Sunday, May 31, 2015

May 31, 2015

Outstation Ke Johor Bahru


29 Mei 2015- Kali ini kami akan ke Johor Bahru  meneruskan program Malaysia Road Tour. Team berkumpul di warung kak Ema yang terletak di kawasan rumah aku. Mana yang lapar kami penuhkan perut sebelum bertolak.

Sepanjang perjalanan dari Kota Damansara ke JB, kami berhenti rehat untuk Solat, ngeteh, buang air, merokok dan sebagainya di R&R Pagoh. Kemudian dalam jam 1.00 pagi sambung rehat pula di Kulai. Kali ni Masta Besar Ail menyambut kami dan belanja kami makan . Setelah beramas mesra bergurau melampau, kami menyambung perjalanan ke JB. Kami check in hotel jam 3.00 pagi. Lepas WhatsApp Mama inform dah sampai, aku terus tidur

Alhamdulillah , kenyang sungguh. Terima kasih Masta Ail  

30 Mei 2015 - Kami menginap di Msuite Hotel yang mengadap Danga Bay. Tapi sekarang dah dipenuhi dengan projek mega dari China.

Sarapan . Semua Mat Telur
Pembangunan yang sedang pesat dibangunkan oleh China State bertentangan hotel ini
Bilik aku menginap
Pool yang agak menarik, siap gelongsor
Macam ni ker M Suite , 4 Star Hotel mampu sediakan ? 
Alhamdulillah, program kami berjalan dengan lancar. Jam 6.00 petang tamat semuanya. Ada yang terus naik ke bilik untuk tidur rehatkan minda yang dah letih. Dengan aku-aku sekali terus tidur haha.

Ketam Nipah masak berlada adalah menu terbaik untuk sajian kali ini.
 Malam tu kami keluar diner di Restoren Damai Seafood Village yang terletak di Kampung Sungai Danga, Taman Perling. Masa aku kerja di JB dulu 2005-2007 adalah 2 kali rasanya aku ke sini, tu pun dengan staff-staff yang ngajar ke sini. Tak sangka perahu masih wujud kat restoren ni hehe. Tapi yang semakin menarik di sini ialah adanya kolam ikan yang boleh disewa mancing. Terbaik !.

Apapun sekali lagi terima kasih pada sahabat Masta Ail yang sponsor diner kami lagi. Semoga tuhan permudahkan dan murahkan rezeki ko Masta.

Lepas makan kononnya nak pusing-pusing town, tapi jalan pula jem teruk, kami tak pasti ada pesta keramaian apa yang sedang berlaku, ditambah pula ada yang tak tahan nak buang air, kami kami u-turn dan terus pulang ke hotel.

31 Mei 2015 - Kami check out awal sedikit memandangkan ada pertemuan bersama Masta EA Programmer di Melaka. Kami diminta menunggu di Restoran Hajah Mona Asam Pedas Kota Laksamana. Dengan bantuan waze, sampailah kami ke sini. Rupanya berdekatan dengan asam pedas clayport yang hanya buka di waktu malam sahaja.  

Lepas ni kalau nak datang lagi kena call dulu tanya ikan apa yang ada 
Intai sikit dapurnya
Sambal telur angsa. 1st time aku makan ni
 Penuh juga orang di kedai ni, mungkin sebab hujung minggu dan kedai tak banyak yang buka, atau mungkin kedai ni memang sedap. Bila nak order , hanya ikan kembung sahaja yang tinggal, yang lain dah habis. Sedihnya hati. Nak wat cam mana, ikan kembung pun bolehlah. Aku amik 2 biji telur angsa masak sambal. Inilah 1st time dalam hidup aku makan telur angsa. Rasanya? Sedap juga. Tapi aku tak reti nak cakap cam mana haha...

Sambil makan sambil bincang, aku hanya banyak mengangguk dari menyumbang bicara.. maklumlah cerita hal programming yang aku kurang mahir. Selesai pertemuan kami terus pulang ke Kota Damansara dan selamat sampai dekat-dekat jam 6.00 petang.

Tuesday, May 26, 2015

May 26, 2015

One Serambi Cafe - Bukit Jelutong Shah Alam


Sebenarnya aku dan Anas hendak lunch di Pocobox Cafe di Kapar, malangnya bila kami sampai, cafe nya tutup. Kecewa kami tak dapat merasa kelainan nasi putihnya. Harap bukan lah tutup terus.

Aku serahkan pada Anas nak makan kat mana. Asalkan menunya bertemakan wastern, sebab tekak ni dah set nak makan wastern. Anas ajak ke Bukit Jelutong , dan aku setuju jer.

One Serambi Cafe. 
Antara dekorasi yang terdapat di cafe ni
Aku memilih Rack of Lamb
Pilihan Anas : Lamb Shank
Bagi kami hidangannya memang sedap cuma portionnya agak sedikit. mungkin untuk perut kami. Harga pun masih "mampu bayar".

