Tuesday, June 30, 2015

June 30, 2015

Kecewa dengan pengurusan The Royale Bintang The Curve


Plan asal sepatutnya kelaurga belah Benut merancang berbuka puasa di The Ledang Urban Retreat di Nusajaya. Program sebegini kami cuba jadikan program wajib sekeluarga. Tahun lepas kami buat di Hotel Sentral Johor Bahru. Tetapi disebabkan masalah tertentu, terpaksa dibatalkan.Jadi kebetulan Abah dan Mak datang ke sini, aku dan Mama cuba mengadakan juga walaupun tak ramai ahli keluarga yang join.

Jam 2.00 petang aku call bahagian reservation untuk booking seat untuk Ramadhan buffet , tapi bahagian reservation menyatakan aku tak perlu book just walk-in jer kerana memang seat banyak kosong. Aku pun ok jer la, mungkin sebab working day.

Pada awalnya Mama tak setuju tempat ni , tapi memandangkan kami boleh bersiar-siar dahulu kat The Curve sebelum ke hotel jadi Mama terpaksalah setuju.

Dah penat bersiar, kami terus ke hotel restaurant, aku tanyakan pada staff yang terpacak senyum pada semua customer yang masuk, kat mana nak duduk untuk 5 dewasa 2 kanak-kanak ? Dia tanya aku semula:

"Encik dah booking ker ?"
"Takde, tadi saya call jam 2 petang staff kata tak perlu book just walk in jer" Hati aku mula panas,
"Sebentar encik" perempuan tu terus beredar mencari entah siapa. Muka Mama dah macam talapia merah. Aku pun dah ready nak sembur orang. Tak lama lepas tu datang sorang lelaki yang mungkin supervisor cuba tanyakan sekali lagi pada aku. Aku jawab jer bende yang sama. Dia janji akan setlekan masalah kami. So ok lah , kami pun legalah dapat seat, yang penting dapat makan huhu.

Tak lama kemudian ada seseorang yang jemput kami ke seat kami. Alamak! Dahla jauh nak amik makanan, meja kecik dan paling tak best kerusinya bukan untuk duduk makan lama tapi jenis sandar kat taman. Nampaknya pengurusan main tangkap muat jer janji ada table. Kami ada 2 warga emas memang tidak sesuai dengan tempat dan kerusi yang disediakan. Tak berbaloi rasanya nak bayar RM500 ++ kalau macam ni tempatnya. Lebih baik kami cari tempat lain.

Pusingnya pusing, kami memilih VIVO

Thaqif khusyuk dengan tabnya, Mama dan Papa leh makan dengan tenang. 
Mujur sempat berbuka puasa awal waktu

Yang penting kami dapat berbuka bersama dalam keadaan selesa dan puas hati.

Thursday, June 25, 2015

June 25, 2015

Berbuka Puasa di Kelab Golf Seri Selangor , Petaling Jaya


Kami mengajak Siti dan Arie untuk berbuka sama. Arie mencadangkan kami berbuka di Kelab Golf Seri Selangor, katanya dekat jer dari rumah aku, jalan ke Tropicana Golf Club. Kami setuju tanpa banyak fikir.


Hampir jam 7.00 malam kami sampai, memang tak jauh pun sebenarnya, ikutkan 5 minit boleh sampai, tapi memandangkan jalam jem di kawasan pembinaan MRT maka kami menjadi lambat. Tapi mujur semuanya Arie dah setlekan. Lagipun menurutnya, kawannya ada bekerja di sini main band. Dah dapat table, kami pun merayau melihat menu apa yang special dan menarik.

Satay memang kena amik dulu hehe

Kambing golek , menu wajib ada 
Aneka jenis ikna bakar


Harga pakej berbuka buffet Ramadhan di sini mengikut kategori umur seperti berikut :

1. Dewasa = RM58 ( RM 48 jika pembelian sebelum 31 Mei 2015 )
2. Kanak-kanak 7-10 tahun = RM38
3. Warga emas 60 tahun ke atas  = RM38
4. Percuma bagi kanak-kanak bawah 6 tahun.*

 * Satu bayaran dewasa boleh membawa seorang kanak-kanak bawah 6 tahun secara percuma.



