Hari ini hari terakhir Abang Zaidi dan Kak Ros di rumah kami. Jadi lepas shopping di GM Klang , mereka akan terus balik JB.
GM Klang ni boleh dikatakan antara lokasi favorite selepas SOGO, Maklumlah pakai wanita dan baby banyak di sini dan semestinya murah-murah. Mana tak keruan dibuatnya. Sekang ni pun dah ada free wifi , so mudahlah untuk aku wat urusan harian aku. Jika sebelum ni signal 3G pun susah nak dapat, line telefon tak stabil. Memang aku rungutlah nak balik cepat kalau pergi hari bekerja.
Awal juga kami sampai , dalam jam 11.00 pagi. Jalan ke kawasan parkir pun sudah berubah, jadi berpusing-pusing jugalah kami mencari parkir.
Antara kedai yang menjadi persinggahan kami |
Setelah naik turun , akhirnya ada juga yang dibeli. Mama dapat sepasang baju dan mainan untuk Thaqif. Aku dengan cermin mata hitam untuk memandu. Yang lama dah teritnggal kat Benut ketika berkaraoke bersama Piya huhu. Aku rasa inilah trip yang paling cepat sepanjang ke sini selama ini. Mungkin sebab budak-budaknya ramai, payah nak handle.
Mujur Thaqif tak cerewet duduk dalam stroller |
Berakhirlah percutian keluarga Abang Zaidi dan Kak Ros serta anak-anak mereka di sini. Jika sebelum-sebelum ni Hakim dan Haziq akan stay bersama kami time cuti sekolah panjang camni. Tapi oleh kerana kami dah ada Thaqif dan masih bayi lagi jadi terbantutlah hasrat mereka. Walau bagaimanapun kami telah berjanji akan pulang ke Benut nanti bersama Wii, so bolehlah main kat kampung jer nanti.
Dalam jam 3.30 petang, kami berpisah, satu ke KD satu ke JB...
No comments:
Post a Comment