Thursday, April 02, 2015

Penunggu Sungai Tambul , Kota Damansara



Dah lama sebenarnya aku teringin nak mencuba nasib memancing di sini. Berbekalkan umpan cacing dan cengkerik yang dibeli di kedai pancing Kampung Melayu Subang, aku dan Abang Shah mencabar penunggu Sungai Tambul ini.


Lebih kurang 1.45 petang kami sampai. Tanpa membuang masa kami cuma mencari spot-spot yang menarik

Hampir sejam akhirnya ikan pertama berjaya didaratkan 
Ikan Tilapia hitam

Setelah masing-masing mendapat lesen, sekor demi sekor berjaya kami naikkan. Nampaknya penunggu di sini lebih menggemar umpan cacing dari cengkerik. Tekaanku tepat kerana cengkerik itu berwarna coklat jernih kurang berbau berbanding yang jenis hitam



7 ekor kesemuanya untuk 2 jam mancing, bagi aku dah cukup bagus ni hehe. Sayangnya hanya si tilapia sahaja yang berminat dengan joran kami. Ikan lain seperti keli pandang sebelah mata jer kat kami.

Penunggu Sungai Tambul Kota Damansara
Pada awalnya nak minta kedai tom yam masakkan untuk santapan  kami berlima, memandangkan masing-masing tak dapat nak join petang tadi, aku bagi jer pada Kak Ema Nasi Kukus.

No comments:

Post a Comment