Adakah lidah anda terbelit nak sebut nama restoran ini ?
Sejak Restoran Djeumpa milik Chef Zaidah di Aeon Big Kota Damansara tutup, kat sinilah pilihan kami untuk menikmati hidangan asam pedas di dalam shopping complex. Sebelum ni kami jarang berjalan hingga ke bahagian hujung pasaraya Giant ni, turun je escalator, terus keluar melalui pintu keluar di situ. Cuma bila pandu keluar kereta, kami akan lalu bahagian belakang restoran ini. So anggapan awal kami ianya adalah sebuah kafe yang menjual beraneka jenis kuih-muih. Kami silap !
|
Ejaan kuih muih yang telah diurbankan |
|
Pelbagai menu dan sajian ditawarkan di sini |
Sebenarnya ini baru kali ke 3 kami makan di sini. Dan baru kali ini asam pedas jenahak ada, so dapatlah aku merasanya yehaa. Mama pula macam biasalah tak abis-abis dengan ikan kembungnya.
|
Asam pedas ikan jenahak |
|
Asam pedas ikan kembung |
|
Pakcik berkemeja putih di belakang Mama itulah pemilik KweMwe |
Dan semestinya beraneka kuih muih tradisional terdapat di sini. Ini merupakan tarikan istimewa dan satu kelainan dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain. So bagaimana nak ke sini ? Mudah aja, dah sampai Giant Hypermarket Kota Damansara, cari shop lot G19, kedai ini berjiran dengan Secret Recipe.
Boleh tau owner cina atau melayu?
ReplyDeleteMelayu, sudah berumur, selalu ada kat kedai
Delete