Aku decide tuk pergi sekali lagi ke Hospital Columbia Asia di Nusajaya bertemu doktor pakar kanak-kanak, Dr Razlina Johari. Aku dah taknak percaya dah kata-kata public yang kononnya baby yang breast feeding tak kena, baby tak kena banyak dan macam-macam lagilah. Biar aku sendiri dengar dari mulut pakar. Mungkin apa yang mereka katakan betul dan hanya terjadi dikalangan keluarga mereka tetapi tidak menggambarkan secara keseluruhan.
Oleh kerana 22 Oktober 2014 adalah cuti Deepavali , maka penuhlah kereta. Plannya lepas membuat pemeriksaan, kami akan ke Johor Premium Outlet ( JPO ) , makcik-makcik Thaqif dan Neneknya dah ready dengan penampilan anggun lagi bergaya. Mama juga !
Di tengah perjalanan aku rasa spring kete aku kuat mainnya... lepas je kluar tol aku terus masuk RnR Simpang Renggam. Aduh tayar kiri belakang kurang angin.. Sepanjang perjalanan hinggalah ke hospital memang takde pam minyak, jadi aku terpaksa drive perlahan 90 kmph maksimum. Mak mertuaku tak kering mulut berzikir, Alhamdulillah
10.30 pagi kam sampai, aku tengok kereta tak banyak parking, public holiday agaknya, semua sibuk jalan. Aku terus ke kaunter, tengok gelap semacam. Aku tanyakan nurse di situ. Rupanya klinik tutup dan hanya Emergency sahaja yang buka.
Di ruang menunggu aku tengok ada 2 kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina juga turut terkena chickenpox , memang dah musim nampaknya. Tak lama lepas tu nama Thaqif dipanggil, kamu masuk ke bilik pemeriksaan bersama nurse lelaki tu ( betulke istilah aku sebut ni ) . Di bilik pemeriksaan ini segala data mengenai Thaqif diambil dan direkodkan.
Seterusnya kami ke bilik belakang pula untuk bertemu dengan MO, setelah pemeriksaan yang dibuat, MO tersebut telah menelifon Doktor Razlina, atas nasihat doktor, Thaqif disuruh tinggal di wad. Kami mula tertanya-tanya berapa lama Thaqif akan ditahan dan macam mana dengan majlis Aqiqah Thaqif ? Akhirnya kami akur atas keselamatan Thaqif kerana dia masih bayi, imune badan langsung takda. Aku risaukan jika CP ni tumbuh di paru-paru dan otak , boleh mnyebabkan radang paru-paru dan sawan
Sekali lagi kami dipanggil untuk diambil darah Thaqif . Lebih kurang 15 minit gak Thaqif menangis terjerit-jerit, Mama dah bising-bising sambil mengalir air mata , tak sampai hati dengar suara jantan Thaqif menangis. Ada sorang Nurse lelaki asik pandang je kat aku, maklumlah aku tengah berjambang lagi tak sempat cukur, memang nampak ganas la haha. Tapi aku cool jer walaupun dalam hati dah panas. Biarlah itu kejer mereka. Mereka lebih memahami dan sentiasa wat yang terbaik.
Aku pun daftarkan Thaqif masuk wat. Kaunter tanya bayar cash atau insuran ? Semetinya cash, Thaqif lum ada insuran lagi, hanya aku dan Mama je ada. Terkelip mata aku bila kena bayar deposit RM1000, bilik 1 malam RM200. Fuhh nasib baiklah aku dah cucuk malam tadi. Mungkin boleh swap guna debit card, tapi manalah tahu time cuti ni device dia rosak... Tak pasal-pasal kena berhutang kejap haha.
free gift dari Colombia Asia |
Dalam 12.30 tengah hari kami dibawa ke tingkat 1 dan masuk di bilik wad jenis single bed. Aku lega dengan keadaan biliknya, selesa untuk urusan kerja aku, tempat tidur aku pun ada . Toilet besar dan cantik, serba serbi cukup dan puas hati. Dan yang paling penting plug point banyak hehe.
Maka tergendalalah nak jalan pergi JPO, "Minta maaf ya makcik-makcik sekelian, Thaqif kene tahan wad". 1.30 petang Abang zaidi datang untuk amik mereka dan hantar ke kampung semula dan bawakan kain baju dan sebagainya yang diperlukan. Kalau aku charger laptop dan handphone paling penting sekali, baju tertinggal pun takpe erk..
Kesian anak Papa, biru tangannya kesan amik darah |
semoga cepat sembuh sayang |
Dalam pukul 5.30 petang Abang Zaidi dah sampai ke sini bersama Icha dan Fina untuk menghantar beg baju dan barang-barang yang diperlukan. Maka bermulalah percutian kami di sini, Inilah pertama kali aku tidur wad ..
Perkara biasa, nak tidokan anak, Mama pun ikut sama tido |
Dalam jam 6 petang camtu doktor sampai, sepatutnya dia cuti hari ini tapi dia datang juga ke hospital untuk membuat pemeriksaan awal.
senarai menu yang dijual di cafe, waktu operasi dari jam 7.00 pagi - 9.00 malam |
Ubat sapu dan ubat demam Thaqif |
Sedap diner Mama malam ni |
11.42 PM , masa untuk makan ubat |
Setiap 4 jam dan 6 jam akan diberikan ubat demam dan antibiotik. Ini yang bagusnya duduk wad, cukup masa mereka datang beri ubat walaupun jam 4 pagi. Setiap berapa jam ntah aku tak pasti, nurse akan ada datang cek suhunya dan pulse nya. Kalau kat umah Mamanya asik tak sampai hati tengok ananknya nangis nak makan ubat, camner nak baik ? So kat sini biar nurse dan Papanya yang bagi hehe..
No comments:
Post a Comment