Saturday, January 31, 2015

Vivo - American Pizza & Panini


Mama nak shopping barang-barang Thaqif . Mama bagi option samada Aeon Anggun Rawang atau Aeon Bukit Raja, semestinyalah aku pilih Rawang sebab aku agak selesa kat sini. Alasan yang tak cukup mantap haha.

Sampai jer, kami cari port makan dulu, yang penting agak selesa dan tidak terlalu bising sebab Thaqif ni selalu terkejut-terkejut bila dengar bunyi bising. So Vivo pilihan kami. Memang lama tak masuk Vivo ni. Tahun 2006 dulu selalu gaklah masuk masa dia baru buka di Terminal Bas Larkin, sekarang dah takde dah.

Vivo - American Pizza & Panini

Oleh kerana memang tak pernah makan kat sini, aku minta pelayan rekemenkan yang mana orang cakap sedap dan dia makan pun sedap. So dia cadangkan 2 menu untuk kami seperti di gambar kat bawah ni. Macam biasa slice cake untuk aku mesti ada, dan juga mengikut apa yang dicadangkan.

Chicken Parmigiana RM19.90
New York Fish & Chips RM18.90
New York Caramel Cheesecake RM 7.50
Portion yang besar dan memang sedap, memang puas hati makan. Cheese melekat kat tekak ni pun tak hilang lagi haha

Cawangan Vivo di Malaysian 
So cawangan yang terdekat dengan rumah kami ialah The curve.

Papa makan dulu , Mama layan Thaqif yer

No comments:

Post a Comment