Bersama penyanyi band yang menghiburkan kami
Muka-muka kekenyangan










Terima kasih kepada pasangan adik dan adik ipar , Siti dan Arie kerana belanja kami makan berbuka puasa di Kelab Golf Seri Selangor. Semoga rezki kalian dipermudahkan dan bertambah-bertambah, AMIN.

Yang nak berbuka di sini bolehlah ke alamat berikut :

Kelab Golf Seri Selangor,
Persiaran Damansara Indah, Off Persiaran Tropicana,
47410 Petaling Jaya
Telefon : 03-7806 1111

Sunday, June 21, 2015

June 21, 2015

Jalan TAR & SOGO Untuk Penjimatan Yang Lebih, Benarkah ?



Hari ini adalah hari kemuncak untuk shopping persiapan raya. Kalau boleh nak setle semua termasuk barang-barang Papa dan Abah.

Kami sampai awal juga dekat-dekat jam 10.00 pagi. So sementara cuaca masih redup, kami ke jalan TAR dahulu untuk mencari baju melayu. Tahun ni kami akan beraya di Melaka so tema warna untuk tahun ini adalah hijau.

Mama tengah finalised  tudung tuk 3 anak daranya di Muaz
Jalan TAR di awal pagi
Mujur tak susah nak dapatkan baju sama warna untuk aku dah Thaqif. Kopiah untuknya pun ada cuma harga agak mahal. Mama sampai ke SOGO membebel pasal harga yang agak mahal.

Mama bersila kepenatan, Fenomena bersila di SOGO ni time shopping raya atau SOGO card memang perkara biasa
Inilah hasil candat kami di SOGO


Saturday, June 20, 2015

June 20, 2015

Berbuka Puasa di Madam Lim's Kitchen Restaurant



Selagi tak raya selagi itulah ada jer barang yang nak dibeli. Lagikan pula tahun ini kami akan beraya bertiga. Semestinya Mama akan menyediakan sebaik mungkin kelengkapan raya untuk anak bujang kami ini.

Hari ini kami ke AEON Anggun di Rawang. Tempat yang kami pergi untuk habiskan hujung minggu jika dah tiada tempat nak pergi. Aku suka ke sini sebab jalan tak jem. 

Aku hanya menyorong stroller sambil melihat jika ada berkenan untuk dibeli. Mama dan Rosa sibuk memilih mencari yang terbaik. Aku dah tak pelik dah melihat fenomena 1 jam memilih, tapi akhirnya satu pun tak jadi beli.

Nyenyak Thaqif tidur walaupun bunyi bising di kawasan pusat hiburan keluarga.
Tak sedar jam dah 6.30 petang, awalnya kami berkira-kira hendak pulang buka di rumah atau berbuka di sini sahaja, tapi bila tengok dah lambat, jadi kami berbuka di sini ajerla. Rupanya kedai banyak dah penuh untuk waktu berbuka, sebab orang dah booking dulu. Mujur Madam Lim's Kitchen masih boleh terima booking lagi. 

Selfie sebelum berbuka
Menu berbuka kami

Awalnya Mama risau lauk banyak tak habis, rupa-rupanya tak cukup huhu...

Friday, June 19, 2015

June 19, 2015

Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca Blog Ini

Tuesday, June 16, 2015

June 16, 2015

Shopping Baju Raya Thaqif





Jam 10.00 pagi aku dan Mama dah terpacak kat SOGO ni, semuanya kerana SOGO sedang membuat promosi untuk pakaian kanak-kanak dari 8-18 Jun 2015. Kiranya nak shopping baju raya Thaqif la ni, katanya..


