Merbah Eco - Resort , No 3, Jalan Bentang Kanan, Sg Benut. Tel : 018-3900287 |
Merbah Eco - Resort , Benut Pontian ni sangat dekat dengan rumah mertua aku di Benut ni, sebelum ini namanya D'Attap Country Resort , fuh nama eksklusif betul hehe.. So oleh kerana terlalu dekat jadi memang buat endah tak endah ajer la. Resort ini lokasinya betul-betul terletak di sungai Benut yang pernah dinobatkan antara sungai yang udang galahnya sungguh sedap, lain dari yang lain. Itu kata bapak mertua aku lah, yang birthday boy 2 hari lepas tu he he.
Sekarang ni pengurusan baru. Ketika kenduri kesyukuran di sini aku tak sempat nak join, niat di hati nak juga tengok keadaan sekitar. So nama sekarang dah ditukar menjadi Merbah Eco - Resort , kenapa nama merbah ? semestinya burung merbah banyak di sini.
Sejak dibuka kepada public untuk mandi manda di kolam renang ini dengan bayaran RM5, maka resort ini begitu pantas popular
14 December 2014 : Merbah Eco - Resort , Benut Pontian
Aku runsing tak tahu nak bawa budak-budak ni mancing kat mana, semua parit dah kurang ikan, mungkin pupus habis agaknya. Aku cuba menanyakan bapak mertuaku tentang sungai Benut dah ada udang ke belum, jawapan yang ku terima sungguh mengecewakan. Tetapi dia menyarankan aku supaya pergi memancing di Merbah Eco - Resort , di sana ada kolam talapia dan dibenarkan untuk memangcing. Harapan ku berbunga !
KIta minum dulu ! |
Ketika minum itulah aku sempat bertanyakan pada tuan empunya resort ni Mejar tentang perkhidmatan memancing di sini. Memang ya di sini boleh memancing, untuk 3 jam sebatang joran dicas RM5 tetapi setiap kilo ikan akan dikenakan RM10. Resort terpaksa membuat begitu kerana ikan masih milik owner yang lama.
Ini sudah menarik, memandangkan kolam ikan ni berdekatan dengan kafe, so Mama pun leh join sekali. Sebelum pulang kami cuba bersiar-siar macam pelancung sambil melihat sekitar resort.
Pondok disediakan untuk mereka yang nak makan sambil disucssion atau nak privacy |
Bilik yang terdapat di Merbah Eco - Resort |
Bilik bertingkat yang berdekatan dengan kafe dan kolam renang |
Peraturan kolam renang |
Jambatan pendek yang boleh diakses dari kafe |
Backdrop yang menjadi perhatian pengunjung mengabdikan kenangan di sini |
Habis minum kami terus pulang. Aku mula merancanakan untuk ke sini memancing beramai-ramai. Lepas Asar kami tak lengah lagi tuju ke sini. Mama dah berangan naikkan talapia mega. Sampai jer di pintu masuk resort kami dah rasa tak syok. Kereta telah banyak memenuhi ruang pakir. Di meja kafe pun dah penuh dengan tetamu. So ? Semua decided untuk balik aja huhu. Rupa-rupanya resort telah dipenuh di booking untuk program hari keluarga.
Kami pulang dengan kecewa, Mama tak berhenti-henti mulut dia membebel di sepanjang jalan pulang. Aku pun tak terfikir tanya ramai ke tak check in hari ini....
Oleh kerana dah janji ngan budak-budak ni nak mancing , maka aku tetap tunaikan, kami mencuba nasib di parit yang berjirankan sungai Benut. Sayangnya.. bangau oh bangau !!
15 December 2015 : Merbah Eco - Resort , Benut Pontian
Kul 3,00 petang kami dah ke sana, kali ni tak ramai sangat sebab kumpulan besar yang check in semalam dah check out tengah hari tadi.
Kolam mandi yang dibuka jam 2.00 petang untuk sesi ke 2 |
Setelah bayaran dibuat untuk 3 joran, kami mula beraksi berbekalkan cengkerik dan cacing.
Aziq menunjukkan skill nya mengepam ikan |
2 jam pertama kami termenung bangau tanpa seekor ikan pun yang berjaya didaratkan. Mungkin air terlalu panas dan mungkin juga dah ikan-ikan ni biasa diajar waktu beri makan lewat petang. So 1 jam yang terakhir kami mula beraksi.
Aziq dengan tangkapan pertamanya |
Akim dengan tangkapan pertamanya |
Hasil dari kami : 1.8 kg |
16 December 2014 : Merbah Eco - Resort , Benut Pontian
Agak lambat juga sebenarnya kami bertolak. 10.45 pagi baru keluar dari rumah. Kali ni kami mengikuti jalan besar, kalau dari arah Pontian , selepas lampu isyarat simpang empat di Benut, kurang 250 meter akan jumpa Petronas di sebelah kanan, selepas Petronas akan ada ada simpang masuk ke Merbah Eco - Resort , signbord juga ada terpacak di situ bagi memudahkan pencarian. Melalui jalan tanah merah ini, anda akan bertemu dengan kolam ternakan udang putih, kemudian barulah sampai ke resort ini
Perjalanan laluan tanah merah sepanjang 1 KM |
Longgokkan buah kelapa muda di pintu masuk kafe |
Tampa membuang masa, sampai sahaja kami terus mencari spot yang menarik. Kena cepat sebelum matahari naik tinggi. Kelihatan sekumpulan ikan asyik bermain dipermukaan air, ini membuatkan budak-budak tak tentu arah.
" Cepat Uncle ! "
Masing-masing berebut suruh memasang umpan mereka dahulu. Dah siap pasang, mereka pun dah labuhkan umpan, aku gi beli nasi lemak kat kafe haha.. nampak sedap jer masa daftar mancing tadi.. Sambil aku makan sambil memerhatikan mereka. Tak sabar nak tunggu Thaqif besar untuk aku mancing bersama.
Aziq dengan hasil terbaiknya |
Akim dengan hasil pertamanya setelah ketinggalan 3 ekor dengan Aziq |
9 ekor - 3.2 kg |
Jam 1.30 petang kami stop, ikan dah tak galak makan umpan, lagipun mereka dah puas menarik ikan. So untuk lunch hari ini kami akan makan di kafe Merbah Eco - Resort, masakan dari ikan yang kami tangkap ini. Nyam - nyam !
Setelah ditimbang kami berhasil mendapat 3.2 kg. Boleh tahan !. Aku memilih 2 ekor untuk hidangan makan tengahari kami.
Talapia masak masam manis |
Talapia masak goreng berlada |
Masakkannya memang sedap dan menyelerakan |
Jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun |
Harap aktiviti memancing ini terus kekal untuk tarikan yang berbeza dari resort-resort yang lain. Mungkin resort boleh mempelbagaikan ikan supaya lebih menarik seperti yang dibuat Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang terletak di Sekinchan.
Jemput datang semua, jika tiada teman nak mancing leh roger ambe hehe !
Cara nak ke Merbah Eco - Resort / Tel : 018-390028
Dari arah Kuala Lumpur, memandu ke arah Johor. Keluar di Tol Simpang Renggam. Selepas tol belok kiri di lampu isyarat dan jalan lurus selama kira-kira 19 km atau 20 minit sehingga lampu isyarat simpang 4 yang ke 2 (pekan Benut), belok kanan dan pergi lurus sekitar 250 meter dan pintu masuk ke Merbah Eco - Resort adalah di sebelah kanan anda selepas Petronas Fuel Station.
No comments:
Post a Comment