Tuesday, December 30, 2014

December 30, 2014

Ngopi di Kafe Avenue , Kota Damansara


Kafe Avenue terletak di dalam Pasaraya Giant , Kota Damansara. Kafe ini merupakan tempat favorite kami untuk ngeteh. Bagi aku roti bakar cheese dia memang sedap, Kopi dia pun leh tahan umpp !

Bertentangan dengan kedai buku dan pejabat pos
Menu yang disediakan
Milo dan Kopi
Mee hoon goreng
Char Kuey Teow tanpa sayur
Nampak sedap kan ? Ya memang sedap masakan kat sini, cuma terlebih masin sedikit, sebenarnya ni bukan kali pertama, sebelum ini kami pernah minta kitchen repair balik masakan mereka sebab terlalu masin. Tak tahu lah kalau tekak kami jer rasa camtu huhu !

Roti boom kebaboom
Thaqif ajak selfie

Thursday, December 25, 2014

December 25, 2014

Shopping Baju Baby Murah -The Curve Mutiara Damansara


Hari ini Mama nak bawa Thaqif jalan-jalan kat The Curve , maklumlah mood berjalan lum abis lagi. Nak shopping baju baby murah-murah untuk wat basahan pakai kat rumah. Ada ker baju murah kat Metrojaya ni ? Ada.. cuma tak banyak pilihan saiz.. nasib lah kalau ada.

Thaqif dah siap Papa, Mama !
Sampai jer sini kami cari tempat makan dulu. Pusing punya pusing akhirnya makan kat Papa Rich gak. Mungkin makan kat sini leh jadi satu DOA hehe. Dan macam biasalah menu aku dari dulu sampai sekarang kalau makan kat sini, Nasi Goreng Chicken Chop.

Nasi goreng Chicken Chop
Presentation yang sunggh teruja, tapi rasa tak sedap mana pun kat tekak aku hehe


Tak cukup kat Metrojaya, sambung kat sini pulak
2 insan bermakna dalam hidupku. 

Monday, December 22, 2014

December 22, 2014

Pulang Ke Rumah Atok Papa




17 December 2014


16:21 PM : Pulang ke Melaka

18 December 2014

12:26 PM : Cicit ke 23 melaporkan diri dengan Moyang Limah
16:24 PM : Sahabat yang menemani Thaqif
19 December 2015

09:14 AM : Menghantar nenek mengambil pencen arwah Atok
12:26 PM : Bersama kakak sepupu Fadilah
15:38 PM : Lena penat berjalan sakan
21 December 2014

08:23 AM : Nenek masak mee kari

22 December 2014

11:20 AM : Thaqif dah sampai Kota Damansara

Tuesday, December 16, 2014

December 16, 2014

Merbah Eco - Resort, Benut - Jom mancing !


Merbah Eco - Resort , No 3, Jalan Bentang Kanan, Sg Benut. Tel : 018-3900287 

Merbah Eco - Resort , Benut Pontian  ni sangat dekat dengan rumah mertua aku di Benut ni, sebelum ini namanya D'Attap Country Resort , fuh nama eksklusif betul hehe.. So oleh kerana terlalu dekat jadi memang buat endah tak endah ajer la. Resort ini lokasinya betul-betul terletak di sungai Benut yang pernah dinobatkan antara sungai yang udang galahnya sungguh sedap, lain dari yang lain. Itu kata bapak mertua aku lah, yang birthday boy 2 hari lepas tu he he.

Sekarang ni pengurusan baru. Ketika kenduri kesyukuran di sini aku tak sempat nak join, niat di hati nak juga tengok keadaan sekitar. So nama sekarang dah ditukar menjadi Merbah Eco - Resort , kenapa nama merbah ? semestinya burung merbah banyak di sini.