Tapi time ni tak ramai orang serbu, maklumlah hari bekerja, tambahan pula bukan minggu gaji masuk. Memang aku dah rang undang-undang untuk ke SOGO harus hari bekerja sahaja. Tak berserabut nak cari parking, pilih-memilih dan beratur tuk bayar.


 Sebelum jam 1.00 petang atau lunch hour kami dah cabut keluar dari SOGO. Malas nak mengadap jem. Lagipun lunch hour orang berpusu-pusu ke SOGO ambil kesempatan untuk shopping.


Jam 1.15 petang kami dah sampai Giant Kota Damansara. Kami decided nak lunch kat sini sahaja. Dan oleh kerana tekak ni nak makan asam pedas, sudah pasti Restoran KweMwe menjadi pilihan.

Asam pedas ikam kembung dan jenahak
Asam pedas kepala ikan jenahak dari Restoran KweMwe
Kasut raya anak bujang kami

Sunday, June 14, 2015

June 14, 2015

Restoran Super Top Tomyam, Kuantan - Kepuasan Sebenar Makanan Laut Segar



Ini bukan pasar menjual ikan

Plan asal nak makan kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur, tapi sahabat di Kuantan ini mencadangkan kami ke sini pula Restoran Super Top Tomyam kerana sini lagi ada umpp ! Lagipun lokasi agak dekat hanya di Kg Teluk Baru Peramu sahaja dan apa salahnya rasa restoran ni pula.

Pilih-pilih nak makan apa !
Antara menu masakan yang boleh didapati di Super Top Tomyam
Punyalah besar dapur mereka
Pemandangan rupa restoran dari arah depan
Masa ni kalau ada call masuk memang tak angkatlah
Hati dah senang perut dah kenyang

Sangkaan kami sekitar RM1000-RM1200 , tapi hanya RM800 sahaja. Memang murah dan supertop murah

June 14, 2015

Road Tour Ke Kuantan - Bandar Maju Tetapi Tenang




12 Jun 2015

Kali ini kami ke Kuantan meneruskan program road tour bertemu dengan client dan IB Kuantan. Untuk trip ini kami bertolak di siang hari bukannya seperti yang sebelum ini bertolak malam. Belum pun jam 8.00 malam kami dah sampai ke Hotel Shahzan Inn, Kuantan.

Durian Udang Merah. Jika di KD mencecah RM25 sekilo
Sepanjang keluar dari Tol Gambang, kelibat durian ada di mana-mana. Wajib layan ni lepas makan malam. Kami makan di warung berdekatan dengan  petrol pam Petronas sebab lepas tu nak layan terus durian yang dijual depan Petronas ni.

Rupa bilik di Shahzan Inn

13 Jun 2015

Selamat pagi Kuantan !
Padang yang menjadi tumpuan orang awam berkumpul berbuka puasa beramai-ramai

Hotel Shahzan Inn , Kuantan Pahang
Jam 6.00 petang tamatlah program kami. Tibalah masanya untuk kami ronda-ronda kotaraya. Jam 8.00 malam IB kuantan dah tunggu kami untuk sama-sama diner. Plan asal ingin makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, tetapi rakan IB mencadangkan kami ke Restoran Super Top Tomyam. So kami follow jer la.

Lepas makan malam kami terjah pula durian. Malam semalam makan tak puas langsung. So kali ni nak balas dendam.

Hampir RM300 gak habis untuk 12 dewasa dan beberapa kanak-kanak makan. Tapi memang puas. 

14 Jun 2015

Masa untuk pulang. Selamat tinggal Kuantan dan terima kasih kepada semua peserta dan rakan-rakan IB di kuantan yang telah membantu kami menjayakan program road tour di sini

Sungai Kuantan
Dalam perjalanan pulang ke Kota Damansara, kami menyimpang ke Temerloh untuk mencari gulai tempoyak ikan patin. Kami berhenti di satu kawasan pasar pagi sedang berlangsung. Kebanyakkan peniaga sedang berkemas, maklumlah dah jam 1:00 petang.

