Sunday, February 08, 2015

Mencari Sinar Di i-City Shah Alam


Semalam mertua dan adik iparku dari Johor ke sini ( kota damansara ). Tapi kami plan bertemu kat i-City dulu. Walaupun dah berkali-kali ke sini mesti tak jemu sebab sentiasa berubah-berubah. Kalau nak tengok rupa i-City sebelum ni leh masuk kat entri Jun 2012 , Dec 2013. Dan ini kali pertama untuk permataku Thaqif ke sini.

Jam 5.30 petang kami dah bertolak ke i-City . Nak dapat parking atas punya pasal. Oleh kerana jalan begitu lengang, jam 6.00 petang kami dah sampai. Aku park betul-betul depan Maybank i-City, senang aku nak withdraw duit kang.

Cek ngan mereka masih di Ayer Keroh, lama lagi gak tu, so kami masuk dulu ke restoran chicken rice shop , selesa sikit jika Thaqif nak menyusu. Dah masuk takkan nak minum jer kang, kami pun makan lagi lah walaupun dah lunch.

Chicken Rice Shop, i-City, Shah Alam | Bukan sekadar nasi ayam
Habis makan kami decided untuk bersiar-siar dahulu sementara menunggu mereka sampai. Ternyata banyak sekali perubahan yang berlaku.

Wow street
Kaunter reload i-card
Bersama semut bomba
Ini bukan pelatih PLKN tapi kanak-kanak yang ingin mencuba aktiviti yang agak xtreme
Avatar juga ada di sini

Lebih kurang pukul 8.00 malam kami bertemu di i-City. Bermulalah pengembaraan kami sekeluarga


Kami nak pulang ke angkasa !
Rombongan Parit Pinang ke i-City
Sekarang dah kena bayar nak masuk taman ni
Fira dan haiwan tidak boleh dipisahkan
Air pancut berirama dengan mainan warna yang menarik
Permainan yang paling kuat kedengaran orang menjerit
Lebih kurang 10.30 malam baru kami berangkat pulang ke Kota Damansara, perut dah lapar sebenarnya, kalau nak makan dalam area i-City ni agak mahal sikit dan rasa pun taklah teruja mana pun haha. 

Oleh kerana mak mertua aku gemar chicken chop, aku bawakan ke Mr Steak House , dan kali ni dagingku masak sepenuhnya..
Mata Thaqif dah segar dari tidur ketika dalam perjalanan pulang tadi
Semua tengah tekun menikmati hidangan

No comments:

Post a Comment