Sejak dibuka kepada public untuk mandi manda di kolam renang ini dengan bayaran RM5, maka resort ini begitu pantas popular

14 December 2014 : Merbah Eco - Resort , Benut Pontian 

Aku runsing tak tahu nak bawa budak-budak ni mancing kat mana, semua parit dah kurang ikan, mungkin pupus habis agaknya. Aku cuba menanyakan bapak mertuaku tentang sungai Benut dah ada udang ke belum, jawapan yang ku terima sungguh mengecewakan. Tetapi dia menyarankan aku supaya pergi memancing di Merbah Eco - Resort , di sana ada kolam talapia dan dibenarkan untuk memangcing. Harapan ku berbunga !


KIta minum dulu !

Tanpa membuang masa aku pun start motor dan panggil Akim dan Aziq untuk mengikutiku servey resort tersebut. Sampai di sana , kami terus ke kafeteria untuk melegakan tekak. Maklumlah jam 1.00 petang, cuaca tengah membahang.

Ketika minum itulah aku sempat bertanyakan pada tuan empunya resort ni Mejar tentang perkhidmatan memancing di sini. Memang ya di sini boleh memancing, untuk 3 jam sebatang joran dicas RM5 tetapi setiap kilo ikan akan dikenakan RM10. Resort terpaksa membuat begitu kerana ikan masih milik owner yang lama.

Ini sudah menarik, memandangkan kolam ikan ni berdekatan dengan kafe, so Mama pun leh join sekali. Sebelum pulang kami cuba bersiar-siar macam pelancung sambil melihat sekitar resort.

Pondok disediakan untuk mereka yang nak makan sambil disucssion atau nak privacy
Laluan ke bilik resort
Bilik yang terdapat di Merbah Eco - Resort

Bilik bertingkat yang berdekatan dengan kafe dan kolam renang
Peraturan kolam renang
Jambatan pendek yang boleh diakses dari kafe
Backdrop yang menjadi perhatian pengunjung mengabdikan kenangan di sini

Habis minum kami terus pulang. Aku mula merancanakan untuk ke sini memancing beramai-ramai. Lepas Asar kami tak lengah lagi tuju ke sini. Mama dah berangan naikkan talapia mega. Sampai jer di pintu masuk resort kami dah rasa tak syok. Kereta telah banyak memenuhi ruang pakir. Di meja kafe pun dah penuh dengan tetamu. So ? Semua decided untuk balik aja huhu. Rupa-rupanya resort telah dipenuh di booking untuk program hari keluarga.

 Kami pulang dengan kecewa, Mama tak berhenti-henti mulut dia membebel di sepanjang jalan pulang. Aku pun tak terfikir tanya ramai ke tak check in hari ini....



Oleh kerana dah janji ngan budak-budak ni nak mancing , maka aku tetap tunaikan, kami mencuba nasib di parit yang berjirankan sungai Benut. Sayangnya.. bangau oh bangau !!

15 December 2015 : Merbah Eco - Resort , Benut Pontian 

Kul 3,00 petang kami dah ke sana, kali ni tak ramai sangat sebab kumpulan besar yang check in semalam dah check out tengah hari tadi.

Kolam mandi yang dibuka jam 2.00 petang untuk sesi ke 2

Setelah bayaran dibuat untuk 3 joran, kami mula beraksi berbekalkan cengkerik dan cacing.

Aziq menunjukkan skill nya mengepam ikan 

2 jam pertama kami termenung bangau tanpa seekor ikan pun yang berjaya didaratkan. Mungkin air terlalu panas dan mungkin juga dah ikan-ikan ni biasa diajar waktu beri makan lewat petang. So 1 jam yang terakhir kami mula beraksi.

