Saturday, May 02, 2015

6D Motion Adventure - IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara


Mak dan Dayah sampai semalam ( 1 Mei ) . So hari ni Mama dah plan untuk ke The Curve dan Ikea. Aku pula memang nak ke IPC beli bagpack untuk surface aku ni.

Dah dapat apa yang aku hajati, kami turun melalui lif yang bertentangan dengan wayang 6D ni. Suara orang menjerit-jerit serta reaksi spontan penonton melalui skrin di luar cukup menarik minat sesiapa yang menggunakan lif ini.Aku suruh Mama membawa mereka semua menonton kerana mereka belum lagi merasainya wayang 6D ini. Lepas tiket dah aku bayar, Mama membawa mereka masuk manakala aku menjaga Thaqif.

Senarai filem yang ditawarkan
Pintu masuk ke pawagam wayang 6D Motion Adventure
Kita lihat siapa yang takut terjerit-jerit
harga tiket masuk
Perkara biasa, lepas habis masing-masing akan melihat muka antara satu sama lain
Dari IPC, kami pergi ke The Strand Mall, ingatkan nak ngeteh kat Sam Deli, tapi macam kerap jer lepak situ, jadi kami layan sandwich di Subway. Lagipun Mak penggemar sandwich.


Lepas makan , kami merayau pula di perkarangan luar The Strand Mall. Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai produk termasuk pakaian, makanan dan barangan cenderahati.Selalunya selebriti yang active dengan masakan atau produk makanan mudah dilihat di sini.




No comments:

Post a Comment