih 2 buah almari dan katil 2 tingkat termasuk tilam dan sebagainya berdasarkan apa yang diminta oleh POSHe. Lagi mudah kerja kami kerana driver kedai tersebut tahu lokasi rumah kebajikan ini. Tak perlu tunggu lama, selepas menjelaskan kesemua bil, kami terus beredar ke Pasaraya Giant yang berdekatan.


Setiap seorang handle 1 troli 
Hampir sejam gak kami membeli-belah barangan yang diperlukan. Penuh jugalah 4 troli dengan barang-barang. Sebelum ke POSHe kami singgah di KFC untuk membeli hidangan buat anak-anak di situ

Barangan sumbangan dari komuniti FBS
Membeli sambil beramal
bersama Yang Dipertua POSHe Mohd Fakhrul Azizi

Kedatangan kami disambut sendiri oleh Yang Dipertua POSHe , tuan Mohd Fakhrul Azizi Abdul Kadir. Kami dihidangkan minuman petang dan berkesempatan mendengar dari Yang Dipertua tentang perkembangan dan hala tuju POSHe.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

Bagi mereka yang berkemampuan , bolehla memberi sumbangan dan bantuan, kerana mereka telah kehilangan penyumbang utama mereka iaitu Arwah Captain Zaharie Ahmad Shah (MH370). Semoga segala usha arwah selama ini diterima disisi-NYA.



No comments:

Post a Comment