Sunday, November 30, 2014

November 30, 2014

Pantai Tanjung Biru Teluk Kemang , Port Dickson


29 November 2014

Petangnya kami menuju ke Pantai Tanjung Biru, Teluk Kemang untuk aktiviti sukaneka pula. Kami pergi agak lewat kerana harus menunggu Dayah sampai dari Melaka kerana terlibat dengan pengendalian kursus anjuran PPD. Fuh! Berapa banyak "kerana" lah haha..

Cuaca nampak mendung, gerimis pun sudah mula terasa. Kami gagahkan juga menjayakan sukaneka kali ini. Setidak-tidak pun, majlis tukar-tukar hadiah. Takkan nak wat dalam bilik jer huhu..



Selesai majlis tukar-tukar hadiah, acara sukaneka dimulakan. Ada 2 kumpulan sahaja, iaitu Kumpulan Ikan Nemo dan Kumpulan Ikan Emas. Kumpulan manakah yang bakal juara ??

Kumpulan Ikan Nemo VS Kumpulan Ikan Emas




Hanya 3 jenis permainan sahaja dapat dijalankan. Oleh kerana gerimis semakin tebal, awan di langit pula semakin gelap , jadi kami membuat keputusan untuk tamatkan dan terus pulang. Esok di awal pagi kami akan ke sini semula untuk menamatkan cabaran sukaneka.

Selfie sebelum jalan balik

30 November 2013

Kami bersiap untuk check out awal, nak rebut tempat kat pantai Tanjung Biru, kang dah ramai orang susah lah nak bersukaneka.

10.15 pagi kami dah sampai. Tak sangka dah ramai yang sampai kat sini. Tapi taklah sesardin Pantai Teluk kemang. Seronok nampak ada yang berkhemah dan masak menggunakan dapur portable. meriah sungguh !

Di bahagian sini terdapat food court dan gerai-gerai menjual cenderahati, pakaian, peralatan berkelah dan berkhemah dan sebagainya. 

Nampaknya pertandingan memasak mee maggi dan acara sukaneka yang lain tidak boleh diteruskan, so kami semua bersarapanlah dulu di food court ini. 


Habis sarapan, Abang Zaidi, Dayah ngan Ela sahaja turun temani dan melayan budak-budak. Manakala yang lain duduk berbincang kekurangan dan kelemahan percutian kali ini. Setelah ditimbang tara berdasarkan semua aspek, kami sepakat menyatakan untuk percutian beramai seperti ini, di Telok Gong Melaka gak yang terbaik. Kami orang lelaki memang setuju jer.. Maklumlah kat sini bila waktu malam dah macam busut , takleh wat per huhu.

Keputusan dicapai, percutian ini akan disambung pada cuti sekolah bulan 3 di Telok Gong Melaka. Hati belum puas ! Kalau budak-budak nak mandi di Primaland, kami akan pergi dan balik hari, dan akan bermalam di Telok Gong sahaja. Muktamad !


Jam 12.15pm kami meninggalkan Teluk Kemang , Port Dickson. Aku dan keluarga Abang Zaidi akan ke Kota Damansara, manakala Ghani , Dayah, Abah dan Ela akan balik ke Benut. Kami ada tetamu , Mak dan Piya ! Mereka akan tinggal di KD sehingga Thaqif mendapat suntikan bulanan untuk 3 bulan.


Sejujurnya percutian kali ini kurang memuaskan kerana aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana faktor cuaca dan lokasi yang agak terhad. Semoga perancangan bulan 3 ini berjaya sebaik mungkin.

                                                                                                                             
                                                                                                                                    Live, Laugh, Love.

Saturday, November 29, 2014

November 29, 2014

Primaland Resort & Convention Centre , Port Dickson


28 November 2014.

Jam 12.15 tengah hari baru aku keluar tol Kota Damansara. Banyak gak urusan nak diselsaikan awal pagi tu sampai sarapan pun tak sempat. Mujurlah ada Speedmart 99 kat bawah office ni. Sempatlah aku sambar 2 buku roti 90 sen .



Mujurlah NKVE dan Nilai tak jem, cuma jalan agak busy sedikit. Dalam 1.45 pm aku dah sampai ke Pantai Teluk Kemang. Ahli keluargaku dari Johor dah sampai dari jam 1.00 pm lagi.


Dua insan yang sungguh bermakna dalam hidupku

Oleh kerana Check in nya pukul 3.00 pm, kami lunch dulu di sini. Jam 2.45 pm baru kami bergerak ke destinasi percutian kami di Primaland Resort & Convention Centre ( PRCC ). Jarak dari Pantai Teluk Kemang ke PRCC ni sekitar 8 KM.

Kami akan menetap 3 hari 2 malam di sini. Aku dah terbayang wajah bapak mertuaku dan birasku muka bosan mereka untuk menempuh malam hari hehe..


Lobby area
Pemandangan Blok A dari parkir awam

Inilah bilik kami 

Parkir awam yang luas bagi mereka yang datang hanya untuk mandi sahaja
Pemandangan dari apartment 


29 November 2014.

Ini sebenarnya acara kemuncak untuk ke Primaland Resort ini. Mandi-manda di water park wristband. Lepas bersarapan, tak lengah bebudak semua berpakaian renang untuk turun ke kolam. Terdapat 2 sesi untuk mandi di water park ini iaitu sesi pertama 8.00 am- 12.00 pm , dan sesi kedua 12.30 pm - 7.00 pm. Sesi ini tidak berubah dari zaman Tiara Beach Resort lagi.

