4 April 2015
Jam 9.00 kami dah keluar dari Kota Damansara menuju ke Kampung Rumbia, rumah nenekku. Perjalanan agak lancar cuma sesak sikit sebelum sampai RnR Seremban arah selatan kerana lorong laju ditutup. Entah kenapa aku pun tak tahu.
11.15 pagi baru kami sampai. Aku tengok semua dah sibuk dengan hal masing-masing. Aku cam biasalah, terpacak menanti arahan. " Amik tu Long !" " Angkat ni Long1" " Beli ni Long!"
Milik siapakah kaki ini? |
Sepasang cucu dari Tok Pa dan Nek Ma |
Penyambut tetamu dah bersedia nampaknya |
Tetamu mula menjamu selera |
Sampai hitam tangan Tok Pa mencari rezki membesarkan Papa dan adik-beradik |
Kaum hawa pula menjamu selera |
" Kau jangan masukkan dalam pesbuk ya Long " |
Selamat hari lahir buat Nenek dan Fara |
Baru perasan Dak Chik muka cam Nenek |
Orang dah ada gigi la katakan, semua nak digigitnya |
Dah ready nak gi uptown |
Diner asam pedas sebelum menapak ke uptown Kota Melaka |
Produk yang menjadi kegemaran untuk buah tangan dari Melaka |
Menu wajib ni kalau ke sini. tapau satu wat makan tengah malam |
Paginya bila aku turun nak loading barang untuk check out, ada surat cinta pulak dari Majlis Bandaraya, Kena lagi ! Macam mana aku boleh terlupa pasal pakir ni. Kalau bayar on the spot, cuma RM30, jadi aku gagahkan diri mencari kaunter pembayaran di sekitar Menara Tamingsari.
Kaunter bayaran saman pakir ada di sini |
Pukul 5.00 petang baru kami sampai rumah!!
No comments:
Post a Comment