Saturday, December 06, 2014

Balik Kampung , Ops ! Singgah Nilai 3 Dulu Ya !


Dalam kul 12.30 baru kami bertolak balik ke Benut, tapi sebelum tu Mama nak bawa Mak shopping kat Nilai 3 syurga membeli belah barangan tekstil.






Pose istimewa dari Piya

RM 15 sahaja di sini, di Giant KD RM50 huhu
Kaum Adam yang tak nak temankan Hawa shopping, leh lepak minum kat sini
Ala-ala Langkawi 
Nak buka restoren memang pilihan yang tepat untuk ke sini
Deretan kedai permaidani
Lepas ngeteh goreng pisang dan keropok lekor di warung itu kami meneruskan perjalanan. Jam dah pukul 4 petang.. aku tak fikir sempat sampai sebelum Maghrib ! Ketika dah masuk sempadan Melaka, Mama ngadu lapar, kebetulan R&R Jejantas Ayer Keroh dihadapan. Mak memang teringin nak makan kat sini. Walaupun kerap ulang alik Johor ke KD bersama biras aku tapi tak berkesempatan singgah di sini. So kali ni aku dan Mama cuba pancing Mak tuk ngeteh lagi di sini.

Mama " Mak nak ngeteh kat jejantas ni ?" Mama cuba memancing
Mak " Ikutla , mak ikut ko jer
Aku " Tapi dah kul 5.00 petang , takut tak sempat sampai sebelum Maghrib" 
Mak " Mak ada takpe ! 

Begitulah seorang Mak yang akan sentiasa rasa anak-anaknya selamat bila berada di depan mata mereka. Kami akhirnya sampai di rumah Benut jam 8.00 malam.

Ngeteh di A&W di R&R Jejantas Ayer Keroh

No comments:

Post a Comment