Ketika kami ingin keluar lunch, aku ternampak beberapa Mat Smart mengetuk pintu rumah sambil membawa lampu suluh. Kebetulan yang sorang ni tengah mengetuk rumah yang selang 3 pintu sahaja, jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu. Rupa-rupanya mereka dari jabatan kesihatan nak buat pemeriksaan nyamuk Aedes terutama pam jamban. Setelah aku puas hati ngan kad yang ditunjuk, aku benarkan bro ni masuk dan buat pemeriksaan. Alhamdulillah , tiada sebarang jentik-jentik dikesan menumpang tidur kat rumah aku ni.
Aku sempatlah berbual bertanyakan kes-kes terkini jika ada, rupa-rupanya kat area Siantan ini dah ada yang dijangkiti, dan lebih mengejutkan aku tingkat 3 block aku ni telah dijumpai jentik-jentik di dua kawansan. Adeh ! Aku kena tukar plan nampaknya. Apapun kita makan dulu !!
Hari ini kami bawa Mak lunch buffet di
Restoren Che' Nor Cendol Madu , kat sini terdapat pelbagai masakan berunsurkan sayuran, so Mak mesti suka. Aku macam biasalah, belasah lauk udang ngan sotong jer lebih hehe..
|
Selesa mengambil lauk bila ke sini diluar lunch hour |
|
Sambal sotong yang menyelerakan |
|
Thaqif lena ketika kami di Aeon Big KD |
Setelah ditambah tolak bahagi darab , aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung Benut pada esok pagi juga, so Thaqif akan diberi suntikan di kampung sahaja. Soal denggi ni aku tak berani nak berkompromi. Aku pun apa lagi membeli 2 ubat nyamuk jenis liquid dan 2 jenis pepejal seperti bau minyak serai untuk langkah berjaga-jaga. So malam ni gak aku kena ke rumah adik perempuan aku Siti untuk ambil Debit card Neteller.
|
Untuk rawatan selsema Thaqif |
Kul 9.00 malam aku dah gerak ke Kuaters Hospital SB, tapi sebelum tu aku singgah di farmasi area rumah aku ni untuk beli alat penyedut selsema Thaqif. Mamanya dah mengkaji dengan bantuan blog-blog, so ini alternatif yang boleh dicuba selain minyak bawang putih.
|
Yehaa.. senang dah pasni nak cairkan Net+ |
No comments:
Post a Comment