29 Mei 2015- Kali ini kami akan ke Johor Bahru meneruskan program Malaysia Road Tour. Team berkumpul di warung kak Ema yang terletak di kawasan rumah aku. Mana yang lapar kami penuhkan perut sebelum bertolak.
Sepanjang perjalanan dari Kota Damansara ke JB, kami berhenti rehat untuk Solat, ngeteh, buang air, merokok dan sebagainya di R&R Pagoh. Kemudian dalam jam 1.00 pagi sambung rehat pula di Kulai. Kali ni Masta Besar Ail menyambut kami dan belanja kami makan . Setelah beramas mesra bergurau melampau, kami menyambung perjalanan ke JB. Kami check in hotel jam 3.00 pagi. Lepas WhatsApp Mama inform dah sampai, aku terus tidur
|
Alhamdulillah , kenyang sungguh. Terima kasih Masta Ail |
30 Mei 2015 - Kami menginap di Msuite Hotel yang mengadap Danga Bay. Tapi sekarang dah dipenuhi dengan projek mega dari China.
|
Sarapan . Semua Mat Telur |
|
Pembangunan yang sedang pesat dibangunkan oleh China State bertentangan hotel ini |
|
Bilik aku menginap |
|
Pool yang agak menarik, siap gelongsor |
|
Macam ni ker M Suite , 4 Star Hotel mampu sediakan ? |
Alhamdulillah, program kami berjalan dengan lancar. Jam 6.00 petang tamat semuanya. Ada yang terus naik ke bilik untuk tidur rehatkan minda yang dah letih. Dengan aku-aku sekali terus tidur haha.
|
Ketam Nipah masak berlada adalah menu terbaik untuk sajian kali ini. |
Malam tu kami keluar diner di Restoren Damai Seafood Village yang terletak di Kampung Sungai Danga, Taman Perling. Masa aku kerja di JB dulu 2005-2007 adalah 2 kali rasanya aku ke sini, tu pun dengan staff-staff yang ngajar ke sini. Tak sangka perahu masih wujud kat restoren ni hehe. Tapi yang semakin menarik di sini ialah adanya kolam ikan yang boleh disewa mancing. Terbaik !.
Apapun sekali lagi terima kasih pada sahabat Masta Ail yang sponsor diner kami lagi. Semoga tuhan permudahkan dan murahkan rezeki ko Masta.
Lepas makan kononnya nak pusing-pusing town, tapi jalan pula jem teruk, kami tak pasti ada pesta keramaian apa yang sedang berlaku, ditambah pula ada yang tak tahan nak buang air, kami kami u-turn dan terus pulang ke hotel.
31 Mei 2015 - Kami check out awal sedikit memandangkan ada pertemuan bersama Masta EA Programmer di Melaka. Kami diminta menunggu di Restoran Hajah Mona Asam Pedas Kota Laksamana. Dengan bantuan waze, sampailah kami ke sini. Rupanya berdekatan dengan asam pedas clayport yang hanya buka di waktu malam sahaja.
|
Lepas ni kalau nak datang lagi kena call dulu tanya ikan apa yang ada |
|
Intai sikit dapurnya |
|
Sambal telur angsa. 1st time aku makan ni |
Penuh juga orang di kedai ni, mungkin sebab hujung minggu dan kedai tak banyak yang buka, atau mungkin kedai ni memang sedap. Bila nak order , hanya ikan kembung sahaja yang tinggal, yang lain dah habis. Sedihnya hati. Nak wat cam mana, ikan kembung pun bolehlah. Aku amik 2 biji telur angsa masak sambal. Inilah 1st time dalam hidup aku makan telur angsa. Rasanya? Sedap juga. Tapi aku tak reti nak cakap cam mana haha...
Sambil makan sambil bincang, aku hanya banyak mengangguk dari menyumbang bicara.. maklumlah cerita hal programming yang aku kurang mahir. Selesai pertemuan kami terus pulang ke Kota Damansara dan selamat sampai dekat-dekat jam 6.00 petang.
No comments:
Post a Comment