Tuesday, March 31, 2015

Kembara Tanjung Sedili Kota Tinggi Johor - Part 2




29 Mac 2015

Awal pagi lagi aku dah ke kedai  yang terletak depan rumah untuk beli sarapan. Ekspektasi aku tepat. Pelbagai jenis juadah di jual termasukla lontong, kuih-muih nya juga beraneka jenis ada dijual. Memang best !



Lepas bersarapan kami ke Pantai Temalah yang terletak di Sedili Besar. Menurun blogger yang lain, pantai di sini airnya sangat jernih dah kehijauan. Mama memang tak percaya dekat area Kota Tinngi Mersing ada pantai yang camtu.

Jambatan yang mengubungkan Sedili Kecil dan Sedili Besar
Kalau tiada jambatan ini, mungkin sekarang ini kami di dalam bot penambang
Laluan berkelapa sawit yang harus dilalui sebelum sampai ke pekan Sedili Besar
Jeti dan Restoran Nelayan Sedili Besar
Masjid Sedili Besar
Selepas habis pusing di pekan Sedili Besar, kami terus ke Pantai Temalah. Dengan perjalanan yang agak mencabar kerana terpaksa menurun bukit dengan jalan yang rosak akibat hakisan, kami sampai juga ke Pantai Tamalah ini. Tapi sayangnya sekali lagi air pantai sedang surut. Memang tiada rezki kami nak mandi-manda di Sedili ini. Sedihnya.....

Pantai Tamalah Sedili Besar
Di hujung sana yang terdapat batu-batan besar, tempat yang dikongsikan blogger lain tentang kehijuan kejernihan air 
Resort yang sedang diubah suai
" Tak dapat mandi lagi !! "
" Kat mana yang dikatakan cantik kehijauan tu ?? "
Penunggu setia Pantai Temalah

Dengan keadaan air yang tak boleh mandi, cuaca pun terik, 10.15 pagi kami dah bertolak balik. Ketika selesai melepasi jambatan tersebut, kami berhenti di bahu jalan untuk singgah ke Kilang Keropok Lekor & Segera. Menurut birasku di sini lagi sedap dari Mersing. So wajib mencuba !



Antara produk-produk yang terdapat di kilang ini
Suasana di dalam kilang
 Lepas lunch aku dan abah pergi memancing di sungai yang berdekatan. Dengan berbekalkan sedikit udang pasar dan ikan selar, kami mencuba nasib  di sini.

Pondok batu disediakan, sesuai untuk seisi keluarga bersantai di sini
Tetiba teringatlak kat Hutan Paya Bakau Bukit Kuang Kemaman
Otai sudah bermula
Masih lagi kompau 
Abah dah mula takbur ngan aku
" Aii.. jadilah... "
Ini jer hasil kami berdua, cukuplah sorang sekor haha..


Lepas asar, kami meneruskan kembara menuju ke Sedili Kecil pula, Kali ini kami cuma ingin melihat suasana kampung nelayan sekaligus membeli ikan segar untuk dibuat lauk makan malam nanti. Sayangnya ikan hanya naik di awal pagi, tiada trip untuk lewat petang. 

Kami mengambil keputusan untuk ngeteh di Pantai Teluk Mahkota sebelum pulang ke rumah. Secawan teh tarik ditemani keropok lekor sambil dinyanyikan deruan ombak dan angin cukup membahagiakan. Setidak-tidaknya terubatlah hati tak dapat mandi laut erkk..





Malamnya sedang masing-masing sibuk sembang tak jatuh, tiba-tiba elektrik terputus. Black out !. Mujurlah aku ada lampu LED di dalam boot kereta. Bolehla menerangi walaupun tak seterang mana. Jiran sebelah pun ada bagi lilin, jadi untuk ke dapur atau tandas cukup membantu.

Time ni pulak ada Client nak top up, aku cuba mencari signal terbaik , at least 3G, tapi gagal. Aku start enjin terus ker Jeti. Dengan suasana sunyi lagi gelap menjadikan suasana situ agak menyeramkan. Lantaklah yang penting kerja siap. Tapi signal tak tetap menyebabkan web page aku load tak sempurna. Aku harus ke arah Jason Bay atau Sedili Kecil. 

Baru aku melepasi simpang empat lampu isyarat , hujan mula turun. Aku mengambil keputusan untuk lepak di kedai makan di kawasan lampu isyarat ni, kot-kot ada wifi percuma. Malangnya tiada. Jadi dengan internet yang semput ni aku cuba memenuhi kehendak client secepat mungkin. Apapun meggi sup nya memang sedap !

30 Mac 2015

Paginya kami pulang ke Benut berbekalkan 1001 pengalaman baru. Secara peribadi aku suka tempat ni, tenang dan tenteram. Cuma aku berdepankan masalah kelajuan internet sahaja. Aku harus memikirkan alternatif lain jika mahu ke sini lebih lama.

No comments:

Post a Comment