Dah lama sebenarnya kami berlima untuk merancang cuti bersama rehatkan badan dan minda sekaligus mengeratkan hubungi sesama isteri dan anak-anak. Akhirnya 21 Mac 2015 tertunai juga. Kami telah memilih untuk bermalam di Teratak Mak Long, Janda Baik.
|
Laluan selepas R&R Genting Sepah |
|
Mula memasuki kampung Janda baik |
Jam 10.00 kami bertolak dari rumah masing-masing dan berkumpul di stesen minyak BHP gombak sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dan selamat tiba sekitar jam 11.00 pagi.
|
" Cukup ke tak tembikai aku ni .. " |
|
Pengalaman pertama untuk Thaqif bermalam di jeram |
|
" Kita makan dulu ! " |
|
Anak-anak dah tak sabar nak terjun mandi-manda |
|
Laluan utama ke chalet yang lain |
Ada 5 chalet terdapat di sini dan kami telah menyewa kesemuanya. Jadi untuk malam ini, kamilah raja !
Selepas makan semua pakat terjun kecuali yang takut air dan tak reti berenang haha...
|
Air terlalu sejuk , Thaqif tak berani |
|
Bila mak budak jadi budak |
Selain bermandi-manda kita juga boleh memancing di kolam ikan Pak Long. Anda boleh mencuba nasib pada 2 kolam ini secara percuma.
|
Kolam 1 |
|
Surau yang sedang dibina |
|
Abang Sebol kita sedang mencuba nasib |
|
Kolam 2, agak tersorok sedikit |
|
Pose istimewa walaupun tak dapat ikan lagi |
|
Mama yang kompau |
|
Kelajuan internet yang memberansangkan |
Pada malamnya tiada aktiviti yang khusus untuk dilakukan di sini, semuanya bebas melainkan berkumpul untuk makan bersama-sama. Sementara BBQ disediakan, aku mencuri masa pergi memancing di kolam empangan tempat budak-budak ni mandi tadi. Berbekalkan umpan hati ayam, aku mencuba nasib, malangya kompau juga, cuma ada sekali jer tarikan kuat yang cukup menyentapkan jiwa raga yang suci murni ini...
|
Kesabaran yang tiada nilainya.. |
22 Mac 2015
Tetiba aku terjaga , aku tengok jam baru 4.00 pagi. Terjaga sebab kesejukkan. Aku amati Thaqif kot-kot ada gigitan nyamuk. Mama takpa nyamuk gigit tak sedar punya :)
Aku keluar ke toilet yang terletak di belakang bilik Sebol. Ada 2 toilet di situ cuma yang 1 lagi tidak ada orang guna sebab pintu yang tak boleh tutup. Sedang aku asyik melepaskan cecair kumbahan , aku terdengar bunyi air sebelah sedang dijirus. Jeng.. jeng.. sape lak ni ? Aku mula terbayang cirita-cerita seram di Janda Baik erk..
keluar toilet aku terus ke bilik tanpa menoleh belakang, masa aku naik tangga bilik aku meliar memandang sekeliling kot-kot ada yang abru masuk bilik atau khemah tapi tiada pulak. Mungkin perasaan aku jer erkk. Sambung tidur lagi baik !
Aku bangun awal untuk menghayati ketenangan di awal pagi. Bunyi unggas hutan dan air cukup menenangkan kepala otak aku ni. Pagi ni Mama ada temujanji urut badan saranan dari isteri Dallab. Menurut Mama sedap juga tukang urut tu mengurut.
|
Resort diseberang sungai yang dibantu urus Mak Long dan Pak Long |
|
Pangkin yang boleh disewa RM 20 sehari |
|
Rumah pemilik resort ini |
|
Mandi sebelum check out |
|
Serangga apakah ini ? Seakan-akan lalat |
|
Tenangkan tengok , kalau tak tenang juga kena makan ubat penenang |
|
Abang Azhar penduduk tempatan menunjukkan skill memancing di air deras |
|
Goreng garing-garing sedap ni |
|
Air yang cetek dan deras, jangan disangka tiada ikan |
|
Back to nature ! |
Lebih kurang jam 1.30 petang kami bertolak pulang, Abang Shah dah gerak dulu, aku follow Dallab, manakala Sebol menemani iparnya mandi-manda di sini. Kepada Pak Long dan Mak Long, terima kasih daun keladi, kalau ada profit , Insya Allah kami berkumpul lagi di sini......
No comments:
Post a Comment