Monday, July 13, 2015

July 13, 2015

Santapan 29 Malam Di Tropicana Golf & Country Resort



Tahun ini ( 12 Julai 2015) aku meraikan pelanggan-pelanggan untuk majlis Iftar @ berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort yang terlatak di Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Ini tahun yang ke - 4 aku berpeluang berbuka bersama pelanggan. Kelab ni tak jauh pun dari rumah aku, Satu jalan dengan Kelab Golf Seri Selangor tempat kami berbuka puasa tempoh hari. So tak perlulah keluar awal dan mengadap jem.

Kami dijemput menaiki bugi @ kereta golf untuk ke dewan makan
Bergambar di perkarangan utama Tropicana Golf & Country Resort
Pandai anak Papa tengok camera !
Jemputlah singgah ke teratak kami!












" Santapan 29 malam"  merupakan tema untuk buffet Ramadhan yang ditawarkan Tropicana Golf & Country Resort. Secara peribadi dan sahabat-sahabatku yang lain, kami sungguh berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Bukan sahaja pelbagai jenis makanan dan minuman, malah sedap-sedap semuanya. Makanannya segera ditambah jika dilihat berkurangan, itu yang membuatkan kami berpuas hati. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Harganya pula terbahagi kepada 2 sesi, hari bekerja dan hujung minggu serta status diri iaitu ahli kelab atau tidak.

1. Isnin - Khamis

* Ahli kelab : RM 83 nett
* Bukan ahli : RM 95 nett

2. Jumaat - Ahad

* Ahli kelab : RM 95 nett
* Bukan ahli : RM100 nett

Antara perkhidmatan yang disediakan :

* Pakir percuma
* Shuttle service dari tempat pakir ke dewan berbuka
* Surau

Nama dan alamat : Tropicana Golf & Country Resort yang terlatak di Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel : 03-7804 1919 / 03-7804 8888

GPS: 3.129769, 101.583884

Perut dah kenyang... Masa untuk pulang...

Friday, July 10, 2015

July 10, 2015

Thaqif Dan Sesuatu...


8 Julai 2015 : 20.30 PM : Pasaraya Giant Kota Damansara : Beraksi setelah sedar kehadiran paparazzi.
9 Julai 2015 : 14.40 PM : Klinik Kesihatan Paya Jaras : Check up 10 bulan 
10 Julai 2015 : 10.26 AM : Bihun Sup pertama Thaqif dalam hidupnya 

Tuesday, July 07, 2015

July 07, 2015

Iftar di Sunflower Hotel Malacca Bersama Keluarga Melaka


5 Julai 2015 - Dari Benut kami pulang ke Melaka pula. Malam ni kami sudah merancang untuk iftar bersama di Sunflower Hotel Malacca. Tak mahal pun tempat ni . untuk set menu buffet Ramadhan di sini, bagi dewasa RM 28 dan untuk kanak-kanak 6-12 tahun RM 20. Yang penting ada kambing golek hehe.

Sunflower Hotel Malacca
No 57, Jalan PJ 1 Taman Pertam Jaya
Padang Temu 75050 Melaka
06-2821500 , enquiry@1residence.com.my
6 Julai 2015- Thaqif dapat hadiah sehelai jubah bertemakan gaza hasil pereka fesyen Untie Sha Cat. Terima kasih Untie !!

Ada gaya model tak ?

Jam 9.00 malam kami pulang ke Kota Damansara. Sepanjang perjalanan berapa kali aku terpaksa berhenti di R&R kerana Thaqif bising nak main steering. Sudahnya jam 12.00 pagi baru sampai rumah

Jam 23:11 | R&R Dengkil

Saturday, July 04, 2015

July 04, 2015

Iftar di Restoran Aroma Classic , Medan Ikan Bakar Pontian



Kami pulang ke Benut pada 2 Julai kelmarin. Sepatutnya kami pulang untuk berbuka puasa beramai-ramai. Tapi nampaknya confirm tak jadi. So kami pun bawalah Abah dan Mak tuk berbuka luar. Plan asal nak makan steam boat kat tambak , tapi bila call nak booking seat, dah penuh la pulak. Jadi kami berbuka puasa di Restoran Aroma Classic , Medan Ikan Bakar Pontian. Janji kenyang !


Mak dan Fira sempat berposing
Pemandangan yang biasa dilihat di Sungai Pontian Besar