Bila nak balik, baru aku perasan cafe ini beralamat di Jalan Serambi U8/24 , no wonder lah nama Serambi diguna pakai. Bagi yang nak ke sini mencuba sendiri boleh menjejaknya di alamat :

One Serambi Cafe
Jalan Serambi U8/24, D'Bayu Commercial Centre,
Bukit Jelutong Shah Alam.
03-77347700




Sunday, May 24, 2015

May 24, 2015

Menikmati Hujung Minggu


Minggu ni kami ke The Curve untuk memenuhi hujung minggu. Jam 4 petang baru kami sampai dan terus mencari kedai untuk memenuhi tuntutan sang perut. Kami memilih Teh Tarik Place
Pose istimewa dari Thaqif sebelum makan
Terimalah aksi 3 view dari keluarga bahagia ini
Comel tak saya?
Sungguh fotogenik 3 beranak ni
Nampaknya anak Papa lagi pandai menghayati selfie

Saturday, May 23, 2015

Friday, May 22, 2015

May 22, 2015

Kafe AHMAD & Co - Coffee + Cigar @ The Strand Kota Damansara


Punyalah hari-hari aku antar Ela gi kerja, aku tak perasan pun lot ini sebenarnya Kafe. Sangkaku ianya Lawyer firm.

Memandangkan aku dan Mama dah kat Giant, jap lagi nak amik Ela balik kerja, so kami plan tunggu Ela kat kafe ni sahaja. Tak jauh pun dari office nya. 10 langkah ikut jalan belakang sampai kot

KAFE AHMAD & CO : Coffee + cigar : The Strand Kota Damansara
Senarai menu yang ditawarkan
Menu air yang simple tapi menarik
Dekorasi yang simple dan urban
Mocca vs Cappucino
Kenyang tak ni perut aku ??
Thaqif suka masin-masin kat fries hingga menjilat jari
Sekali sekala boleh la ke sini. Apa pun untuk tekak aku, coffee dia ada ump !

May 22, 2015

Duit Sumbangan Aqiqah & Tilik Bayi ditabungkan ke SSPN-i


PTPTN akan membuka cawangannya di Pasaraya Giant Kota Damansara. Pandai juga PTPTN skang ni, buka cawangan dekat pasaraya yang semestinya tinggi trafik. Tiada alasanlah lepas ni kalau susah nak bayar atau terlupa nak bayar loan tu huhu.

Setelah tambah tolak bahagi darab, kami telah bundarkan duit Thaqif dari hasil sumbangan masa Aqigah dan tilik bayi ditabungkan di sini. Insya Allah, segala duit Thaqif akan Papa dan Mama salurkan di sini. Semoga akan datang belanja pembelajaran Thaqif dapat diringankan.

Kak Dila penuh semangat menerangkan kelebihan simpanan di SSPN-i
Mama mula mengira walaupun kat rumah dah 9 kali kira
Ada hadiah cabutan untuk penyimpan, manalah tahu anak Papa menang BMW, leh bawa gi campus
Akan dibuka dalam 3 hari lagi. Adakah Thaqif pelanggan terawal di sini ??
Alhamdulillah. Kak Dila bekalkan kami pelbagai hadiah, payung, tabung dan pen. Terima kasih daun keladi, ada duit kami ke sini lagi..

Saturday, May 16, 2015

May 16, 2015

Marissa Shoppe - Kedai Barangan Bayi


Mama ajak ke kedai Marissa Shoppe di seksyen 20 Shah Alam. Kata Mama kedai ni tengah top kat FB jual online. Ada juga sebelum ni Mama tanyakan tentang pelampung bayi untuk Thaqif, So hari ni Mama nak ke kedai jer nya terus tengok apa yang menarik dan specilnya Marissa Shoppe.

Marissa Shoppe : Breastfeeding & Baby Product
No 7A Pusat Perdagangan Suri Puteri Persiaran Jubli Perak Seksyen 20, Shah Alam
Product list yang ada dijual di sini juga leh jadi panduan kepada ibu  yang bakal dan baru

Pelbagai jenama dengan pilihan harga mengikut kempampuan masing-masing ditawarkan di sini
Ini yang kami cari
Kami beli yang ni satu untuk digunakan dalam stroller
Zaman aku dulu takyah pun alat bantuan duduk ni huhu
Alat bacaan untuk kanak-kanak berunsurkan kain
Pelbagai jenis stroller dan baby car seat dijual di sini
Lunch di Nasi Ayam Penyet di food court Giant Seksyen 13 Shah Alam. 
Alhamdulillah. Ada lelaki bagi RM10 kat Thaqif
Kenangan zaman student dulu