Harga tiket agak mahal bagi aku. Untuk weekday, dewasa RM 25, kanak-kanak RM 15, Manakala weekend pula dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 20. Tiket boleh di beli di kaunter ticket yang terletak di blok G. Lepas melepasi bilik security guard, belok kiri, disitulah banggunan blok G.


Security check bermula di sini
Perkhidmatan menyewa basikal juga disediakan

Kafeteria





Sungguh berbeza pistol air zaman 80 an dengan sekarang







Kolam dewasa

Pukul 11.00 pagi aku dah naik atas dulu, tak tahan sejuk hehe....

Tuesday, November 18, 2014

November 18, 2014

Restoran Che' Nor Cendol Madu - Buffet Termurah Di Malaysia

Restoran Che' Nor Cendol Madu , Kota Damansara
 Aku ni peminat cendol , dalam macam-macam jenis cendol yang ada, aku cuma suka jenis yang biasa, durian dan pulut. So lain-lain aku tak leh masuk sebab dah mencemari rasa cendol itu sendiri.

Di Kota Damansara, sejak ada restoran khas cendol ni iaitu Che' Nor Cendol Madu, aku terus melekat di sini. Selain cendol, restoran ini turut menyediakan menu-menu lain seperti Nasi Ayam Penyet, Mee Kari dan lain-lain. 2 makakan tu aku dah makan so 8/10 mark aku leh bagi.

Kondominium yang bertentangan Restoran Che' Nor Cendol Madu

Tapi entri kali ni aku nak cite pasal buffet tengah hari yang ditawarkan di Restoran Che' Nor Cendol Madu yang beralamat di Seksyen 8 Kota Damansara yang hanya RM 8.00. Harga paling murah giler meletop. Bukan 4 jenis lauk tapi 12 hidangan disediakan.





Restoran Che' Nor Cendol Madu

No.70, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8 Kota Damansara , 47810 Petaling Jaya , Selangor





Jumlah seatnya agak terhad, jadi kalau nak layan buffet ni kena datang awal sikit supaya tak tercari-cari seat yang kosong, nak pilih lauk pun selesa hehe..

Harga buffet ni RM 8.00 tidak termasuk air yg dijual komersial, walaubagaimanapun air batu kosong diberikan secara percuma, tapi kalau boleh, order la cendol satu yer.. kita support restoran ni hehe !!

Setiap 4 orang makan, anda akan diberikan kupon diskaun RM 2 sebanyak 2 keping, sangkaan awal setiap 2 orang dapat 1 keping, rupanya tak. Hanya 4 orang sahaja diberi.

Rumusannya , untuk buffet lunch di sini memang berbaloi dan menyelerakan, sehingga ke hari ini aku dah pergi 4 kali bersama klien. Semuanya macam aku juga terkejut dengan harga yang ditawarkan. Setiap kali aku datang, apa yang aku perasan, udang, sotong, daging dan ayam adalah menu wajib restoran ini. Memang berbaloi-baloi !!

Oh ya, WIFI percuma disediakan, torrbaik !

Sunday, November 16, 2014

November 16, 2014

Restoren Aroma Classic , Medan Ikan Bakar Pontian

Aku dapat pesanan Whatsapp dari Najib tuk belanja makan . Aku diberi peluang untuk memilih tempat untuk kami menjamu selera. Tak fikir banyak aku memilih Restoren Aroma Classic , Medan Ikan Bakar Pontian yang terletak di Pontian Besar. Najib pun setuju.

14 November 2014, 5.30 petang aku dan Najib sampai ke restoren ini. Dari Pekan Benut nak ke sini tak jauh mana pun , kurang dari 20 KM. Aku tak buang masa panjang terus tengok apa yang ada dan buat tempahan

Restoren Aroma Classic berjiran dengan Sungai Pontian Besar

Bot-bot nelayan Sungai Pontian Besar
Pandangan dari bahu jalan raya

Kalau air pasang ni leh mancing sambil makan

Keadaan di dalam restoren

Pejabat urusan Persatuan Nelayan Kawasan Pontian

Senarai harga mengikut berat per 100 gram dengan siap masak

Ikan-ikan dan makanan laut lain yang masih diliputi salji
Dalam 30 minit kemudian, sampailah adik Najib dan sepupunya untuk sama-sama menjamu selera bagi menyempurnakan hajat Orang Kaya Najib.

Udang goreng butter
Sotong goreng tepung
Sayur campur goreng
Ketam masak lemak cili padi
Pari bakar sambal
Tom yam campur
Siakap 3 rasa
Udang goreng tepung
Bila siap semua makanan terhidang, macam tak percaya jer semua ni untuk 4 orang makan huhu. Tapi Alhamdulillah, licin semuanya. Memang kami semua berpuas hati masakan di sini.

Ketika Najib ingin membuat bayaran, aku mengjangka dalam RM 300, tapi ternyata tersilap hanya RM 197 sahaja. Bukan aku jer terkejut dengan Najib nya sekali pun terpinga-pinga. Terbaik !

Kesimpulan di sini, apa yang dapat aku rumuskan, makanannya cepat di masak walaupun banyak menu yang ditempah, masakan semua sedap dan cukup rasa melainkan sayur campur tu aku tak makan. Dan yang paling penting harganya berbaloi dan mampu bayar.

Kalaulah camni servisnya, tidak akan teragak-agak untuk datang lagi dan tak malu bila cadangkan pada kawan-kawan.

Thank you bro Najib Supok !!