Malam ni kami akan mengadakan BBQ dan memandangkan aku takkan singgah rumah bila balik nanti , aku menjemput familyku untuk datang ke sini untuk diner sama. Dapatlah mereka ubati rindu pada Thaqif hehe..
Lepas aku membeli sarapan wat tambah-tambah yang sedia ada, aku terus ke pasar telok gong untuk mencari ikan untuk dibakar malam ni. Ramai gak yang sedang memilih ikan, semuanya orang seperti aku yang menginap di sini mencari ikan untuk dipanggang.
Pemandangan di belakang pasar Telok Gong |
Aku menambah beberapa ekor cencaru. Jumlah keseluruhan hampir RM200 untuk ikan sahaja. Mana taknya ikan merah pun hampir RM50 seekor huhu.. takpelah kita sendiri juga yang nak makan.
Jika dulu mereka sediakan peti ais, tapi oleh kerana penyewa tidak menjaga kebersihan, mereka hentikan kemudahan tersebut dan dibenarkan menyimpan di kedai runcit mereka sahaja.
Rupa pantai yang sedang surut |
Kami terpaksa mengalah, terpaksa menunggu angin kuat ini reda sikit. Lepas jam 6.00 petang baru kami berjaya hidupkan api. Lega !
Senja berlabuh | Pantai Telok Gong | 19:17:42 PM |
Gambar selfie dari Sha cat. |
Mata Thaqif macam lebam kene tumbuklah.. |
Hari keempat
Hari terakhir kami di Pantai Telok Gong , Kuala Sungai Baru. Paginya budak-budak tak lepaskan peluang untuk bermandi manda buat kali terakhir. Thaqif pun sama. Mama nak cuci pipi Thaqif dengan air laut biar pulih sepenuhnya.
Tamatlah percutian ekonomi kami ini 4H 3M. Kalau tak puas budak-budak ni mandi laut, tak tahulah nak cakap apa. Semoga kami semua dimurahkan rezki dan dilapangkan waktu pada akan datang untuk bercuti bersama-sama lagi AMIN..
sesi terakhir mandi laut sebelum berangkat pulang |
No comments:
Post a Comment