Mama tak puas hati bila tengk pipi Thaqif naik semula ruam susu. Sedangkan masa kami pulang dari bercuti di
Telok Gong , pipi Thaqif boleh dikatakan dah 90% pulih.
Kami decided ke PD untuk berkelah. So bolehlah pipi Thaqif disapukan dengan air laut dan Mama nak bawa pulang sikit air laut tuk rawatan susulan. Tapi nak balik hari tu yang aku malas. So aku pun carilah hotel murah-murah kat PD ni untuk kami bermalam. Tak lah rushing sangat nanti, lagipun pagi Ahad tu Thaqif leh disapukan air laut lagi.
Cari punya cari.. dapatlah Glory Beach Resort, berkonsepkan apartment 2 bilik , sesuailah untuk kami 3 dewasa dan 1 bayi. Oh ya sarapan juga disediakan untuk 3 orang,
|
Glory Beach Resort , Port Dickson |
Kami bertolak agak lewat sebenarnya, maklumlah last minute nyer plan. Sampai PD kami lunch dulu di Pantai Teluk Kemang. Jauh menyempang sebenarnya. Hotel terletak di sebelah Lukut. Tapi kami cari makan di Teluk Kemang huhu. Lepas lunch kat
Asam Pedas Warisan Corner kami terus ke Glory Beach Resort. Jam 4.30 petang baru selesai check in.
Bila masuk je ke bilik, kami sungguh berpuas hati, sangat luas dan selesa. Jika nak dibanding kan di sini dengan
Premaland Resort & Convention Centre yang 2 bilik, di sini lagi memuaskan.
Kul 6:00 petang baru kami turun dari bilik. Kat bawah orang dah ramai memenuhi kolam renang. Sempat jugalah mereka bertiga ni berendam walaupun agak sesak.
|
Kolam penyu yang berdekatan dengan kolam renang |
|
Berselfie berlatar belakangkan Glory Beach Resort |
|
Inilah bot saya ! |
|
Merakam fenomena matahari terbenam merupakan kegemaran aku. |
Malamnya kami berkira-kira hendak makan diluar atau di dalam bilik sahaja. Maklumlah ada baby, Thaqif ni kalau nak menyusu tak kira masa, bila nak jer terus jerit huhu. Kalau nak makan kat bilik boleh order direct ngan cafe hotel, dia akan hantar terus ke bilik.
|
Doorstep delivery | Nasi goreng kampung RM12.00 ? |
Fikir punya fikir kami makan luar jer. Lagipun Mama nak makan ikan bakar. Cuma kami akan cari kedai yang berdekatan dengan hotel.
Kami diner di Restoran Ikan Bakar & Seafood Sri Tanjung , Memang tak jauh pun dari hotel, lokasi dibahu jalan dipersimpangan jalan utama. So kalau dari hotel, restoran ini terletak di sebelah kanan.
Aku suka logonya, hampir sama dengan
Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Sekinchan. Masakannya pun boleh dikatakan semuanya sedap kecuali sotong tepungnya kurang kena pada tekak kami, tapi mungkin sedap di tekak orang lain. Agaknya...
|
sarapan pagi dihiburkan dengan telatah dikolam mandi |
Sarapan di sini sangat memuaskan, setaraf hotel 4 bintang. Kat Glory Beach Resort ni bape bintang yer ?Beraneka jenis hidangan dan sentiasa ditambah bila kurang.
|
Pemandangan dari balkoni |
Lepas sarapan kami ke pantai seketika untuk mencuci muka Thaqif dengan air laut. Kami membawa balik bekal air laut dengan botol mineral kecil untuk buat sapuan di rumah nanti.Memang puas hati dan berbaloi menginap di sini. Next time kami pasti akan ke sini jika ingin mandi manda di Port Dickson.
Jam 11.55 pagi kami check out dan bersedia untuk ke Alive 3D Art Gallery. Jom kita !
No comments:
Post a Comment