Aziq dengan tangkapan pertamanya
Akim dengan tangkapan pertamanya
Hasil dari kami : 1.8 kg


16 December 2014 : Merbah Eco - Resort , Benut Pontian

Agak lambat juga sebenarnya kami bertolak. 10.45 pagi baru keluar dari rumah. Kali ni kami mengikuti jalan besar, kalau dari arah Pontian , selepas lampu isyarat simpang empat di Benut, kurang 250 meter akan jumpa Petronas di sebelah kanan, selepas Petronas akan ada ada simpang masuk ke Merbah Eco - Resort , signbord juga ada terpacak di situ bagi memudahkan pencarian. Melalui jalan tanah merah ini, anda akan bertemu dengan kolam ternakan udang putih, kemudian barulah sampai ke resort ini

Perjalanan laluan tanah merah sepanjang 1 KM 

Longgokkan buah kelapa muda di pintu masuk kafe

Tampa membuang masa, sampai sahaja kami terus mencari spot yang menarik. Kena cepat sebelum matahari naik tinggi. Kelihatan sekumpulan ikan asyik bermain dipermukaan air, ini membuatkan budak-budak tak tentu arah.

" Cepat Uncle ! " 

Masing-masing berebut suruh memasang umpan mereka dahulu. Dah siap pasang, mereka pun dah labuhkan umpan, aku gi beli nasi lemak kat kafe haha.. nampak sedap jer masa daftar mancing tadi.. Sambil aku makan sambil memerhatikan mereka. Tak sabar nak tunggu Thaqif besar untuk aku mancing bersama.

Aziq dengan hasil terbaiknya

Akim dengan hasil pertamanya setelah ketinggalan 3 ekor dengan Aziq



9 ekor - 3.2 kg

Jam 1.30 petang kami stop, ikan dah tak galak makan umpan, lagipun mereka dah puas menarik ikan. So untuk lunch hari ini kami akan makan di kafe Merbah Eco - Resort, masakan dari ikan yang kami tangkap ini. Nyam - nyam !

Setelah ditimbang kami berhasil mendapat 3.2 kg. Boleh tahan !.  Aku memilih 2 ekor untuk hidangan makan tengahari kami.

Talapia masak masam manis
Talapia masak goreng berlada
Masakkannya memang sedap dan menyelerakan
Jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun
Alhamdulillah . Berakhirlah sesi memancing yang hebat di Merbah Eco -Resort , Benut Pontian. Mungkin yang lain datang ke sini membawa anak-anak mereka mandi kolam tapi aku bawa gi memancing pulak hehe. Setiap orang mempunyai terjemahan kesoronokkan yang berbeza. Lagipun budak-budak ni baru pergi Premaland Resort & Convention Centre PD 2 minngu lepas, so dah puas mandi kolam.

Harap aktiviti memancing ini terus kekal untuk tarikan yang berbeza dari resort-resort yang lain. Mungkin resort boleh mempelbagaikan ikan supaya lebih menarik seperti yang dibuat Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang terletak di Sekinchan.

Jemput datang semua, jika tiada teman nak mancing leh roger ambe hehe !

Cara nak ke Merbah Eco - Resort  / Tel : 018-390028

Dari arah Kuala Lumpur, memandu ke arah Johor. Keluar di Tol Simpang Renggam. Selepas tol belok kiri di lampu isyarat dan jalan lurus selama kira-kira 19 km atau 20 minit sehingga lampu isyarat simpang 4 yang ke 2 (pekan Benut), belok kanan dan pergi lurus sekitar 250 meter dan pintu masuk ke Merbah Eco - Resort adalah di sebelah kanan anda selepas Petronas Fuel Station.

Friday, December 12, 2014

December 12, 2014

Karnival Jelajah Misi Dana Tabung Palestin - Dataran Dato' Jalok Benut



Balik dari Pontian, aku tak tahu apa nak buat , aku ajak anak-anak dara ni ikut aku ke expo di dataran Benut. Kata Abah, dah lama start expo ni. So aku nak gi kepoh-kepoh jap kat sana. Kot-kot ada barang baik .



Dataran Dato' Jalok 
Pekan benut, Pontian Kechil, Johor, Malaysia








Aku tak tahulah tujuan karnival ini tercapai ke tidak misinya. Apa pun ada 2 hari lagi untuk mereka yang belum berkesempatan untuk berkunjung dan menderma