Friday, March 13, 2015

Pusat Memancing Udang - PRO's Prawn Park


Asalnya kami bertiga ngeteh di mapley Khalifah di seksyen 5, entah macam mana melalut sampai cerita mancing ikan ke mancing udang. Memandangkan ada yang belum pernah mancing udang, aku mengajak mereka ke sini. PRO's Prawn Park.

Sepengetahuan aku , di sini satu-satunya pusat memancing udang yang ada di Kota Damansara, kedai ni pun dibuka selepas Kedai Memancing Udang T&R Kota Damansara di seksyen 6 tutup. Nak cari kedai ni memang tak susah. Cari jer Restoran Ghulam Mee , pasti jumpa kedai ni yang bersebelahan dengan resoran tersebut

Block A 10G, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Survey dulu spot-spot menarik
Umpan yang digunakan yang dikenali sebagai umpun-umpun
Corner pot memang sentiasa ada orang
Sakit jer hati bila tengok abang depan ni asik dapat huhu
Udang tangkapan dari jarak dekat
Inilah hasil aku yang tak seberapa
Goreng kunyit pun sedap

Nama : PRO's Prawn Park
Alamat : Block A 10G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya
Tel : 014-9922260
Waktu operasi : 2.00 PM - 1.00 AM
Yuran memancing : RM18 perjam
Umpan : RM5 sepotong

No comments:

Post a Comment