Thaqif cuba merasa giginya yang baru muncul |
Anak aku dah tumbuh gigi ! Selangkah kehadapan lagi untuk dirinya. Tanda penting bayiku sedang membesar. Ops!!, Dari pembacaan aku di forum berkaitan bayi, istilah tumbuh gigi adalah tidak tepat. Lagi tepat disebut "MUNCUL". Ini kerana gigi bayi dikatakan telah tumbuh sejak dia masih dalam bentuk janin lagi cuma pembentukan itu di dalam rahang. So gigi bayi akan muncul apabila umur bayi mencecah 5-7 bulan. Logik juga kan? Lantaklah.. yang penting orang lain faham apa yang kita nak sampaikan.
Orang tua-tua kata jika tumbuh gigi ni demam, ye ker? Hasil pembacaan ku tiada lagi pakar yang mengatakan bayi demam bila proses tumbuh gigi, cuma bayi akan menangis , cerewet sikit, dan air liur meleleh. Itu pun proses untuk mengurangkan kesakitan pada gusinya sahaja. Mungkin itu sebabnya orang-orang tua dulu kata bayi demam. Thaqif pun melalui semua perrkara di atas. Juga memasukkan jarinya kedalam mulut, menggigit kain TETE nya. Bila aku dah google semua ni barulah tahu giginya nak muncul .
Sebenarnya tumbuhnya gigi ni sebagai tanda yang bayi dan bersedia untuk makanan jenis solid. Alhamdulillah , 3 hari lagi Thaqif akan berusia 6 bulan dan memang umur yang disarankan untuk menerima solid food sebagai makanan barunya. Aku semakin excited bila dapat merasa gigitan Thaqif, Mama lagilah haha.
Pertumbuhan ini akan berterusan sehingga bayi berusia 3 tahun, dan pada ketika umur ini, set giginya sudah lengkap dengan 20 batang. Eh betul ke kalau tumbuh gigi awal akan lambat jalan ??
Anakku Thaqif, Papa dan Mama sangat gembira dengan perkembangan ini. Membesar dengan sihat ya !!
No comments:
Post a Comment