24 april 2015.Tepat 9.00 malam kami berkumpul di gerai atas bukit di kawasan rumah aku ni. Sambil meeting sambil makan nasi ayam berempah. Sedap lak makan panas-panas. Siap tambah ayam lagi tu.
Lebih kurang jam 10.00 malam kami bertolak ke Penang. Destinasi kami adalah Bukit Jambul. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dengan bantuan pemandu berpengalaman Abang Shah. 01.30 pagi kami dan menyeberangi jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah iaitu jambatan ke 2 Pulau Pinang. Ini 1st time aku lalu jambatan ni. Sempatlah juga kami berhenti dan bergambar. Maklumlah waktu sebegini 5 minit sebiji kenderaan jer yang melintas
|
01.47 pagi : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah |
Kami sesat juga nak mencari Vistana Hotel. Dengan bantuan Waze kami sampai juga. Setelah urusan check in siap kami pergi ngeteh dulu di restoran mamak sekitar Vistana. Jalan kaki jer.
|
Inilah bilik aku |
Restoran Liyaqatali Nasi Kandar Beratur
Alhamdulillah, program kami selesai dengan jayanya bermula jam 11.00 pagi hingga jam 6.00 petang tadi. Malam tu 10.30 malam kami keluar mencari Restoran Nasi Kandar Beratur. Kawan-kawan dari Penang kebanyakkannya suggest tempat ni. Dengan bantuan Waze, kami cuba mencari kedai ni.
|
Memang yelah nak beli kena beratur panjang |
|
Sejak 1943 ???? Dibuka dari jam 10.00 malam. Patutlah ramai orang beratur |
|
Menu yang ditawarkan |
|
Ini aku punya |
|
Masing-masing cuba mengesan apa keistimewaannya. "Macam biasa jer!!" |
|
Simple jer senarai harga |
Pada kami semua rasanya cam biasa jer dengan nasi kandar di Kota Damansara ni. Mungkin hanya peminat nasi kandar sejati sahaja yang dapat mengesan kelainan di sini. Agaknya...
|
Selamat pagi Pulau Pinang Pulau Mutiara |
|
Pemandangan dari bilik hotel |
Di Vistana Hotel ini, kami memilih penginapan berkonsepkan apartment 3 bilik. Sungguh selesa dan memuaskan. Yang penting bagi kami, perkhidmatan wifi percuma disediakan. Kalau datang ke sini dengan 3 keluarga pun masih selesa lagi menginap di sini.
|
Bilik 2 |
|
Meja makan disedakan |
|
Ruang tamu |
|
Bilik 3 |
|
Kolam renang |
|
Vistana Hotel dari arah pintu utama |
|
Vistana Hotel , 213, Penang, Jalan Bukit Gambir, Bukit Jambul, 11950 Penang, Pulau Pinang, Malaysia |
No comments:
Post a Comment