Jam 12:00 tengahari kami dah sampai SOGO. Ingatkan tak ramai orang, penuh juga rupanya. Maklumla, YES ( Year End Sale ) sedang berlangsung. Mama pun tak terkecuali untuk turut serta. 2 jam gak kami di sini. Dapatlah Mama purse baru dan 2 pasang baju Thaqif, Piya juga tak terkecuali dengan sehelai gaun.
Jam 2.00 petang kami dah keluar dari SOGO, pada awalnya nak lunch kat SOGO ajer, tapi bila memikirkan takut terlewat keluar kang tak pasal-pasal tersangkut dalam jem. So aku decided untuk lunch kat area Sunway Kota Damansara aja. Dalam kepala otak aku antara Restoran Ayam Penyet ataupun Restoran Sari Ratu.
Gerimis di Kota Damansara. Kami memilih Restoran Sari Ratu kerana belum pernah lagi makan di sini. Lagi pun di sini ada Nasi Padang, so tentu Mama dan Mak mertua aku terkejut nanti dengan presentation mereka seperti mana aku terkejut ketika makan di Jakarta dulu.
.
Hanya kami sahaja di dalam restoran ini, maklumlah sudah jam 3.00 petang, lunch hour pun dah habis. Aku cuba bertanya pada pelayan sama ada konsep nasi padang mereka sama seperti di Indonesia. Rupanya tidak. Kami harus memilih lauk kami sendiri. So aku dan Mama pun buat pilihan.
Perasmian oleh Wakil Duta Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur |
Gulai Kambing |
Asam Pedas Ratu Ikan Merah |
Gulai ayam |
Masak Lemak Sayur Nangka |
Ayam gorem rempah special |
Kentnag Teri |
Bergedel |
Sambal Hijau |
Udang Galah Goreng Kunyit |
Jemput makan ! |
Senarai harga yang agak mahal. Sambal hijau sampai RM3.50 sepiring ?? |
Secara keseluruhannya semua sedap, cuma menu istimewa mereka Asam Pedas Ratu tu bagi aku kurang ump sikit. Mungkin tekak aku dah biasa sangat ngan asam pedas Melaka agaknya. Harga pun agak mahal, so untuk kami bukanlah restoran yang boleh didatangi selalu huhu.
Kalau kami ke sini lagi, mungkin bergedel dan sambal hijau kami skip sebab macam tak berbaloi dengan harganya RM3.50 setiap satu. Itu kata kami lah.. tapi kalau dah memang berduit, apa nak dikira sangat, ye tak ??
No comments:
Post a Comment