Alhamdulillah, selesai Thaqif disuntik vaksin untuk umur 3 bulan, kami ke pasar ENO . Mama nak beli barang kay sini. Oleh kerana aku dah lapar, aku memilih untuk menunggu Mama di restoran bersebelahan dengan pasaraya tersebut.
Sedang aku belasah lontong yang kurang lemak , datang seorang pakcik dalam lingkungan 60 an mengagah-agah Thaqif. Bila dia lihat Thaqif respond baik jer, terus dia ambil Thaqif tuk didukungnya.
Pakcik " Cucu pakcik dah besar ni agaknya.."
Aku stop makan dan cuba beri perhatian kat pak cik ni. Kami berbual ringkas. Rindukan cucu rupanya. Ketika dia ingin mengembalikan Thaqif di bakul stroller, dia menyelitkan RM5 dfuit "tilik bayi" untuk Thaqif.
Betullah orang kata, bila dah bercucu, cucu lagi disayangi dari anak |
Giliran Mama dan Piya pula bersarapan |
Petangnya aku telah terima kurier dari GDEX, puas aku memikirkan barang apa yang aku ada beli, dan macam tahu-tahulak aku ada kat Benut ni. Bila tengok alamat pengirim lagilah aku blur.. dari Maybank ! , kalau dalam bentuk surat tu dah biasalah tapi yang ni dalam bentuk parcel.
Parcel dari Maybank HQ |
Maybank ASPIRE |
No comments:
Post a Comment