Ketika kami berkunjung ke
Glory Beach Resort pada bulan March yang lepas, Mama teringin nak bercuti di resort mewah berkonsepkan water chalet yang bersebelahan dengan
Glory Beach Resort ini iaitu Grand Lexis. So bila tabung ayam aku dah cukup, maka dapatlah aku tunaikan hajat Mama.
Untuk ke sini memang aku tiada inform pun Mama, aku just minta dia bersiap untuk pergi bercuti sahaja. Room pun aku tak tempah lagi just walk in. Aku yakin mesti ada kosong memandangkan esoknya hari bekerja. Tapi jika penuh juga, terpaksa gunakan plan b,c atau d hehe. Ni bagusnya tak inform dulu, jadinya apa-apa hal berlaku taklah mengharap sangat ye tak?
So 16 Ogos 2015 jam 3.00 petang kami bertolak ke Grand Lexis Port Dickson untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke 7 tahun. Kami sampai sekitar jam 4.15 petang, sangkaan Mama kami akan bercuti lagi di
Glory Beach Resort, maklumlah laluan masuknya sama. Sangkaan meleset ! Dan dia mula risaukan dressing nya yang biasa-biasa jer.
Itulah orang perempuan.
Aku terus ke kaunter untuk membuat tempahan bilik, mujur ada kekosongan, cuma yang tinggal bukan yang sea view betul. Sementara menunggu kunci, aku dihidangkan dengan welcome drink jus anggur yang sungguh melegakan anak tekak.
|
Harga bilik termasuk sarapan |
|
Location map |
|
Kami dijemput menaiki bugi ke bilik |
|
No bilik kami bermalam |
|
Thaqif sedang teruja melihat air dibawah kaca |
|
Pemandangan dari bilik tidur. Semestinya kanak-kanak yang melihat tak sabar nak ajak terjun, termasuklah Thaqif |
|
Setiap bilik mempunyai kolam mandi sendiri merupakan keistimewaan Grand Lexis. Sampai ke malam boleh mandi. |
|
Macam-macam ada. Cantik tersusun dalam kotak kayu |
|
Malas nak keluar makan, boleh order dengan hotel, delivery ke bilik terus, tapi harga kena pejam mata nak bayar |
|
Sarapan yang disediakan. Kebanyakkan menunya berunsurkan roti |
|
Berpeleseran di kolam renang terbuka |
|
Ada gaya boss tak ? |
Lepas sarapan kami bersiar-siar di kawasan hotel disamping mengambil gambar untuk dibuat kenangan. Tiba-tiba kenangan di
Pulau Mabul menggamit ingatan. Entah bila lagi dapat kami pergi ke sana. Thaqif dah besar nanti bawa kami ya !
|
Sesi terakhir sebelum check out |
|
Kami ! |
|
Bilik kami menginap |
|
Pose terakhir sebelum check out, Thaqif macam tak puas mandi jer. |
|
Masa untuk pulang... Selamat tinggal Grand Lexis. Jika ada rezeki, tak datang lagi .. baik pergi tempat lain jer haha |
No comments:
Post a Comment