Kami sparekan masa untuk melihat pasar pagi tersebut, yalah, kot-kot ada juadah menarik dan pelik untuk dibeli. Tapi aku hanya membeli kuih keria dan getas. Tiada langsung pelik haha.

Pasar pagi yang rata-rata peniaga sedang berkemas untuk pulang

Sedang kami giat bersiar, kami terjumpa sebuah warung di bawah pokok besar, berlatar belakangkan sungai kuantan. Kelihatan beberapa biji belanga tersusun. Confirm ada gulai tempoyak patin. Tapa membuang masa kami terjah warung tersebut. Ada 2 warung sebenarnya, yang pertama dah abis semuanya, dan yang kedua lauk dah tak banyak mana yang tinggal. Tapi masih ada. Alhamdulillah !

Sapu bersih semua pinggan. Memang terbaik 
Warung tersebut berlatar belakangkan Sungai Kuantan.
Lepas makan kebanyakkan semua tidur melainkan driver dan 2nd driver. Aku ? Tidur jugak !!

Monday, June 08, 2015

June 08, 2015

Benut Chicken Delight - Ayam Goreng Rangup & Sedap



5 Jun 2015

Kami akan pulang ke Benut petang ni. Aku dah minta Rossa minta pelepasan pulang awal sikit, bos dah lepaskannya jam 3 petang jadi lepas amik dia kami boleh terus bertolak ke Benut.

Sebelum pulang Mama ajak ke SOGO , nak beli handbag + servey kan luggage untuk Rossa. Lagipun minggu ni ada Sale Pre Ramadhan.

Penangan Pre Ramadhan Sale
 6 Jun 2015

Aku bangun awal sebab kekecohan diluar. Maklumlah kanak-kanak ramai. Bila semuanya ada, baru meriah kampung. Budak-budak sekarang tak macam dulu. Balik kampung bila parent balik jer. Aku dulu cuti jer terus kayuh basikal balik kampung. Malas nak naik basikal, nanti kat kampung tak boleh merayau hehe. Basikal pun buatan sendiri jer. Tukar ganti dari basikal-basikal yang orang buang dah rosak. Kami kanak-kanak 80 an dan 90 an benar-benar menikmati kehidupan dunia kanak-kanak. Bukannya zaman sekarang yang dikelilingi dengan gajet dan hiburan tv sahaja.

Sarapan yang memang lagend | 08:54 AM

Tengah hari aku membawa anak buahku semua ke Benut Chicken Delight. Restoren makanan segera yang baru dibuka menyajikan ayam goreng sebagai menu utama. Selain saiznya agak besar, harga pun lagi murah dari ayam goreng biasa yang aku beli di warung tepi jalan.

Inilah anak-anak buah aku yang super ceria


Pelbagai menu terdapat di sini termasuk menu sarapan
7 Jun 2015

Kami ke sini lagi. Kali ni tmbah sorang lagi anak buah yang baru balik kampung

Secara keseuruhannya restoren ini mampu menyayangi KFC , tak perlu lagi aku ke pekan Rengit membeli KFC untuk mereka. Restoren berhawa dingin beserta wifi percuma menjadi keutamaanku untuk membuat kerja aku. Lepas ni tak perlu risau jika internet slow, lepak sini jer pasni.

Tak susah nak cari restoran ni, dari simpang empat jalan Pontian - Batu Pahat dah boleh nampak kedai ni. Dan kalau tanya penduduk tempatan pun aku pasti semua tahu restoran ini.


8 Jun 2015

Semua adik beradik dah beransur pulang. Macam biasalah kami keluarga yang terakhir pulang. Dalam jam 12 tengah hari, kami berangkat ke Kota Damansara. Esok aku kena uruskan hal office untuk berpindah.