Hujung minggu aritu dalam program jalan-jalan cari makan di TV3, mereka telah ke Batu Pahat. Dan salah satu restoran yang menjadi singgahan mereka iaitu Restoran Nasi Ayam Taman Rengit Jaya di Rengit Batu Pahat. Kalau dari rumah mak mertua aku hanya sekitar 16 KM sahaja. Jadi kami decide untuk pergi dan rasa sendiri. Tengok dalam tv tu, semua kata sedap jer bila ditanya . Ya ker ni ??
5 November 2014. Lepas lunch ala kadar tuk isi perut kami terus ke Pekan Rengit. Mak dan Abah nak wat IC baru. Aku pun nak amik MyKid Thaqif. Jadi kami decide tuk setlekan semua ni dulu baru makan.
Sebelum masuk simpang ke JPN, kami dah nampak dah kelibat restoren tersebut. Tak jauh rupanya. Elok sangat dah tu.. Perut aku dah lapar .. maklumlah enjin 2.0.
Masuk jer JPN, lega aku tengok langsung takde orang. Tersenyum lebar mertua aku tak perlu nak tunggu lama. Dalam 30 minit dah siap. Sempat lagi brother jaga kaunter tu share petua family mereka mengenai rahsia gigi tersusun cantik.. Camni baru keje tak stress dan orang tua pun suka..
|
Panduan memohon tukar ganti kad pengenalan dalam talian. Hanya jika anda setuju untuk menggunakan gambar yang lama. |
Bila sampai urusan aku, Opps belum siap lagi .. Kena tunggu lagi.. Dia pun terang panjang lebar, dan alasannya meyakinkan aku.. No problem. So skang, makan time, yes !
|
Papan tanda ni lah yang aku nampak dalam TV3 aritu, confirm ! |
Nasi Ayam Taman Rengit Jaya 1 Jalan Rengit Jaya 83100 Sungai Punggor Johor Malaysia
|
Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam |
|
Aku dan Mama order nasi ayam.. |
|
Mak order mee rebus |
|
Aksi Mama dan Piya menjamu selera |
|
Zooming , ok ada tanda Jalan-Jalan Cari Makan telah datang |
|
Zooming menu-menu yang ada dijual |
Kesimpulannya bagi kami Nasi Ayamnya biasa aja, tapi ayam gorengnya memang sedap dan rangup. Manakala mee rebusnya memang terrrbaik !! Kami semua puji mee rebusnya siap tapau 2 bungkus bawak balik hehe...
No comments:
Post a Comment